PAGES

Friday, May 20, 2011

Bun Kentang


P
Phewwww... ringan je bun ni bila dah masak

Alhamdulillah... setelah dua kali blackout, siap jugak bun kentang yang CS buat petang tadi. Menggunakan separuh water roux, hasilnya memang SUPERB very the gebussss.. Sebijik macam bun kentang yang sokmo beli kat TESKO...tapi... TAPI... bila ada tapi tu...adalah yang x kena tu... Heeeee tapi kan bun ni tak terasa sgt kentangnya. Kentang x seswai kot...ke sikit bebeno taruknye.. Pastu macam tawar le pulak... Whatever, abaikan dulu, yang penting roti yang very the spongy itu... Jom tgk resepi. 
Ros, mintak izin CnP resepi ye...

 Siap nak masuk oven

BUN KENTANG

Bahan-bahanya:
350 gram tepung roti
90 gram kentang ( yang direbus dan dilenyek baru ditimbang)
1 sudu besar susu tepung
1/2 biji telur - tinggalkan sedikit untuk gliss pada permukaan bun nanti.
150ml cecair ( 100ml susu kacang soya+50ml air suam)- susu soya boleh ganti dgn susu segar 1/2 sudu besar CS xde stok susu segar, so ganti dengan bancuhan susu tepung suam
 marjerin atau butter
2 sudu besar gula
4 gram yis ( 1 1/2 sudu kecil)
*CS tambah 2sb water roux, so tambah sikit lagi tepung

Bahan untuk kastard
2 sudu besar tepung bird custard
3/4 cawan susu segar
3 sudu besar gula

caranya: ( sos kastard)
1. Campurkan semua dlm periuk dan kacau hingga pekat, guna api perlahan, kacau selalu
jika terlalu pekat tambah lagi sedikit susu, sejukkan dan baru di paip atas bun nanti.
*ooooooo dah tau dah...CS tak masukkan gula dalam kastad...itu pasai la tawaq nooo

Caranya. ( roti)
1. Jika Menggunakan bread maker (BM) masukkan semua bahan  dan pilih menu Dough dan tekan ON, setelah siap boleh terus dibentuk bebola kecil, kalau tiada BM ,masukkan semua dalam bekas adunan dan uli hingga tidak melekat pada tangan. Pastikan Doh betul-betul lembut.
2. Setelah menjadi doh, boleh gunakan tips ini untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah masukkan doh di dalam plastic, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 5 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang elastik.CS tak buat pun step ni
3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin. bahagi doh pada 16, bahagian kecil dah susun di dalam loyang petak atau dulang pembakar. ( pastikan loyang atau dulang pembakar di sapu dahulu dengan sedikit marjerin, bagi memudahkan bun keluar apabila siap dibakar nanti) 
4. Biarkan naik dua kali ganda, akhir sekali gliss permukaan bun dengan baki telur yang ditambah dengan 1 sudu kecil susu segar dan paipkan sos kastard di atas permukaan bun . Bakar pada suhu 180 darjah selama  25 minit. Setelah siap di bakar sejukkan atas redai, dan sedia untuk dihidangkan, Selamat Mencuba.



 Yang ni pulak udah selamat ke perutku...dinner yang yummy...Alhamdulillah...

2 comments:

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]