PAGES

Saturday, May 21, 2011

Novelog 2 : Kisah Aku Dan Dia - Ep. 4

Firdaus Maliki… Lelaki kelahiran Kuala Lumpur itu tidak tenang di perbaringannya. Ke kanan tak kena ke kiri tak selesa. Apa dah jadi ni? Di matanya masih terbayang-bayang  wajah manis milik Iman atau nama penuhnya Nur Iman Mastura. Sedap namanya, secantik orangnya. Gadis itu terlalu istimewa baginya. Ayu.. lembut..dan menarik. Penuh dengan karisma. Patutlah dia dah jatuh cinta at the first sight. Nampaknya gadis itu berjaya mengetuk kembali hatinya yang selama ini tertutup kerana sering saja dilukai. Dia berterima kasih kepada Siti yang banyak memberi maklumat padanya.
“Woi? Apa kena ngan hang ni? Daripada tadi aku tengok hang asyik dok seyum sorang-sorang je. Angau ka apa?” Rahim teman sebiliknya menegur.
Dalam keadaan agak terkejut… Firdaus Maliki yang biasa dipanggil Jem oleh kawan-kawannya hanya tersenyum kambing.
“Memang dah sah hang ni memang ingat kat pompuan ni. Ceritalah…sapa pompuan tu?”
“Rilek dah dulu Im. Aku baru nak start. Kali ni kau doakanlah aku dapat dia. Aku memang dah angau giler lah ngan dia ni.”
“Kan aku dah cakap. Eh…hang tak mau makan ka? Jom aa. Aku belanja!”
“Tak mau lah. Aku dah makan ngan dia dah tadi.”
Rahim menggelengkan kepalanya. Itulah silapnya budak Jem ni yang terlalu cepat sangat memasang impian dan menggantungkan harapan kasihnya kepada seorang perempuan… Akhirnya terpaksa jugak dia supper sendirian. Nak ajak awek…syif malam pulak.
Nasib badan…

**************************************************

Sejak bekerja di kilang dekat Tampoi tu, barulah kini Iman ada kelepasan untuk balik ke Kota Tinggi. Itupun hanya dua hari. Dapatlah dia melepaskan rindu dendam pada keluarganya. Siti juga balik bersamanya. Lagipun minggu ni Kak Mimi takde kat rumah, ikut kilang dia buat family day dekat Pulau Pangkor. Dalam perjalanan pulang pagi tu Iman terperasan jalan yang dilalui agak berlainan daripada biasa. Dia yang tidak berapa tahu dengan jalan di JB ni memandang Siti dengan perasaan yang tertanya-tanya.
“Kau ni kenapa Iman? Jangan la takut, aku tak gi mana nyer. Aku sebenarnya nak gi jumpa Azali kejap sebelum balik ke Kota.” Terang Siti menghilangkan kekeliruan di hati Iman.
Jumpa Azali? Agaknya Siti dan Azali tu dah lebih dari seorang kawan kot…
Iman tersengih ke arah Siti sambil kemudiannya berkata…
“Kau berat hati ke nak tinggal dia kat sini sorang-sorang ek… Rindulah tu! Kalau kau tak nak balik biar aje aku balik naik bas.” Iman pura-pura berjauh hati.
“Ek..eleh. Ambik pot pulak budak ni. Aku nak bagi dia kuih ni je. Lepas tu kita   baliklah.” Jawab Siti selamba. Dia riang kerana Iman masih tidak dapat membaca rancangannya.
Siap le kau kali ni…
Hampir 10 minit di jalan raya, akhirnya Kancil Siti sampai jugak ke tempat yang di tuju.  Dari jauh Iman dah nampak Azali yang kelihatan segak walaupun hanya bertrek suit. Tapi yang tak bestnya bila Iman jugak ternampak seseorang lain yang dia rasa macam dia kenal. La… Firdaus Maliki rupanya. Tak pulak dia tahu budak tu tinggal dekat dengan rumah Azali.  Dia memandang Siti yang sedang tersenyum. Tangannya pantas mencubit paha Siti sehingga gadis itu menjerit kegelian. Turun dari kereta, Siti segera berjalan ke arah Azali sedang Iman tidak tahu ke mana hendak melangkah. Dia tergamam sebentar apabila dilihatnya Firdaus sedang menuju ke arahnya. Dengan segera dia mengcover cunnya. Memandang lelaki itu yang kelihatan berbeza dari biasa, satu perasaan yang lain tiba-tiba menyelinap di jiwanya!


2 comments:

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]