PAGES

Sunday, May 22, 2011

Novelog 2 : Kisah Aku Dan Dia - Ep. 5

“Assalamualaikum… Ibu, ibu. Iman dah sampai ni.” Jerit Iman tidak sabar mahu bertemu dengan ibunya yang teramat dirindui.
Ibu yang terdengar jeritan itu terus meluru keluar dan memeluk mesra anak daranya. Siti hanya tersenyum melihat adegan itu. Dia kemudiannya menyalami ibu Iman yang sudah dianggap seperti ibunya sendiri.
“Abah dan Amal mana bu?”
“Mereka keluar pegi rumah Tok Penghulu. Ada mesyuarat ladang dengan orang FAMA. Kejap lagi baliklah tu. Jemput naik Siti.”
“Tak apalah makcik. Siti nak balik terus. Nanti mak bising pulak. Kirim salamlah pada pakcik.”
Iman menghantar Siti ke kereta. Ibunya membawa masuk beg dan membiarkan dia dengan Siti seketika.
“Bawak kereta baik-baik…”
Belum sempat dia bercakap lebih panjang lagi… handsetnya berbunyi. Segera dia membuat isyarat selamat jalan kepada Siti.

Sapa pulak ni…

Ha? Firdaus? Macam tau-tau je aku dah sampai.

“Hello…assalamualaikum.”
“Waalaikumussalam.” Ringkas jawabnya. Sesungguhnya dia tidak tahu bagaimana hendak bercakap apa dengan lelaki itu yang sangat baik terhadapnya.
“Dah sampai rumah?”
“Aah. Awak tak masuk kerja ke?”
“Hari ni saya MC. Tak semangatlah Iman takde. Perasaan pun tak menentu.”
Apahal pulak mamat ni tak bersemangat bila aku takde.
“Eh janganlah macam tu? Nanti macam mana nak belanja Iman?”
“Pasal Iman anytime pun boleh.”
Diam. Mereka berdua ketiadaan idea untuk bersuara. Iman mahupun Firdaus tidak tahu apa yang harus dikatakan walaupun dalam hati terlalu banyak yang ingin diluahkan.
“Iman, saya rindukan Iman!” Ucap Firdaus dengar tak dengar.
Iman yang terperasan kata-kata itu kelu seketika. Ada debaran di dadanya… Tidak pernah ada lelaki yang mengucapkan kata-kata itu padanya sebelum ini. Hati perempuannya tersentuh…
“Terima kasih…”
Ada harapan yang terlindung disebaliknya…

*********************************************************

Iman dan Siti keluar dari kedai cenderamata setelah membeli apa yang diingini. Pada hari minggu macam ni mereka sesaja  keluar jenjalan dekat Plaza Angsana. Dah penat dah tidur so skang time nak cuci mata pulak. Habis satu blok di tingkat satu tu mereka jelajahi, lapar pulak rasanya. Apalagi…masing-masing setuju aje nak lunch dekat      KFC – Idamanku Selalu. Nyam..nyam..
Sewaktu mengadap ayam goreng kegemarannya, Iman sempat lagi berfikir tentang Firdaus Maliki yang semenjak dua menjak ni kerap sangat bertandang ke hatinya. Mengganggu perasaannya dengan segala kebaikan dan kasih sayang serta perhatiannya. Membuatkan dia berada di awangan dan tidak keruan.
“Woi! Apasal dengan kau ni? Lain macam je aku tengok.”
Sergahan si Siti hampir membuatkan dia tersedak. Habis hilang segala khayalannya terhadap Firdaus Maliki.
“Apa kau ni Siti. Sergah-sergah ni nak suruh aku mati cepat ke?” Balas Iman agak marah.
“Aku tahu kau tu tengah ingatkan Firdaus. Eh Iman…korang dah declare ke?”

Eh Siti ni nyibuk pulak dia…

“Apa pulak declarenya. Aku dengan dia kawan-kawan aje la.” Ada rona-rona merah di pipinya ketika menuturkan kata-kata itu.
“Aku bukannya tak kenal kau Iman. Dah lama dah. Aku pun dah kenal Firdaus. Aku tahu dia sukakan kau.”
“Dia tak cakap dengan aku pun. Macam mana kau boleh tahu?“ Saja je..
“Takkan lah kau tak perasan apa yang dah dia buat pada kau. Takkan ada lelaki yang sanggup buat macam tu pada seorang perempuan kalau dia tak rasa apa-apa pada perempuan tu.”
Iman terdiam. Betul jugak apa yang Siti katakan tu. Takkan Firdaus sanggup menghabiskan duit dan tenaganya semata-mata untuk dia? Seramnya…
“Entahlah Siti. Aku bukannya tak suka dengan Firdaus tu tapi takkan lah aku nak cakap dulu. Malulah aku. Tapi aku takut nanti aku sayangkan dia bukan sebab cinta tapi sebab kasihan. Kau tahukan aku suka dekat Ameerul dan aku benar-benar mengharapkan dia.” Teringat kembali dia kepada Ameerul, coursematenya yang dia minat giler sejak semester satu dia dekat UPM.
“Tapi Iman kita kena cari orang yang sayang pada kita. Yang sentiasa ada di sisi kita ketika kita memerlukan dia.”
“Entahlah Ti. Kalau dia memang untuk aku…InsyaAllah aku akan cuba untuk membahagiakan  dia.”
Iman keliru dengan perasaannya. Tidak pasti dengan kenyataannya. Namun dia tahu sekarang dia bahagia berkawan dengan Firdaus…sangat bahagia.
Tak berapa lama selepas itu NOKIAnya berbunyi. Emm…tak lain tak bukan, si Firdaus yang menelefon. Dia menunjukkan telefon itu pada Siti sebelum menjawabnya.
“Kan aku dan cakap…” Siti tersenyum sinis dan menghabiskan baki ayam gorengnya.

No comments:

Post a Comment

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]