PAGES

Tuesday, May 24, 2011

Novelog 2 : Kisah Aku Dan Dia - Ep. 8

Hampir dua bulan bersama dengan Firdaus, Iman banyak belajar tentang hidup dan kasih sayang antara seorang lelaki dan perempuan. Lelaki itu banyak mengajarnya tentang erti rindu yang tidak pernah surut dan kasih sayang yang tidak berkesudahan. Mengenalinya dalam tempoh itu seperti sudah lama. Rasanya Iman tidak salah membuat pilihan kerana dia begitu bahagia dengan Firdaus. Di kilang pun mereka sering melakukan banyak perkara bersama…makan bersama, rehat bersama dan yang penting kerja pun bersama. Dan bila malam menjelma mereka akan keluar berdua, sama menghirup damainya udara malam dan mengucapkan kata cinta sesama mereka.
Sepanjang tempoh itu juga dia banyak berkongsi kegembiraan dengan Siti yang memang kamceng dengannya. Antara dia dengan Siti memang tidak ada apa yang dapat disorokkan. Berkongsi gelak tawa dan air mata…memang dia dan Siti sahabat sejati. Tambah pula Azali dan Firdaus juga tinggal berdekatan, maka kerap jugalah mereka keluar bersama.
Terkadang bila bersendirian Iman banyak berfikir adakah dia ikhlas menerima Firdaus dalam hidupnya atau dia sekadar ingin berteman sahaja? Tapi dia tahu yang dia memerlukan Firdaus lebih dari seorang kawan. Yang pasti dia sentiasa merindui lelaki itu bila tidak berjumpa. Namun yang nyata biarlah tuhan yang menentukan apa yang akan terjadi pada masa akan datang.

*************************************************

Iman memandang jam yang terletak di meja sebelah katilnya. Dah pukul 10 pagi. Dia menggeliat malas. Sisa mengantuknya masih ada. Namun bila fikirkan yang sekarang ni dia berada di kampung, hajat untuk menyambung kembali tidurnya dilupakan. Bangkit dari katil dia segera membersihkan diri dan mengemaskan apa yang patut dalam   biliknya tu. Maklumlah dah lama tak berada di situ. Yalah, sejak dia kerja dekat JB tu jarang sekali dia dapat balik. Kali ni pun dia balik sebab ibunya beria-ia mahukan dia berada di rumah. Sebabnya, hari ini adalah hari jadi Iman yang ke 22. Kebetulan pula jatuhnya pada hari Ahad. Ibu dan ayah memang tak pernah lupa akan hari istimewa dalam hidupnya. Walaupun bukan disambut besar-besaran atau berparti namun berkumpul bersama-sama tentunya memberikan sentimen yang berlainan.
“Anak ibu dah bangun ke?” Terdengar suara ibunya dari luar.
“Dah bu. Iman tengah kemas bilik ni.” Balasnya sambil membukakan pintu.
Ibunya melangkah masuk. Matanya meliar keliling bilik.
“Sejak kamu takde bilik ni sunyi Iman.” Ada nada keharuan dalam suaranya. Sayu seorang ibu.
Iman memandang ibunya dan memberikan satu pelukan erat padanya. Biar dia tahu yang Iman amat menyayanginya.
“Selamat hari ulang tahun Iman. Ni hadiah ibu untuk kamu.” Satu bungkusan yang berbalut dengan kertas biru lembut dan ciuman kudus di dahi diterimanya.
“Terima kasih ibu.”
“Nanti dah siap turun bawah ya. Ibu dan abah tunggu.”
Iman hanya mengangguk. Faham.
Keluar saja ibu dari biliknya tiba-tiba saja dia teringat pada Firdaus. Apa agaknya dia tengah buat sekarang? Tentu masih membuta lagi. Iman sebenarnya tidak memberitahu yang hari ini adalah hari jadinya namun dua minggu lepas dia dah bagi ‘isyarat memanggil’nya. Dia saja nak test adakah lelaki itu masih ingat.
“Selamat pagi abah, Amal.” Iman menyapa melihat ayahnya dan Amal sedang bersantai di meja di taman di tepi rumah mereka. Pagi yang tenang dan damai ditambah dengan bunyi air terjun buatan di taman itu sangat mengasyikkan. Sudah lama dia tidak dapat merasai perasaan seperti itu. Dia memejamkan mata, menghayatinya.
“Selamat ulang tahun Iman.” Tiba-tiba terdengar ayahnya bersuara perlahan.
“Terima kasih abah.”
“Kamu sekarang dah 22 tahun. Abah harap kamu dapat mencapai cita-cita kamu dan semoga kamu sentiasa dimurahkan rezeki dan dilindungi Allah selalu.”
Iman hanya tersenyum. Abah, tak pernah lupa memberi nasihat kepadanya.
“Mana hadiah Amal untuk akak?”
“Amal buat tau hadiah ni untuk kakak. Selamat hari jadi. Amal sayang kat akak.” Satu kucupan hinggap dipipinya.
Begitulah dia dan keluarganya. Penuh dengan kebahagiaan dan kasih sayang. Membuatkan dia terasa benar-benar disayangi dan dihargai. Namun tiada panggilan daripada Firdaus membuatkan dia resah, bimbang jika lelaki itu tidak ingat akan hari bahagia ini.
Saat yang ada bersama keluarga sangat membahagiakan, sayangnya waktu itu tidak lama kerana dia terpaksa balik ke JB. Kali ini Siti tidak ikut sama, terpaksalah dia balik awal sikit dengan bas. Sedang dia berangan nak balik ke JB ibu membawakan handsetnya.
Firdaus!
Dia membawa diri agak jauh dari meja yang diduduki. Mencari privacy. Iman asyik dengan percakapannya tanpa dia sedar pandangan mata ibu yang penuh dengan kecurigaan kerana panggilan itu datangnya dari ‘ABANG‘. Memang Iman dan setkan nama itu dalam telefonnya.
Firdaus mengucapkan Selamat hari jadi kepadanya. Iman bahagia kerana Firdaus mengingati tarikh itu. Dan dia berjanji untuk memberikan hadiah kepadanya bila balik ke JB nanti.
Ye.. ye..ada hadiah.
Iman tidak sedar yang ibu dan ayahnya saling berbincang tentang ‘ABANG’ yang baru saja menghubungi anak gadisnya. Namun mereka tidak memberitahunya kepada Iman. Tunggu dan lihat dulu sejauh mana perhubungan mereka. Namun mata si ayah lebih cekap dan lebih pengalaman. Pada pandangannya hubungan si anak sudah lebih dari seorang kawan berdasarkan kepada apa yang dilihatnya.

No comments:

Post a Comment

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]