PAGES

Monday, May 23, 2011

Sup Cendawan

Assalamualaikum...
Ni sebenarnya buat petang tadi, nak abeskan cendawan yang dikutip dari sekolah. Ada dekat 2 kilo lebih dapatnya. Dah bagi kengkawan, tapi yang ada kat umah ni buleh tahan banyak jugak. Sari ke sari dok pikey nak buat ape... takat goreng makan dengan nasik, xde nak habisnya. So, buat la sup ni bagi pada anak member. Diorang tu kemain la suka sup-sup cendawan ni haa.....  Ape lagi...ketung-ketang la kat dapur...


SUP CENDAWAN
Sumber : 'Sendirian Berhad'

Bahan-bahan :
Cendawan tiran kelabu (CS buat tu ada gak dekat sebesen kecik) cincang
Bawang besar Bombay sebijik
2 bijik telur
1/2 cawan tepung gandum
1 kiub ayam
Sedikit serbuk oregano
Air 1/2 jag & garam secukup
Minyak untuk menumis

Cara-cara :
- panaskan minyak dan tumis bawang hingga layu
- masukkan tepung gandum dan goreng sehingga perang
- masukkan air sedikit demi sedikit sambil dikacau dengan whisker dan masukkan kiub ayam
- masukkan cendawan & masakkan sehingga mendidih
- pecahkan telur dan kacau sebati
- kalau agak2 cair boleh tambah tepung jagung


4 comments:

  1. Salam kunjungan... blog menarik.. singgah la ke blog saya ;)

    ReplyDelete
  2. wah3.. da lame nk makan mende ni.. tup2 bli yg knows pnye packet je.. huhuuu

    ReplyDelete
  3. hok peket x syok...banyak bubuh serbuk perasa... :( nanti cepat botak kepala.... heeee

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]