PAGES

Sunday, June 26, 2011

Chocolate Chip Famous Amos Cookies

Selamat malam...

Haa....malam hujung minggu ni dok wakpe kawan-kawan sekalian... Tengah buat persiapan untuk kerja esok ke? Cheq sue biasalah..masih bermalas-malasan sambil menengok tb aje khojenye. Berehat2 la sementara ada kesempatan ni. Bila dah keje nak duduk pun x dapat dah...(Tapi ada jugak tengah menerai sesuatu...projek mega...kalau jadi insyaAllah esok kuar n3)
Sambil2 tu sedap gak melayan famous amos kukis ni. Pada sape yang belum ada niat nak cuba tu...elok la amek dulu resepi ni. Senang je nak membuatnya...dan sedap macam beskut chipsmore... Tapi yang ni ibarat kata Tun more crumbly la.. Sejujurnya cheq sue tak pernah le makan famous amos nye kukis yang dijual kat Mesia ni... baru je dengar di blog2 kengkawan yang sudah mencuba. Jadi, tak mahu tertinggal ketapi, cheq sue pun menggodeknya jugak tengah hari tadi.. Bahagian menggodek kejap aje siap...tang nak membakar tu amek masa lama sket, maklumlah sekali bakar 2 3 ketui je sebab kukis ni mengembang. Sesuai sgt kalau nak buat beskut raya...dah nak dekat ni kan...
So sesape yang nak cuba, resepinya ada di bawah ni ekkk... Tun, cheq sue kopipes kat sini lak yer...



CHOCOLATE CHIP FAMOUS AMOS COOKIES
Sumber : Tun Telani
Cuci mata : Naz 
Bahan-bahan ayak :
  • 280 gm (2 1/4 cawan) tepung gandum
  • 10 gm (3 tsp) serbuk koko
  • 2 Tbsp tepung jagung
  • 1/2 tsp soda bikarbonate 
  • 2 Tbsp susu tepung
  • Secubit garam 
Bahan-bahan lain :
  • 250 gm mentega
  • 150 gm gula kastor
  • 1/2 tsp asen vanilla
  • 1 biji kuning telur
  • 100 gm (1/2 cawan) coklat chip
  • 100 gm sebarang kekacang(walnut, badam, gajus dll yang dicincang) atau kismis - optional cheq sue masukkan sedikit honey sunflower seed
Cara-cara :
  1. Pukul mentega, gula kastor dan esen vanilla hingga kembang.
  2. Masukkan kuning telur dan pukul rata.
  3. Masukkan bahan-bahan ayak dan kemudian kacau hingga sebati dengan spatula atau tangan.
  4. Masukkan coklat chip dan honey sunflower seed cincangan kacang atau kismis. Kacau rata.
  5. Sudukan adunan ke atas dulang pembakar. Boleh juga diuli menjadi bebola-bebola kecil dengan menggunakan tangan. Susun di atas dulang pembakar. 
  6. PERHATIAN! JANGAN LETAKKAN BEBOLA RAPAT-RAPAT ANTARA SATU SAMA LAIN KERANA BEBOLA INI AKAN MENGEMBANG DAN MELEPER SEWAKTU PROSES PEMBAKARAN.
  7. Bakar pada suhu 160 C selama 15-25 minit bergantung kepada saiz bebola-bebola adunan anda.
  8. Sejukkan dahulu biskut sebelum disimpan di dalam bekas kedap udara.

14 comments:

  1. sedap...memang sedap... nak? he he he

    ReplyDelete
  2. makan sambil2 tengok tb...heheh

    ReplyDelete
  3. tgk jgk tb...tp dgr radio...buleh?

    ReplyDelete
  4. br plan hujung minggu nak buat ni, sbb nak abiskan stok barang2..heheh

    ReplyDelete
  5. azila...cuba jangan tak cuba...

    ReplyDelete
  6. hamzah ian... bukan gambar yang sedap...tapi kukis tu tau yang sedapnya... :)

    ReplyDelete
  7. - hari2 ade masak mcm2...siapa yg makan cheq sue? hehe...kalo jd jiran cheq sue mesti dpt rase nih..

    ReplyDelete
  8. morning kak sue ^^
    tun pun suka letak honey sunflower seeds dlm cookies ^^ aritu xde stok..huhu..
    ni bawak balang cookies tun yg kat nk kosong dh nii, nk penuhkan dgn stok baru.. hihi

    ReplyDelete
  9. Al, walaupun berseorangan, masak macam2 tapi cheq sue makan sikit je... selebihnya bagi kat member... kat jiran x bagi sgt pun...deme guru besar, segan la i. pastu orang kat seblah ni dia ada mengong sket, benci... bg kawan2 sekolah je la... so bila ada lebih pakat2 la dapat rasa.... sekian... he he he

    ReplyDelete
  10. tun... sedap kan bila letak sunflower seed tu... kruk krak dia tu ada lain sket... x la choc chip je manjang.. meh meh balang tu...

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]