PAGES

Sunday, June 19, 2011

Jus Oren - Selamat Hari Bapa


Selamat pagi semua....
Aduiii...bangun pagi tadi tetiba je rasa berdenyut di kepala. Ahhhhh dah lama tak sakit kepala ni. Kalau dah mula sakit 2 3 hari tak abes lagi.. Kata orang, limau dapat kurangkan rasa sakit, so pagi2 dengan perut kosong terus makan buah limau dan buat jus tanpa gula. Harap-harap sakit kepala ni akan hilang...

Hari ini merupakan HARI BAPA ye....  Alhamdulillah cheq sue masih lagi mempunyai bapa yang sihat walafiat, cuma biasalah pada umurnya yang semakin meninjak ke senja...ada juga penyakit yang kadang-kala menghampiri. Di zaman mudanya dulu, apa jua kerja yang mendatangkan hasil akan dilakukan demi membesarkan kami 6 beradik. 

Ayah cheq sue ni tersangatlah mementingkan pendidikan anak-anak. Dia sanggup bergadai kalau anak-anak dapat ke mana-mana. Ye lah...hanya dengan pendidikan saja dapat mengubah masa depan...

Di kesempatan sempena sambutan hari bapa ni... cheq sue ingin mengucapkan selamat hari bapa kepada CEK cheq sue...walaupun tidak secara zahir tetapi doa cheq sue sentiasa mengiringi kesejahteraan kita sekeluarga.... Semoga cek sentiasa sihat dan dapat melimpahkan lagi kasih sayang dang menyampaikan lagi ilmu kehidupan kepada kami semua...

Memperkenalkan.... ayahandaku yang disayangi...
En Mat Ghani Bin Ismail @ Tok Bilal Roni @ Pok Su Roni



2 comments:

  1. selamat hari bapa, tok bilal roni. semoga panjang umur.

    ReplyDelete
  2. ameeeeen...ameeeeen... semoga bapa2 di dunia ni dirahmati Allah adanya... (utk bapa acik juga)

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]