PAGES

Wednesday, June 15, 2011

Kuih Badak Berendam


Assalamualaikum dan selamat pagi ye...
Macam mana hari ni? Semoga tenang-tenang saja dan segala urusan dapat berjalan lancar. Cheq sue plk pagi ni macam air terjun.. serba serbi nak kena siapkan...
Pagi ni cheq sue nak tayang satu juadah yang menjadi santapan di pagi hari. Inilah bekal yang dibawa ke sekolah, dan telah dibuat malam tadi. Masak aje terus makan dua ketui... :)
Sejak balik dari kampung, esbok kosong, langsung xde lauk. Jadi bekal pun ikut apa yang terdaya je... InsyaAllah petang nanti baru nak ke pasar membeli lauk-lauk dan sayur...
Cheq sue x pastilah pulak kuih ni mengikut stail yang mana, tapi cheq sue suka yang berkuah-kuah. Mungkin ada yang buat menggunakan santan pekat...ikut citarasa masing-masing la kan... Resipi ni pulak mengikut suka hati je...dan dibuat dalam kuantiti yang sedikit, cukup sekali makan
Untuk rujukan akan datang, cheq sue lampirkan resipi tersebut...

Yang ni kejadian tidak memuaskan...terus ngap dan tambah sedikit lagi inti kacang... sebab tinggal adunan tepung je... kacangnya entah ke mana :)

KUIH BADAK BERENDAM
Sumber : Sendirian Berhad

Bahan-bahan :
- 3/4 cwn tepung pulut
- air secukup untuk mengadun
- inti kacang merah segera
* Kuah
- 1 cwn santan dari sebiji kelapa
- sedikit gula dan garam
- sesudu halba

Cara-cara :
* sediakan kuah dahulu
- panaskan santan dan masukkan garam dan gula secukupnya
- masukkan sesudu tepung beras dan halba
- masak hingga pekat
* sediakan kuihnya pula
- rebus air 1 periuk sedang
- adun bahagian kulit
- masukkan sedikit ini kacang, bulat-bulatkan dan masukkan dalam air mendidih
- rebus 15 - 20 minit
- bila sudah masak, toskan dan masukkan ke dalam kuah

2 comments:

  1. - wahhh...ingat kan telor setengah masak tadi...

    - hehe...

    ReplyDelete
  2. haaaaaaaaaaa??? sekali pandang memang nampak macam telur ye...

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]