PAGES

Tuesday, June 14, 2011

Novelog 2 : Kisah Aku Dan Dia - Ep. 15

Hidup dalam suasana yang baru dan berlainan banyak mengubah Iman. Kini setelah bergelar isteri, banyak yang perlu dipelajari. Tanggungjawab pada suami menjadi keutamaan. Pun begitu dia dan Rezal sering berjauhan. Dia di Pulau Pinang dan Rezal masih bekerja di Muar. Cuma pada hujung minggu sahaja mereka boleh bertemu. Itupun jika dia balik ke Muar ataupun Rezal ke Pulau Pinang. Berjauhan membuatkan dia sering rindu pada Rezal. Dan perasaan itulah yang kini menyingkirkan Firdaus dari fikirannya.
Suatu hari Rezal membawakan khabar gembira kepadanya. Ketika itu dia ke Pulau Pinang setelah mendapat cuti tiga hari.
“Iman tahu tak? Syarikat abang nak transferkan abang ke Seberang Prai. Bulan depan abang pindah.”
“Ya ke? Kalau macam tu tak perlulah kita berulang-alik dari utara ke selatan lagi.” Gembira dia mendengar berita tersebut.
“Satu lagi…abang dah dinaikkan pangkat sebagai pengarah cawangan kat sana.”
“Tahniah. Nanti makin banyaklah kerja abang.”
“Mungkin jugak. Sebab tulah abang cadang nak bawa Iman pergi bercuti dulu sebelum abang mulakan kerja kat sini. Kita boleh anggap ianya sebagai honeymoon kita. Cakap je ke mana Iman nak pergi.”
Honeymoon? Okey jugak tu.
Awal perkahwinan dulu tak sempat nak pergi honeymoon kerana keduanya sibuk dengan kerja.
“Betul ke bang? Seronoknya. Kalau macam tu apa kata kita pergi ke Bali. Dah lama Iman berangan nak ke sana.”
“Okey. Demi isteri abang ni, apa saja abang sanggup lakukan.”
“Sayang abang!” Satu kucupan dihadiahkan ke pipi suaminya.
Begitulah dia. Sentiasa manja dengan kerenahnya.
Bahagia…
*****

Firdaus meneliti fail rekod jualan yang baru diserahkan oleh Anne. Lama dia menekuni fail itu. Maklumlah banyak yang dia kena tahu. Tugasnya sebagai pengurus pemasaran di syarikat pakciknya yang menjual bahan binaan menuntutnya berbuat demikian. Lagipun dia baru saja diberikan tugas ini. Baru lima bulan. Kepercayaan yang diberikan oleh pakciknya harus dihargai.
Setengah jam membelek fail tersebut, dia berhenti. Kemejanya disinsing hingga ke lengan. Dia bangun dari kerusinya dan menuju ke tingkap. Bangunan KLCC yang tersergam megah jelas dari pejabatnya. Dia memejamkan mata untuk melegakan ketegangan. Namun tiada apa yang hadir kecuali wajah manis Iman yang tak pernah dia lupakan.
Matanya melirik pada gambar Iman yang diletakkan di atas mejanya. Tersenyum manja dan penuh mesra.Walau hanya sekeping gambar yang kaku dan bisu.
Salahkah dia kerana masih mengingati gadis itu?
Berdosakah dia kerana menyayangi isteri orang?
Satu keluhan keluar dari bibirnya!
*****
“Fir, mama dah lama perhatikan kamu ni. Sejak balik dari JB, kamu dah tak macam dulu lagi. Asyik kerja saja. Kamu ada masalah ke? Cuba ceritakan pada mama.” Ibu yang tersayang, Puan Adibah menyoal, menyedari perubahan yang berlaku pada anak tunggalnya.
Firdaus yang ketika itu sedang mengelap GTInya membalas tanpa memandang ibunya.
“Mana ada masalah mama. Fir ok aje. Sibuk dengan kerja memanglah. Kan pak usu dah amanahkan kerja tu pada Fir. Fir kena study lebih sikit.”
“Mama tahu kamu Fir. Kamu tu anak mama. Dah 26 tahun mama bersama kamu. Kalau masalah lain kamu boleh handle tapi kali ni mesti pasal perempuan ni. Ceritakan cepat!”
Mama…memang sentiasa memahaminya. Janganlah cuba nak sorok daripadanya kalau ada masalah. Sekilas ikan di air sudah dia tahu jantan atau betina.
“Fir tak mahu mengenang kisah lama mama. Cukuplah dengan apa yang terjadi.”
“Sini. Duduk dekat mama.”
Firdaus menurut. Perintah ibu memang tidak pernah dibantahnya. Anak manja…
“Mama ternampak sekeping gambar perempuan dalam bilik kamu. Siapa dia?”
“Itu kawan Fir mama. Iman namanya.”
“Kawan? Mama tak percaya. Tentu hubungan kamu lebih daripada tu. Mama ni dah lama menempuh hidup.”
Dia serba salah. Mama memang cekap membaca air mukanya. Dia akan bertanya selagi persoalannya tak terjawab.
“Fir kecewa sebab Fir dah kehilangan dia mama. Sepatutnya Fir boleh menyelamatkan perhubungan kami tapi Fir tak kuat. Fir biarkan dia pergi. Fir bersalah.”
Sebak hatinya…membuka kembali kisahnya dengan Iman bagaikan mencurahkan cuka pada luka yang masih berdarah.
“Jangan macam tu Fir. Masih banyak wanita dalam dunia ni.”
Dia mengerti masalah yang dihadapi oleh Firdaus kerana ini bukannya kali pertama perkara sebegitu didengarnya.
“Tak sama mama. Iman segalanya dalam hidup Fir. Walaupun sekarang dia dah jadi isteri orang, Fir tetap akan tunggu dia.”
Puan Adibah memandang anak bujangnya. Antara kasih dan kasihan, dia memohon pada Tuhan agar memberikan anak itu kebahagiaan.
“Sekarang ni Fir tak mahu berfikir tentang apa-apa lagi. Fir dah penat mengalami perkara yang sama. Fir harap mama tak bangkitkan lagi hal ni. Fir tahu mama nak tengok Fir berumah tangga. InsyaAllah Fir tak akan menghampakan hasrat mama dan papa.”
Puan Adibah hanya mengangguk sambil tangannya menepuk-nepuk bahu anaknya.

            Lying in your arms
So close together
Did’nt know just what I had
Now I toss and turn
Cause I’m without you
How I missing you so bad
Where was my head
Where was my heart
Now I cry alone in the dark
I lay awake I drive myself crazy
Drive myself crazy thinking of you
Made a mistake
When I let you go baby
I drive myself crazy
Wanting you the way that I do…
Wanting you the way that I do…



2 comments:

  1. - wahhh...cikgu sempat mengarang ye...

    - bagus juga utk AI yg malas bace novel ni...hehe

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]