PAGES

Friday, June 17, 2011

Novelog 2 : Kisah Aku Dan Dia - Ep. 16


Anne memandang Firdaus yang baru saja berlalu ke biliknya. Pengurus muda yang hensem itu kelihatan biasa seperti hari-hari yang sebelumnya. Tidak ada apa yang berubah kecuali kesibukannya. Sebagai seorang yang penting dalam syarikat, tak ada waktu untuknya duduk-duduk saja.
Walaupun tugasnya sebagai setiausaha kepada Firdaus namun tak banyak yang diketahui tentang bossnya itu apatah lagi kisah peribadinya. Firdaus pun tidak pernah bercerita dan dia pula tidak pernah bertanya. Pun begitu dia harap tiada siapa yang tahu bahawa sebenarnya dia menyukai Firdaus dalam diamnya.
Ketika diberitahu oleh En. Shahman yang dia akan menjadi setiausaha kepada pengurus pemasaran yang baru, jiwanya sedikit terganggu. Maklumlah selama ini banyak yang mengambil kesempatan terhadap dirinya. Namun setelah bertugas dengan Firdaus, dia rasa selesa dengan boss barunya ini. Dedikasi, prihatin, dan yang penting sekali dia tidak pernah cuba untuk mengambil kesempatan terhadap dirinya walau cuma sekadar memegang tangannya.
Walaupun begitu Anne hanya dapat memandangnya dari jauh. Bahagia dalam angannya yang dilakarkan sendirian. Dia tidak mampu meluahkan perasaannya. Dia tidak mahu dikata perigi mencari timba. Asal dia bahagia, sudahlah…

*****

Firdaus memandang kad kecil yang baru ditemuinya ketika sedang meneyelongkar kotak lama dari JB dulu. Kad bewarna kelabu dengan gambar baby boy mengingatkan dia pada kenangan lalu. Ianya hadiah dari Iman ketika mereka sama-sama pergi ke dinner yang dibuat oleh kilang dulu. Dia membuka kad tersebut. Sekeping gambar Iman yang mungkin diambil di UPM dilekatkan di sebelah kiri dan ada kata-kata indah di bahagian kanannya…

            Ingatlah ada insan yang mengasihi dan menyayangimu..
            Ingatlah bahawa dia sentiasa mengingati dan merinduimu…
Namun seandainya keindahan perasaan hatinya itu terguris,
dia hilang arah kerana dia benar-benar menyintaimu…

Iman…banyak mengubah hidupnya. Gadis itu hadir membawa segala kebahagiaan yang dia perlukan. Namun kini dia sudah menjadi milik orang lain. Dan memang salahnya kerana tidak menghalang perkara itu dari terjadi sedangkan dia berupaya. Mungkin kisah luka nan lalu masih menghantuinya.
Kini dia merasa sangat terkilan. Walaupun dia sudah ada segalanya, namun dia kehilangan seorang yang amat disayanginya. Dia sekarang bukan lagi dia yang dulu yang hanya bekerja dikilang. Dia sekarang sudah boleh berbangga kerana dia sudah punya kedudukan dan harta. Namun bukan itu yang dia mahu. Dia hanya mahukan Iman. Jauh disudut hatinya dia mendoakan kebahagiaan Iman bersama Rezal yang memang dia tahu lelaki itu dapat memberikan segalanya pada gadis yang masih dan sentiasa bertakhta di hatinya.

*****

Iman merenung Rezal yang masih lena disebelahnya. Suaminya itu masih enak dibuai mimpi. Mungkin kerana letih melakukan banyak perkara dalam satu masa. Pertamanya proses pertukaran ke Seberang Prai.Lepas tu terus pula terbang ke Bali bersamanya. Puas dipujuk agar berehat dulu di Penang, namun Rezal tetap berdegil untuk terus ke Bali dengan alasan mahukan lebih banyak masa dan lebih lama bersamanya.
Argh...cantik sungguh pemandangan di sini. Udara yang segar dan nyaman, ditambah pula dengan landskap yang menarik, sungguh mendamaikan. Memang telah tercapai impiannya untuk ke sini. Dari remaja dia memasang angan, kini Rezal menjadikannya kenyataan.
Sesungguhnya dia tidak menyangka sehingga tahap ini Rezal sanggup lakukan padanya. Dia ingat Rezal hanya ingin memenuhi kemahuan ibunya. Dan dia ingat dia juga akan berdegil untuk terus menanti Firdaus. Tapi Tuhan maha adil, dianugerahkan Rezal kepadanya untuk memberikan kekuatan. Disebalik semua ini dia bersyukur pada tuhan kerana memberinya kebahagiaan sejati.
Jauh disudut hati kadang kala dia terfikir bagaimanakah hidup Firdaus kini? Cinta pertama…tak mudah baginya melupakan lelaki itu Cuma kini dia tahu setakat mana hadnya dan batasan dia sebagai seorang isteri. Segala-galanya kini hanya untuk Rezal. Yang berhak mendapatkannya.
Sambil memandang jauh ke pemandangan yang terbentang didepannya, fikirannya masih sarat dengan pelbagai kisah suka duka yang telah melanda. Daripada dia remaja hingga kini telah pun bergelar isteri. Dan insyaAllah satu hari nanti jika diizinkan dia akan menjadi seorang ibu pula.
Sedang dia asyik melayan perasaannya, terasa pelukan Rezal dari belakang. Tersirap darahnya ke muka. Ada sedikit perasaan terkejut dan berdebar  diperlakukan begitu. Dia menoleh dan memberikan senyuman manis pada suaminya. Pandangan mereka berlaga dan menerbitkan perbagai persoalan yang tak terjawab dengan kata-kata.
“Kenapa Iman tak kejutkan abang?”
“Iman tak sampai hatilah bang. Iman tengok abang penat sangat. Biar abang rehat puas-puas. Lagipun Iman tak ke mana-mana.”
“Apa yang kita nak buat hari ni?”
“Terpulang pada abang. Iman tak kisah. Seharian di sini sudah sukup mendamaikan.”
“Apa pulak nak duduk kat sini je? Kalau macam tu petang nanti kita pegi jalan-jalan sekitar hotel ni.”
Iman merenung Rezal. Mengiakan.
Rezal membalas renungannya. Pandangan yang penuh kasih sayang. Mengamati seluruh wajah Iman. Jemarinya mengusap lembut pipi Iman…kemudian beralih ke dagu dan menyentuh bibirnya. Satu kucupan diterima. Kucupan istimewa! Berlainan dari biasa.
“Abang…dahlah tu.” Iman cuba menghalang bila jemari Rezal semakin nakal. Merayap sudah ke mana-mana entah.
“Kenapa pulak? Salah ke abang nak bermesra dengan isteri abang?”
“Salah tu taklah tapi abang tu belum mandi. Bucuk!”
“Biarlah. Abang takut bila abang dah mandi nanti abang tak boleh nak macam ni dengan Iman. Abang takut tak ada waktu nanti.” Pelukannya terlerai dan dia membuang pandangannya ke langit. Iman disebelah tidak dihiraukannya.
Terasa lain kata-kata yang diucapkan Rezal padanya.
Apa maksudnya dengan ‘tidak ada waktu’?
“Abang jangan cakap macam ni. Iman gurau je.” Resah dihatinya bila Rezal tiba-tiba saja merajuk dan menarik muka masam. Dia memaut jemari Rezal dan mengucupnya.
“Iman minta maaf jika kata-kata Iman menyakiti hati abang.”
Rezal tersenyum dan memeluknya erat. Bagai tak mahu berpisah lagi. Dalam pelukan itu, Iman tidak berfikir apa-apa lagi. Biarlah hanya maut yang memisahkan mereka.

*****

Iman dan Rezal masih lagi bermalas-malasan di atas tilam empuk walaupun jam sudah menujukkan pukul 11 pagi. Tanpa bebanan kerja yang perlu dibuat dan masalah yang perlu difikirkan, pasangan itu hanya bersenang-senang menghabiskan masa bersama. Berdua! Baru saja Iman ingin bangun dari tilam, Rezal menarik tangannya kembali ke sisi, membawa Iman dalam pelukannya.
“Mana Iman nak pergi ni? Iman nak tinggalkan abang ya!”
“Tak adalah…Iman nak gi bilik air la bang. Nak mandi. Dah tengah hari dah ni.”
“Abang nak mandi sama boleh tak?”
“Tak boleh!”
“Tak kira. Nak jugak.”
Dengan pantas Iman turun dari katil namun cepat pula diikut oleh Rezal. Pinggangnya diraih dari belakang. Dipeluknya erat. Iman yang masih dibaluti satin nipis malam tadi direnungnya tajam. Seksi isteri kembali membangkitkan keghairahannya. Rezal mendekatkan mukanya ke wajah Iman. Bibirnya menyentuh dahi, hidung dan pipi Iman. Singgah pula di bibir mungil Iman walaupn Iman cuba untuk mengelaknya. Ah…sentuhan  yang lembut dan membahagiakan! Iman tidak mampu lagi menolak bila Rezal mencempungnya kembali ke tilam.
Dan peristiwa malam tadi berulang kembali kini…

*****

Selesai menikmati dinner, Iman dan Rezal sama bergandingan menuju ke tepi kolam renang di hotel tempat mereka menginap. Menghayati keindahan malam yang tenang dan suasana yang suram membangkitkan rasa romantis pada pasangan yang baru berkahwin itu. Berjalan seiring sambil berpegangan tangan, bahagia rasanya. Damai angin malam membelai ke wajah menerbitkan rasa dingin. Namun bersama yang tersayang, kesemua itu bukanlah halangan untuk bersama.
“Iman sayangkan abang tak?” Rezal memecahkan kesunyian. Dia memandang Iman yang berada dalam pelukannya.
“Sayang Iman pada abang melebihi segala-galanya di dunia ini. Hidup Iman hanyalah semata-mata untuk abang. Abang ragu dengan kasih sayang Iman?”
“Tak. Senang hati abang mendengar pengakuan Iman tu. Terima kasih kerana sudi menyayangi abang.”
Pelik! Iman betul-betul pelik dengan perangai Rezal semenjak dua menjak ni. Sangat sensitif dan selalu ingin bersamanya. Tak mahu berenggang langsung. Dah tu, suka sangat cakap pasal benda-benda yang mengarut dah apa-apa ntah. Membuatkan Iman tak senang duduk dan tak lena tidur.
“Boleh tak Iman janji dengan abang?”
“Janji apa?”
“Kalaulah ditakdirkan tuhan abang pergi dulu, abang nak Iman bersama semula dengan Firdaus sebagai pengganti abang.”
Haa…
“Abang…apa yang abang cakap ni? Iman tak pernah fikir sampai ke situ pun. Kan kita dah janji nak hidup bersama sampai maut yang memisahkan kita.”
“Kita hanya merancang tapi tuhan yang menentukan. Abang betul-betul merasakan yang abang akan pergi dulu.”
“Sanggup abang tinggalkan Iman sendirian mengharungi hidup ni? Abang nak tengok Iman hilang arah?”
Bergenang airmata Iman medengar kata-kata Rezal. Tak sangka  kata-kata itu yang terkeluar dari mulut suaminya. Dia mencapai jemari Rezal dan menggenggamnya erat.
“Abang…setiap apa yang berlaku adalah kuasa tuhan. Kita sebagai hambaNya patut terima apa yang telah disuratkan untuk kita. Iman tak mahu abang cakap lagi perkara ni. ”
Rezal bungkam. Keliru dengan fikirannya. Sesungguhnya dia pun tidak tahu bagaimana dia boleh bercakap sebegitu sehingga ianya menagih airmata Iman. Sayu hatinya melihat airmata si isteri yang mengalir di pipi. Segera dia menyeka. Dia memeluk Iman, meminta maaf atas keterlanjuran cakapnya. Pun begitu difikirannya masih kacau…



No comments:

Post a Comment

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]