PAGES

Sunday, June 19, 2011

Puding Roti Sos Coklat - Cook Without Recepi

Selamat petang...


Inilah yang dinamakan resepi campak-campak. Semalam, guna dalam sebungkus kecil roti untuk karnival dan ada bakinya beberapa keping... (belen yang budak2 lubangkan). Pastu expired date pun sari je lagi...sayang pulak nak buang, so godek2 la untuk dijadikan sesuatu...

Kalau cerita tentang puding roti, cheq sue lebih suka kalau puding tu agak2 keras sedikit...macam roti biasa yang direndam susu dan dibakar... Selalunya kalau buat memang refer resepi tapi kali ni malas nak selongkar. So... main agak2 je lah.

Separuh dari roti tu cheq sue blend dengan 3/4 susu cair, 1 cwn gula, 1/3 cwn tepung kastard dan 2 biji telur. Kemudian yang selebihnya cheq sue potong dadu dan masukkan ke dalam bahan yang dikisar tadi. Adunan ni pulak cheq sue biarkan seketika untuk mengembangkan roti. Bila roti dah kembang, cheq sue masukkan dalam acuan yang telah dilenser dengan majerin. Puding ni dibakar selama 45 min dengan suhu 180' (agak2 garing di bahagian atas). Dan alhamdulillah puding tu menjadi je mengikut citarasa cheq sue

Untuk sos coklat, biasalah guna cara yang paling mudah. Setengah keping coklat bar di masak secara double boil dengan susu sehingga cair dan sekata. Alaaaaaa......... agak-agak je la. Yang kurang boleh tambah......... Bila dah masak tuh, lagi sedap disimpan dalam esbok untuk lebih kaw-kaw...
Mmmmmm........sedapnya! Jom makan....



2 comments:

  1. - cheq sue...make soghe ke bwk skoloh gak...

    ReplyDelete
  2. 3 ketui ni jah cheq sue make...hop lain bagi ke member... make banyok ke jd gebu srupo roti plop...

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]