PAGES

Thursday, July 28, 2011

Cupcake Puan Sri

Assalamualaikum & salam sejahtera

Di malam yang semakin lewat ni cheq sue nak kongsikan satu resepi cup cake... CC ni cheq sue buat malam tadi dan dah abes diberikan kepada kanak-kanak ribena sekitar sini. Buka ape2 pun...nak abeskan whip cream yang digunakan untuk deco kek besday aiman baru2 ni.
Alhamdulillah cc ni elok aje kejadiannya dan rasanya tak manis tak tawar, sedang elok aje. Kalau dalam laporan MyR tu ramai yang dah cuba. asasnya sama cuma sedikit bahan2 ditukar. untuk cc ni cheq sue masukkan filling blueberry (akhirnya abes stok!) dan peanut butter (sebelum ni tak pernah buat filling, selalu sapu kat roti aje, rupa2nya sedap siotttt). Kalau ada sape yang teringin nak membuat cc, resepi ni sgt sesuai la sebab nanti dapatnya tak berapa banyak... yang cheq sue buat ni dapat dalam 20 biji aje. Jadi kat bawah ni cheq sue c&p resepi tu ye...senang nak refer kendian hari...

Gaya-gaya macam design cup cake girl dah ni...




CUPCAKE PUAN SRI
Sumber : Yummiez MyR

Bahan-bahan :
-200 g butter cheq sue guna majerin dalam 170g
-160 g gula kaster
-3 sudu besar tepung kastard
-220 g tepung naik sendiri
-4 biji telur
-1 sudu kecil vanilla esen

Cara-cara :
-Panaskan oven kepada 175deg. Ayak tepung naik sendiri dan tepung kastard.
-Pukul butter dan gula sampai kembang.
-Masukkan telur satu persatu dan teruskan memukul.
-Tambahkan vanilla esen ke dalam adunan tadi. Kemudian, masukkan tepung yg telah diayak.
-Isikan muffin tray dgn muffin cup. Masukkan adunan tadi ke dalam muffin cup. Kalau guna scoop ice cream -lebih senang.
-Bakar selama 20-25 minit atau hingga cupcake masak. Siap dan hidangkan. Kalau rajin, bolehlah 'deco2' kan cupcake tu dgn icing or whipped cream.

6 comments:

  1. Assalamualaikum cheq sue..
    comelnya cupcake tu ... mmg nampak sedap tu...ermmm.. dah abis yer.. baru akak nak mintak tadi.. hehehee

    ReplyDelete
  2. Cuppisssss...fav kak cek...buakn fav makan tau..tapi suka buat....suka tgk cuppies yg cute mute...kaler ijau ...cantikkkk...:)

    ReplyDelete
  3. - nak jugakkkk....huaaaaaaa...

    ReplyDelete
  4. @Diana @ Melley Mey
    bebudak suka la yang comel2 camni kak...yang di makan aising tu aje tak tahannya

    ReplyDelete
  5. @cik cek
    saya pom sama cam kak cek jugak...suka buat tapi makan tu tak berapa... kalau rasa nak makan kena guna sudu.. :)

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]