PAGES

Friday, July 29, 2011

Devil's Food Chocolate Cake For Me

Assalamualaikum & salam sejahtera

Semalam, cheq sue mencuba Devil's Food Chocolate Cake untuk dibuat makan2 pada malam hari jadi. He he he... resepi ni dah lama disimpan setelah ternampak di blog Noorsha. Nama menakutkan tapi insyaAllah rasanya sedap. tapi kalau sekali pandang nampak macam chocolate indulgence aje..
Untuk adunan ni cheq sue menggandakan sekali adunan sebab rasanya kalau satu adunan tu kecik sangat...kang makan sorang pun tak cukup. Untuk percubaan pertama ni kejadiannya agak comot dan tak berapa nak cun. Cheq sue buat ni dah malam, tak sempat nak tunggu cheese frosting tu sejuk, masih agak2 suam lagi. Ye laaaa....mata dah ngantuk xleh nak tunggu lagi. Coklat ganache pun tak berapa nak jadik lagi. tapi xpelah asal ada kejadian sebijik kek tu dah cukup.
Sebenarnya gandingan cheese dan coklat sesangat la serasi... tapi cheq sue tak berapa gemar cheese ni... bila tanya kawan2 apa rasanya... diorang kata SEDAP... alhamdulillah la abes jugak kek ni... cuma kena agak2 la masa nak letak cream cheese tu takut kek jadik muak pulak...
Apapun cheq sue CnP resepi tu kat sini pulak ya...tq pada yang sudi berkongsi... :)

'Less is more'... tak larat nak tacap lelawa... cukup la camni je

Kek mereka seikit kat tengah2 tu... nasib baik nak tutup nak salut... kalau tak jenuh nak cover

Cover dengan crean cheese frosting. sepatutnya kena masuk lam esbok kejap tapi xde ruang dah nak sumbat

bila tuang coklat ganache dia jadik bercampur pulak dengan cream cheese... aduish geram!

Pandangan dari dalam... ok aje...nice

DEVIL'S FOOD CHOCOLATE CAKE
Resipi Asal : cupcakeschek.blogspot.com
Sumber : Noorsha

Bahan-bahan :
-1 cawan tepung gandum 2 cwn
-1/4 cawan serbuk koko 1/2 cwn
-3/4 sk soda bikarbonat
-1/4 sk garam
-1/2 cawan gula halus - Noorsha guna 1/4 cawan saja 1/2 cwn
-1/2 cawan gula perang - Noorsha guna 1/4 cawan saja 1/2 cwn
-65 gm butter 130 g
-1 biji telur Saiz A 2 bijik
-1 sk esen vanila
-1/4 cawan buttermilk*  1/2 cwn
-1/2 cawan air suam 1 cwn

Bahan-bahan untuk homemade buttermilk :
-1 cawan susu segar
-1 sb cuka masakan
* susu mesti berada pada suhu bilik @ suam. 
campurkan cuka pada susu dan ketepikan sebentar selama kira² 20 minit. 
ia akan mengental sedikit.guna 1/4 cawan  sahaja dari buttermilk yang terhasil untuk resepi ini.
*cheq sue buat 1/2 cwn je

Cara-cara :
1. panaskan oven pada suhu 170 C - Noorsha guna suhu 130C.. cheq sue guna 150'
2. griskan loyang dengan margerin @ butter dan tabur sedikit tepung. ketepikan.
3. ayak tepung, serbuk koko, soda bikarbonat, garam dan ketepikan sebentar.
4. dengan menggunakan mixer, pukul butter dengan gula hingga berkrim, masukkan telur dan pukul lagi hingga sebati.
5. Masukan adunan tepung yang diayak tadi, buttermilk dan air suam, berselang seli sebanyak 3 kali turutan. kacau rata. 
6. masukkan vanila esen dan kacau sebati.
7. bakar selama 30 minit @ sehingga betul2 masak... gunakan lidi satay dan cucuk permukaan kek pada 30 minit pertama  untuk menguji kek sudah masak @ belum.
6. jika kek sudah masak, keluarkan kek dan sejukkan sebentar. 

Bahan-bahan Untuk  Cream Cheese Frosting :
-250 gm philapedia cream cheese cheq sue guna 125g
-125 gm butter
-1 cawan icing sugar - noorsha guna 1/4 cawan saja
-1 tsp esen vanila
-1 st lemon jus

Cara-cara untuk Cream Cheese Frosting :
-pukul kesemua bahan hingga berkrim. sapu pada kek yang telah sejuk tadi.  kemudian rehatkan kek yang telah dosapu frosting ini ke dalam peti ais sebentar.

p/s : kak Ayu suggest untuk buat 1/2 saja dari resepi frosting ni bagi sukatan kek diatas.. tapi Noorsha buat 1adunan untuk cream cheese ni sebab nak rasa cheese yang lebih :)

Bahan-bahan Untuk Chocolate Ganache :
-200 ml double cream @ whipping cream
-250 gm dark chocolate
-secubit garam

Cara-cara untuk Chocolate Ganache :
-menggunakan kaedah double boiler
-masukkan double cream @ whipping cream. biarkan ia merenih, masukkan coklat yang dicincang dan kacau hingga coklat cair.
-masukkan sedikit garam. kacau rata.
-biarkan suam sedikit, keluarkan kek yang disapu dengan cream cheese frosting dari peti ais tadi. sapu @ curah coklat ganache di permukaan kek. hias kek mengikut kretiviti


12 comments:

  1. alamak ceq sueee.. suke la nak buat kek ni... ingat nka buat tuk birthday sendrik gak, tapi dalam bulan puasa ni la pulak.. hehehe.... sedap kan...

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum cheq sue..
    kek nie mmg sedap kan.. akak pun dah beberapa kali dah buat dah... anak2 akak pun suka makan..

    ReplyDelete
  3. sue...larat ke perabih sorang2 ni..hehehhe...dah lamanya tak makan kek coklat..raya kot baru nak buat...hehehhe

    ReplyDelete
  4. sedap kek ni...nnt nak kena buat lagi nih..

    ReplyDelete
  5. - nak menitik air mata tengok kek cheq sue tu...huaaaa...sebab x dapat makan sama...dah le kek adalah makanan peberet ku...huhu

    ReplyDelete
  6. Assalam, cheq sue,
    oh bukan peminat cheese ya..heheh..tapi memang kek ni sedapkan sue..thanks sudi cuba juga ya..

    ReplyDelete
  7. @izahdaut
    alahai kesiannya besday lam poso pulak dah... xpelah...sebret masa raya aje izah...

    ReplyDelete
  8. @Diana @ Melley Mey
    memang sedap...sampai ada yang tanya ada lagi ke tak...x cukup makan..

    ReplyDelete
  9. @quinnie
    makan sorang? adoi...x larat la Q... ni cheq sue makan seketui aje taw...

    ReplyDelete
  10. @Rabiatun Adawyah
    ha ah kak...saya pun fikir nak buat lagi...nak improve teknik dan presentation... yang ni buruk bebenor eh

    ReplyDelete
  11. @AI
    aduh...so taching la u al... nanti len kali ye...cheq sue buat lagi

    ReplyDelete
  12. @Ayu
    sama2 kak ayu... kek ni dah sedap...cuma lain kali kalau nak buat cheq sue nak kurangkan cheesenya tu...

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]