PAGES

Sunday, July 10, 2011

Masak Lemak Jeriak Jagung & Ubi Stello + Ikan Selayang Masin Goreng

Assalamualaikum dan selamat tengah hari...

Amboi...dah tersadai kekenyangan nampaknya tuh... cheq sue pun alhamdulillah sudah menikmati makan tengah hari bersama adik dan bonda tercinta. Biasa la kalau kat kg ni makan tengah hari agak awal. Dua tiga hari ni mem agak tak sihat, batuk dan demam, satu badan sakit. Jadi dia xde selera makan. Sebab tu la dibuat sayur lemak ni dan dimakan dengan ikan selayang goreng.. terbukak sikit seleranya..
Okay... n3 ni adalah tajuk terpanjang pernah cheq sue tuliskan. Bukan ape...xleh nak dishortfomkan... Jeriak jagung tu adalah bahasa kelantan yang merujuk kepada baby corn @ tunas jagung. Bukan guna yang dah dibuang kulit separuh macam kat kedai tu yer... yang fresh from farm lagi ni... manakala ubi stelloe tu adalah ubi keledek. sebenarnya niat tadi nak masukkan kulat sisir @ cendawan kukur kelapa tapi takut pulak mek tak termakan... sakit urat tau..

Mmmmmm inilah rupenya masak lemak gaya Kelantan.. hanya guna bawang merah + lada hitam + santan sahaja... Jeriak jagung tu dimasak dulu sekejap sebelum di masukkan ubi sbb ubi ni mudah lembik


Ini pulak ikan selayang yang telah digaramkan semalaman (guna garam saja). bila goreng tu baunya semerbak ala2 ikan jeruk gitu. Agak masin, sesuai digoreng garing

8 comments:

  1. bestnya masih dok kat kampung.. makan sayur kampung yang segar dari ladang.. sangat mengiurkan..!!

    ReplyDelete
  2. mak selalu guna ikan cencaru letak garam pastu biar semalaman...bila goreng tu, bau satu rumah...busuk2 sedap gitu...kalau masak lemak ni makan dengan ikan goreng masyukkkk aje...

    ReplyDelete
  3. sedapnya menu lench dia..jagung muda tu pggl jeriak ek?kalau kat kmpung sy pggl 'ketiak jagung'hehehe..dekat2 dah..sayur lemak lawan ngan ikan jeruk gitu mmg sedap sgt..

    ReplyDelete
  4. sedapnya lunch menu kpg cmni...dh lama xmkn..sbb kat sini susah nk jumpa 'jeriak jagung'...hehehe..
    kpg cheq sue kelate kat mana?

    ReplyDelete
  5. @Along Maklong
    Itulah kelebihan dok kg kan mak long... nak ape2 mudah aje

    ReplyDelete
  6. @nuwairani ismail
    Nuni... mek cheq sue x berapa gemar ikan cencaru a.k.a krongan... :)

    ReplyDelete
  7. @lina_pg
    Kak lina.. kadang2 ada jugak panggi ketiak jagung...tapi bunyinye lebih kepada "ttiok" jagung... heeeeeeeee belajar bahasa kelantan dah kita ni

    ReplyDelete
  8. @Intai Dapur
    Cheq sue duduk dalam daerah pasir puteh...jalan lama antara pasir puteh ke Machang... errrr awak kelantan gak ker..

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]