PAGES

Sunday, July 10, 2011

Award Dari Kak Diana (8___8)



Assalamualaikum dan salam sayang kawan2 semua...

Akhirnya... setelah menskodeng ke sana sini... baru terjumpa nama Cheq sue di tag untuk "BEAUTIFUL BLOGGER AWARD" oleh Kak Diana. Terima kasih banyak2 sebab akak memberi kesempatan untuk Cheq sue sama2 menyertai assignment berantai nih.. TQ sesangat kat akak...
Memula cheq sue nampak award ni di Dapur Kak Gee tapi tak klik pun. Tapi bila tgk di kebanyakan rumah blogger masakan ada award ni, cheq sue agak curious jugak.. bila klik baru cheq sue faham... (maklumlah tak pernah lagi....)
Seronok jugak baca kisah kengkawan ni... Untuk newbie macam cheq sue ni banyak maklumat yang belum diketahui.. Bila baca kat rumah Kak Nor, Mas, Kak Izah, Quinnie, Kak Anim, MamaNoor dan banyak lagi... asyik nak senyum aje...

So, untuk sesiapa yang belum mengenali cheq sue, ini adalah 7 perkara yang boleh diketahui....

1 Cheq sue mula mendaftarkan akaun blog ni pada Okt 2010, sebab masa tu dah terminate akaun FB. Bila dah ada blog, tak tahu macam mana nak gunakan dan bukak pulak satu akaun fotopages...ada guna beberapa kali tetapi rasa macam susah sgt. So dua2 akaun blog dan FP dibiarkan camtu aje. sehinggalah bulan jun, barulah cheq sue belajar sedikit demi sedikit macam mana nak menguruskan blog ni... dan alhamdulillah sekarang ni dah boleh mengajar orang lain dah.... Sebelum aktif berblog ni memang cheq sue menjadi silent reader je terutama untuk blog DTS, Secubit garam, Ha-sue, Kak Diana, Kak DJ, Noorsha dan Mas. Kalau dalam MyResepi cheq sue menggunakan nama CheqSueCommot...

2 untuk pengetahuan semua (rasa2 dah ada yang tahu...), cheq sue adalah seorang cikgu yang mengajar di Cameron Highlands sejak 2004.. So kalau ada sesape yang nak datang CH...jangan lupa bagitau yer...

3 cheq sue ni memang anak jati Kelantan, dari daerah Pasir Puteh...dan masih bujang lagi... **guna perkataan single lagi best kan.... Sape yang sekapal ngan cheq sue sila angkat tangan okeh...

4 dalam keluarga, cheq sue adalah anak ke 3 dari 6 beradik (ke 4 sebenarnya sebab arwah akak yang sulung meninggal sebaik dilahirkan). adik beradik cheq sue ni 2 perempuan dan 4 lelaki sebab tu lah sampai sekarang ni rasa2 agak kekok nak berkawan / berhadapan dengan budak2 pompuan... he he he

5 Okeh...cheq sue memang tersangat lah suka memasak, tetapi amat memilih apa yang hendak di makan. kalau ada orang bagi makanan, kalau rasa tak kena dengan selera cheq sue tak akan makan (buruk nye perangai eh....) sama jugak kalau makan kat luar, kalau makanan tu tak menepati rasa, x abes la jawabnya.. Kadang2 kalau masak, tak makan pun sekadar untuk mencuba. kalau buat kek terutamanya sangat sikit je makan selebihnya akan bagi pada kawan2..

6 Di zaman persekolahan dulu, banyak terlibat dengan aktiviti berkaitan bahasa. pernah mewakili sekolah dalam pantun, forum dan kuiz. sangat minat dengan bahasa melayu...sebab tu la dah jadik macam karangan je nih.... :)..

7 Sangat menggemari aktiviti outdoor. Masa di UPM dulu selalu join Pengakap dan Pandu Puteri bercamping. Pernah sampai ke Gunung Senyum (aje) dan bercamping di beberapa tempat. Masih teringat pertama kali membuat aktiviti ripelling di Ulu Yam...siap tanya dengan abang jurulatih... "Kuat ke tali ni bang...saya berat ni..." Jurulatih tu cakap..."Takpe...takpe...jangan takut tali ni 1000 kilo pun tahan lagi..." Ha ha ha.. Lepas pada tu dah ketagih pulak... Sekarang ni aktiviti outdor yang tersangat aktif adalah berjalan2 la...

Itu aje lah ye secara ringkasnya tentang cheq sue. kalau boleh sampai 10 muka surat pun sanggup nak tulis, takut ada yang termuntah je.... he he he.... Tapi, dok pikir nak tag sape eh? Dah banyak yang buat ni...dah kena tag, so cheq sue tag sape yang tak buat lagi lah yer... sudi2 kan lah membocorkan rahsia anda kepada kami semua....

*** Orang lain dah lama tayang award ni...kite aje yang tertinggal ketapi... maklumlah baru sampai dari kg...

Tag kepada :

14 comments:

  1. owh...UPM jugak ke? baru tau...heheh...

    ReplyDelete
  2. cheq sue senior nuni dah... 1999-2002

    ReplyDelete
  3. sue saya pun kalau kek2 ni makan sikit je...bila buat kek mula la terkemut2 nak habiskan...heheheh...tu yg jarang skit kalau nak membaking2 nih....dia kalau buat kek tu tandanya dah teringin sgt la tu sebab dah lama tak makan...kekekek

    ReplyDelete
  4. @SoLy SoLicious
    1st time dapat Soly... kembang idung ni sat..

    ReplyDelete
  5. @quinnie
    Q...susah jugak kan kadang2... kite suka masak...suka cuba tapi nak perabihkan tu seksa... ada pernah seorang member tanya... xde keje ke asyik masak aje... heeeee........

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum CheqSue,
    tq atas ingatan..baru tadi akak mengarang,.tetiba CheqSue bagi juga..nnti akak link nama sekali ya...

    ReplyDelete
  7. @Yatie
    TQ akak... saya ni mengarang petang tadi...tapi x sempat publish...so tak buat pembetulan pun... btw seronok dapat mengenali bermacam2 tentang kawan2 maya ni...

    ReplyDelete
  8. terima kasih cheq sue kerana sudi terima award nie... :)

    kita pun agak sama gak yer cheq sue... akak pun minat aktiviti outdoor... seronok kan...;)

    ReplyDelete
  9. @Diana @ Melley Mey
    Akak... kalau outdoor ni memang la suka sgt... tapi sekarang ni dah berbatas siket... kalau time kena camping tu memang layannnn la

    ReplyDelete
  10. ohh dok pasir mas ke, akk selalu gak ke pasir mas, nenek ore p.mas.

    ReplyDelete
  11. Kak Rosa...cheq sue asal Pasir Puteh... kaum kerabat dok situ blako.. ada sikit2 di Kusial, Tanah Merah

    ReplyDelete
  12. eh ada jugok nama akk hehehe, kg abe kat tendong

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]