PAGES

Monday, July 11, 2011

Novelog 2 : Kisah Aku Dan Dia - Ep. 28


Sejak peristiwa di Swiss Garden, Iman dan Firdaus mula rapat kembali. Pohon cintanya mereka yang tidak sempat membesar dulu kini di baja dan dibelai semula agar bisa menjadi pokok yang teguh dan mampu memberi keuntungan kepada sesiapa saja. Keluarga di kedua belah pihak sudah mengetahui hubungan mereka itu dan masing-masing tidak menghalangnya. Cuma yang penting pandai-pandailah jaga diri.
Dunia kini penuh keindahan. Bunga-bunga cinta indah  berkembangan, menyebarkan harumnya ke segenap ruang alam. Tiada lagi kedukaan. Hanya keriangan dan senyuman yang menghiasi hidupnya kini.
Setiap pagi mereka pergi ke pejabat, sarapan, lunch dan dinner bersama. Tak mahu berpisah walau sesaat pun. Semua staf di pejabat Iman mahupun Firdaus sudah mengetahui hubungan mesra itu hingga biasannya sampai ke telinga Idham. Rasa cemburunya meluap-luap. Dia kalah pada Firdaus buat kali kedua. Kali yang pertama dulu ketika perebutan tender. Taktik kotor yang diguna tidak menyebelahinya. Kali ini dia kalah lagi. Dan lebih memalukan dia kalah berebutkan seorang perempuan. Hilanglah taringnya jika dia senang-senang membiarkan Iman jatuh ke tangan Firdaus. Tentu teman-teman menggelakkannya. Mana dia hendak letak muka.
Tak kira walau apapun yang terjadi, dia akan mengisytiharkan perang untuk mendapatkan Iman. Apa cara sekalipun, gadis itu akan terkulai dalam pelukannya.

*****

“Eh! Apa yang you buat dalam bilik I ni Idham?” Iman menyoal sebaik saja dia melihat Idham sedang duduk di kerusinya. Ketika itu dia baru saja balik dari berjumpa Mr. Tong yang akan membuat satu sesi motivasi di syarikat itu.
I tunggu you lah. Tak boleh ke?”
You tak ada kerja ke?” Rimas dia dengan perlakuan lelaki itu.
“Kerja I tunggu you kat sini.”
“Apa halnya?”
I nak ajak you keluar malam ni. Harap you tak tolak.”
Sorrylah. Dah berapa kali I cakap I tak suka keluar malam. Lagipun,  malam ni I dah janji nak makan di rumah Firdaus. Kalau you nak boleh join sama.”
Idham merenungnya tajam. Sekali lagi pelawaannya di tolak.
I tak suka you kawan dengan dia. Bukannya you tahu siapa dia tu sebenarnya.”
I kenal dia atau tidak itu bukan soalnya. Apa hak you nak halang I dari berkawan dengan dia?”
“Dia tu buaya darat kat sini tau tak. Sebab I sayang pada you lah I tak nak you terjerat dalam perangkapnya.”
Iman seperti hendak tergelak mendengar kata-kata Idham. Dia dah terlalu lama mengenali dan terlalu memahami Firdaus.
I know him very well Idham. I tahu apa yang I buat. So kalau tak ada apa-apa, please. I banyak kerja nak buat.” Iman membuat isyarat mempersilakan Idham keluar dari biliknya. Sakit hatinya mendengar lelaki itu memburuk-burukkan Firdaus.
Idham bangun dari kerusi. Dengan muka yang tak puas hati dia memandang Iman.
I akan buat apa saja untuk mendapatkan you Iman!”
Ah… sungguh sulit hidup ini. Takut dia mendengarkan kata-kata terakhir Idham tadi. Tapi, hanya lelaki tak tidak gentleman saja yang sanggup mendapatkannya dengan menggunakan taktik kotor.

*****

“Assalamualaikum.”
“Waalaikumussalam. Eh makcik. Masuklah.”
“Iman buat apa? Makcik tak mengganggu ke?”
“Tak adalah. Iman tengah kemaskan baju tadi.”
“Kemaskan baju? Nak ke mana?”
“Tak ke mana pun. Ala…baju yang dah tak boleh pakai. Ingat nak hantar dekat pusat kebajikan. Ada apa hal makcik cari saya?”
“Makcik bosan kat rumah tu sorang-sorang. Firdaus tu ha…asyik dengan kerja. Makcik pun dah diabaikannya.”
“Jangan cakap macam tu makcik. Dia kerja pun untuk memberikan segala yang terbaik buat makcik.”
Senang hatinya mendengar penjelasan Iman.
“Kamu berdua ni tak merancang untuk berumahtangga ke?”
“Makcik…masih terlalu awal untuk kita bercakap soal tu. Banyak lagi yang perlu saya tahu tentang dia untuk hidup bersama. Dia pun belum mengenali saya sepenuhnya.”
“Makcik sangat berharap hubungan kamu berdua akan berakhir ke jinjang pelamin. Dah terlalu banyak penderitaan yang ditanggung oleh Firdaus setelah dia kehilangan kamu.”
Dia tahu kerana dia juga menderita dengan apa yang telah terjadi dulu. Dia berharap kali ini dapat menebus kembali bahagianya yang telah hilang.
“InsyaAllah makcik.”

2 comments:

  1. - wahhh...susah kalo ade org mcm idham...tapi mmg ramai mcm tu kan...

    ReplyDelete
  2. @AI
    Itu la masalah problem nye al...dah la lelaki baik dah hampir nak pupus... nasib baik ada firdaus

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]