PAGES

Monday, July 11, 2011

Sup Cendawan Poyo

Assalamualaikum & selamat malam....

Kali ni cheq sue nak kongsikan satu resepi yang tersangat la senang... sesuai untuk kanak2 ataupun mak kanak2 yang mahukan menu yang ringkas dan mudah. Sebenarnya menu ni cheq sue buat makan tengah hari tadi. Kejap aje masaknya.. Kalau nak tambahkan ayam atau udang atau sotong memang lagi sedap tapi udah namanya poyo...macam sup kosong aje kejadiannya... (T_T). Kalau nak kasik pedas sikit boleh tambahkan cili / serbuk lada putih...
Cheq sue ni sebenarnya kalau makan nasik suka kalau ada sayur2 + kuah2 sket... barulah lancar nak telan xde nak tersangkot kat tekak tu. Sup ni tadi di makan dengan ayam rangup mentega yang agak kering2 sikit..
Ada ke orang nak nengok cane nak buat resepi poyo ni?  :)


SUP CENDAWAN
Sumber : Sendirian Berhad

Bahan-bahan :
- 3 kuntum cendawan tiram (carik2kan)
- sebiji ubi kentang (dadu)
- setengah biji bawang besar (hiris)
- sebiji bawang putih (ketuk)
- 1/2 kiub ayam
- daun sup
- garam dan air secukupnya

Cara-cara :
- masukkan bawang ke dalam periuk yang berisi air, kiub ayam dan ubi kentang
- masak hingga ubi empuk
- masukkan daun sup, cendawan dan garam
- masak sehingga cendawan menjadi lembut

5 comments:

  1. kira okey la al poyo pun... sedap what...

    ReplyDelete
  2. yg gini ler yg sedap kan cheq sue... akak mmg fav nie cendawan d masak gini .. sedaaap sesangat jika d makan panas2 ... memang semangkuk tu tuk akak sorg jer.. hehe

    ReplyDelete
  3. @Diana @ Melley Mey
    Sama la ngan saya akak... kalau masak gini hirup kuah2nya sekali...

    ReplyDelete
  4. kamoo ditag if sudi join la ye..


    http://nananadya.blogspot.com/2011/07/mega-giveaway-by-yana-cik-putih.html

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]