PAGES

Saturday, August 27, 2011

Biskut Gajus Rangup

Assalamualaikum & salam sejahtera

Kali ni cheq sue nak masukkan n3 biskut gajus ni pulak. Biskut gajus ni memang wajib la kiranya untuk biskut raya. Tiap2 tahun memang tak miss buat satu adunan. kalau rasa nak dapat banyak sikit kena gandakan la adunannya tu... cheq sue ni memang suka sangat dengan bende2 kacang ni...pantang tau! Pantang jumpa... *_*

cheq sue tak ingat pulak dari mana dapat biskut ni...tengok dalam buku resepi xde pulak ditulis. mintak maap la ya pada tuan empunya resepi ni sebab xde dikreditkan resepinya di sini. serius cheq sue cakap...biskut ni memang sedap...rangup, lemak masin manisnya semua cukup... memang berbaloi menbuatnya..


Agak2 korang kat rumah tu mesti tengah kalut ribut nak selesaikan segala persiapan terakhir untuk sambutan Aidilfitri. Mana nak ngemas...nak siap2 rumah...nak masak...haishhhhh mesti kepenatan semua. cheq sue pun nak kena jugak buat mana-mana yang patut...yang tak patut tu xsoh dibuat la yer... Selamat Hari Raya!!



BISKUT GAJUS RANGUP
Sumber : My Old Recipi Book


Bahan-bahan:

240gm mentega

100gm gula kastor

1 butir telur – ambil kuningnya

½ sudu teh esen vanilla

350gm tepung

20gm tepung kastard

Sedikit buah gajus – untuk hiasan



Cara membuatnya:

Pukul mentega, kuning telur dan esen vanilla hingga kembang. Masukkan tepung dan tepung kastard kemudian uli hingga menjadi doh

Buatkan bentuk menjadi bulan sabit dan susun dalam dulang pembakar. Letakkan buah gajus di tengah dan sapukan telur di atasnya cheq sue gentel2kan aje agak2 berupa buah gajus gitu dan letak gajus dihujungnya

Bakar pada suhu 180c selama 15 - 18 minit sehingga kekuningan.

2 comments:

  1. wah sue biskut gajus la pulak....kita ada lagi satu biskut duk terbekenan la pulak disaat2 akhir nih....haisshhh.....mula2 tak nak buat biskut...aleh2 dah 4 macam...nak masuk 5..kekkeke

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum Cheqsue,

    wah ada gajus cookies...akak tk sempat nk buat biskut gajus walaupun febret akak nie...hehe.Selamat Hari Raya dik!

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]