PAGES

Sunday, August 28, 2011

German Cookies

Assalamualaikum & salam sejahtera


Wahhhhh...................seronoknya berada di kampung... mesti semua dah sampai kan? Yang dari utara, selatan, timur dan barat mesti sudah berkumpul di rumah emak atau nenek untuk menyambut raya bersama. Pada sape yang tak dapat balik kg tu...bersabar lah ya...mungkin ada hikmah disebaliknya...semoga korang tabah aje menghadapi aidilfitri kali ni



Rasa-rasa cheq sue, ramai yang dah membuat german cookies made in malaysia nih.  cheq sue pun tak ketinggalan mencuba jugak...mana boleh nengok aje dok? cara nak buat pun senang, nak bakar pun sedap...memang menjadi pilihan la...


Pada cheq sue rasa biskut ni kira okeh aje...mungkin jugak cheq sue ada tersilap bahan kat mana-mana...tapi overal masih sedap untuk dirasa. Ye lahhhh...setiap orang tu ada citarasa yang berbeza-beza.... terpulanglah pada citarasa masing2 kan! Pada sape yang belum cuba tu...boleh la buat ya..

bila nengok izah buat ada kaler2 macam cantik aje...sebab tu la cheq sue pun taruk sedikit red christmas, barulah nampak serinya sikit.... kalau buat kaler2 lagi cantik rasanya. Macam tun telani rasanya dibuat biskut ni bulat2 dan ditarukkan pula buah ceri di atasnya... kalau sape yang kreatif tu macam2 pesen buleh buat... *** nampak no lah cheq sue ni xde idea nak mendeco german cookies nih...

GERMAN COOKIES

BAHAN-BAHANNYA :
125 gram mentega berkualiti tinggi 
125 gram tepung kentang 
80 gram tepung halus 
40 gram gula aising, diayak


CARA MEMBUATNYA :

Satukan tepung kentang dan tepung gandun, ayak dan ketepikan. Putar mentega dengan gula aising hingga sebati, masukkan garam. Perlahan kelajuan dan masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga menjadi doh yang lembut. Rehat kan sekejap.

Ambil sedikit adunan ( 1/2 camca besar), kemudian bulat2kan dan susun atas dulang pembakar. Celup garfu dalam air dan tekan atas bebola tadi hingga sedikit leper dan membentuk corak. Buat hingga siap.

Bakar dalam oven yang telah dipanaakan pada suhu 175C selama 15 minit . Sejukkan atas jaringan sepenuhnya sebelum disimpan dalam bekas kedap udara....
mmm

1 comment:

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]