PAGES

Friday, August 5, 2011

Novelog 2 : Kisah Aku Dan Dia - Ep. 33


“Hai Iman. Tak pergi lawat boyfriend you ke? I dengar teruk dia excident.” Idham menegurnya. Waktu itu dia bersiap-siap untuk ke meeting room. Malas Iman hendak melayan lelaki itu. Dia meneruskan kerjanya.
I rasa you patut tinggalkan dia je. Dia tu dah tak dapat hidup lama. I kat sini sudi menggantikan tempatnya.”
Mana pulak Idham tahu semua ni? Jangan-jangan dia yang merancang kemalangan tu?
What the hell you are talking about? Dah cukuplah you ganggu I selama ni. Sekarang I harap you jangan kacau kebahagiaan I.” Lancar saja mulutnya berkata-kata. Lantang.
“Tak semudah itu Iman. Kalau I tak dapat memiliki you, jangan harap orang lain akan dapat. Remember that!”
Kata-kata ugutan dari Idham benar-benar meyakinkan dia bahawa lelaki itu yang merancang kecelakaan terhadap Firdaus.
“Abang okey hari ni?”
“Alhamdulillah. Better rasanya dari semalam. Mama baru je balik sekejap tadi. Dia kirim salam pada Iman.”
“Waalaikumussalam. Ni ada kuih kegemaran abang. Balik dari office tadi Iman beli.”
“Terima kasih. Menyusahkan Iman aje.”
“Tak jugak. Abang tahu, tadi Idham ada jumpa Iman. Dia warning Iman agar tinggalkan abang. Cara dia bercakap tadi seolah-lah dia tahu segalanya yang terjadi pada abang. Ntah-ntah dia yang merancang semua ni.”
“Iman, tak baik menuduh dia macam tu. Kes abang ni dah jadi kes polis. Biarlah mereka siasat dulu.”
“Kalaulah betul dia yang buat, Iman doakan dia dipenjara. Tak ada orang yang nak kacau Iman lagi.”
“Abang kan ada. Abang yang akan kacau Iman nanti.”
“Jahat!”

*****

“Kenapa tu?” Jannatun menyoal Zaki bila dia melihat ada kekecohan di pejabat Idham.
“Entahlah. Ada polis dalam bilik En. Idham. Katanya En. Idham terlibat dengan satu  percubaan membunuh. Itulah yang nak kena bawak ke balai tu. Nak bantu siasatan.”
“Percubaan membunuh sapa?”
“Katanya Firdaus Hakimi dari The Source.”
Firdaus Hakimi? Tu boyfriend Cik Iman. Tak boleh jadi. Cik Iman mesti dimaklumkan.
“Pagi Cik Iman. You tak dengar berita ke?”
“Berita apa pagi-pagi ni?”
“Idham di bawa ke balai polis atas pertuduhan cuba membunuh boyfriend you.”
“Percubaan membunuh Firdaus? Betullah apa yang I  sangka.”
I tak tahu pulak sampai begitu sekali dendamnya pada Firdaus.”
“Baguslah macam tu. I berdoa siang malam agar dia menerima balasan.”
Esoknya hangat satu pejabat. Penahanan Idham pagi semalam memang sudah diketahui. Namun yang paling mengejutkan, dia juga terlibat dalam komplot perebutan tender di Perak lima  bulan lalu. Paling mengharukan kedua-dua peristiwa itu melibatkan dia dan Firdaus. Siapa yang memberikan maklumat dia tidak tahu. Yang penting Idham sudah tertangkap. Sepandai tupai melompat, ke tanah jua jatuhnya. Firdaus segera dihubungi untuk memberitahu peristiwa itu.
“Abang dah tahu. Anne yang cakapkan pada abang. Dia terjumpa maklumat tu di meja salah seorang kerani di office abang. Nanti petang Iman datang ambik abang. Abang dah boleh keluar wad hari ini.”
“Ye ke? SyukurAlhamdulillah.”
Hari ini dia merasai dua perkara gembira. Hatinya mengalami musim bunga sekarang ni... 

*****


Berita penahanan Idham tidak mengejutkan Firdaus. Memang dia tahu Idham menjadi dalang dalam beberapa perebutan tender. Bukan dengan The Source sahaja tapi juga dengan syarikat-syarikat lain. Cuma tidak ada bukti untuk membawanya ke muka pengadilan. Kali ini dia berterima kasih kepada Anne yang sanggup mengambil risiko menyelongkar meja Murtaza. Di situlah segala-galanya bermula…
“Abang…apa yang abang menungkan?”
“Abang tengah fikirkan apa yang telah melanda kita. Dah banyak halangan kita hadapi, akhirnya kita dapat bersama juga.”
“Masih ada jodoh kita. Tadi ibu telefon. Dia tanya bila keluarga abang nak ke Kota Tinggi. Nak buat persiapan katanya.”
“Mama kata hari minggu ni. Tunggu pak long dan pak lang sekeluarga dulu. Pak usu pun dah setuju nak turut sama.”
“Kalau macam tu biar Iman beritahu dia. Dia pun tak tahu Iman nak bertolak balik esok.”
“Iman, abang tak sabar nak tunggu minggu depan.”
“Ish abang ni. Nakal!”

4 comments:

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]