PAGES

Saturday, August 6, 2011

Novelog 2 : Kisah Aku Dan Dia - Ep. 35

“Iman! …lama sungguh kita tak jumpa.”
Siti, teman lamanya yang memang sudah lama tidak berhubungan dengannya. Gadis itu kini bergelar ibu kepada seorang anak dan bakal mendapat seorang lagi cahaya mata hasil perkongsian hidupnya dengan Azali. Itulah kisah cinta Siti yang lurus tanpa cabaran sedangkan dia menghadapi laluan berliku untuk sampai ke matlamatnya.
Hari ini, walau apapun kenangannya, dia tidak mahu mengimbasnya semula. Dia hanya berharap segala-galanya berjalan seperti yang dirancang. Hari ini adalah hari istimewa baginya. Mungkin dulu dia telah merasainya tapi kali ini perasaannya sungguh lain. Kalau dulu dia menangis bila abah mewalikan perkahwinannya dengan Rezal, tapi kini dia tersenyum lebar kerana Firdaus adalah lelaki pertama yang hadir dalam hidupnya dan kini akan berkongsi hidup dan masa-masa seterusnya. Doanya biarlah kebahagiaan bersama mereka hingga ke akhir hayat.
“Apa yang kau menungkan tu? Pengantin dah nak sampai ni. Duduk elok-elok.”
 Bibi yang ditugaskan sebagai juruandam memarahinya. Kecerewetan perempuan itu sebenarnya untuk menjamin segalanya lancar. Iman tersenyum memandang Bibi kemudian memandang Siti yang turut menemaninya. Sudah terlalu lama dia tidak bersama dengan Siti. Malah sudah terlalu banyak yang Siti tidak ketahui.
Debar yang kian hebat memukul dadanya. Puas dia berselawat untuk menghilangkan ketidakkeruan di hati. Siti meramas bahunya, memberikan kekuatan. Memandang sekilas wajahnya di cermin, tergambar jujur kaca itu berkata dialah wanita yang paling bahagia di dunia, kini.
 
*****

Renjis-renjis dipilis
Ditepungilah tawar
Hai beras pulut ditabur
Disirami air mawar…

Keletihan masih bersisa. Walaupun tanpa majlis bersanding, namun dia tetap dipaksa bergambar dengan sanak saudara sebelah keluarganya dan sebelah keluarga Firdaus. Mama dan papa  yang hadir tambah memanjangkan masa bila mereka juga ingin turut serta. Seboleh-bolehnya dia hanya ingin menyelesaikan yang wajib sahaja tapi kerana mahu menjaga hati semua pihak yang selama ini banyak mencurahkan kasih sayang padanya, dia akur.
Tidak terucap dengan kata-kata bila dia mendengar ucap lafaz nikah Firdaus tadi. Dengan dua kali sebutan, dia sah menjadi isteri Firdaus. Ketika itu terbayang di matanya wajah tampan Rezal yang tersenyum bagaikan rela dengan tindakannya.  Ketika membatalkan air sembahyang, Firdaus memakaikan seutas rantai padanya. Dan ketika Firdaus mengucup dahinya, dia hampir-hampir menitiskan air mata. Cepat-cepat pula Firdaus menyekanya. Sebak dadanya bila mendengar lelaki itu berkata…
“InsyaAllah abang akan cuba bahagiakan Iman.”

2 comments:

  1. - harapnye lepas ni cheq sue pulak ikut jejak iman...hehehe...(jgn marah yerrr)

    ReplyDelete
  2. @AI
    ha ha ha... segannya.. mintak2 gitulah al.. doa2kanlah

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]