PAGES

Saturday, August 6, 2011

Serunding Daging

Assalamualaikum & salam sejahtera...

Aduhhhhhh...penatnya tangan. He he he...  Sejak sari dua lepas...nampak serunding daging di dapur Izah, cheq sue memang dah bercadang nak membuatnya jugak untuk menghabiskan stok daging. Walaupun tak banyak tapi xde selera dah nak makan sebagai lauk berbuka. Rasanya tak sampai pun 200 gram..kalau dah disiat dalam 3/4 cawan aje. Tapi xpelah...bahan2 yang izah letak tu sebagai panduan, dan cheq sue kurangkan mengikut jumlah daging yang ada. Mintak halal ye Izah... Resepi ni cheq sue cnp sebijik yang izah punya tau...kot2 ada seru nak buat kemudian hari...

Dulu pernah sekali buat serunding kelapa... agak berlainan sikit dengan pembuatan serunding daging ni. Pada pendapat cheq sue, rahsia untuk mendapatkan hasil serunding yang sedap adalah dengan penggunaan serai dan ketumbar (kalau kat kg dipanggil rempah @ repoh). Dan serunding ni memang la wangi baunya...semerbak aje dengan bau ketumbar... berdangdut dalam peut ni masa memasaknya...

Okeh...oleh sebab cheq sue masak ni sedikit je, cheq sue xdelah menggorengnya sehingga garing, agak2 kering je gitu...dok pikir2 kejap aje kot abes ni. Lagipun nanti nak makan serunding ni dengan nasik, dan insyaAllah akan dikongsi dengan kawan2... Nak???

 Oleh sebab 2 ketui daging yang cheq sue guna tu dipotong pendek, maka hasil serunding ni pun ala-ala ketot gitu...xde la berurat panjang macam Izah buat...

SERUNDING DAGING
Sumber: izahmuffinlover

 Sedapnya kalau dimakan dengan pulut kan...

Bahan-bahan :
-1 kg daging
*daging dipotong kiub sebesar penumbuk, rebus sehingga lembut mungkin dalam sejam lebih atau bergantung dengan jenis daging. Bila lembut, ambil daging tadi dan tumbuk menggunakan lesung batu bagi lembut sehingga boleh disiat dengan mudah. Jangan tumbuk sampai hancur ye. Tumbuk sekadar leperkan daging dan dapat disiat dengan mudah. Kemudian siat menggunakan kudrat tangan masing2 ye.

Bahan kisar:
3 biji bawang besar
1 labu bawang putih
30 biji cili kering *bergantung tahap kepedasan memasing
3 inci halia
5-6 batang serai
1 inci lengkuas

Bahan tumbuk:

3 sudu besar biji ketumbar
3 sudu besar jintan manis
2 sudu besar jintan putih
1 sk lada hitam

Bahan lain:
2 sudu besar rempah kari
2 sudu besar rempah kurma *optional
3-4 sudu besar kerisik
santan secukupnya dari 2 biji kelapa *agak2 sama aras daging
Rempah 4 sekawan
2-3 helai daun kunyit *hiris halus
4-5 helai daun limau purut *hiris halus
2 keping asam keping
sedikit kicap untuk gelapkan warnanya

Bahan perasa:
gula merah
garam

Cara-cara :
-Panaskan semangkuk minyak dan masukkan rempah 4 sekawan. Wangikan.
-Masukkan pula bahan kisar dan tumis hingga naik bau.
-Masukkan pula bahan tumbuk.
-Tumis guna api sederhana dan biar sampai betul2 wangi.
-Masukkan pula rempah kari dan kurma.
-Goreng lagi hingga garing dan pecah minyak.
-Masukkan santan dan asam keping. Biar mendidih.
-Masukkan daging.
* Jika santan kurang dari daging, boleh masukkan lagi santan hingga sama aras dengan daging. Kalau santan terlebih no hal punya, yang jadi halnya sebab lama la skit nak kacau kat dapur tu.
-Kacau sehingga mesra, kemudian masukkan kerisik.
-Masukkan pula gula merah dan garam dan kicap secukup rasa.
-Agak2 dah kering santan tu, boleh la masukkan daun kunyit dan limau purut.
*Semasa proses serunding ni nak kering, daging ni akan bergumpal2. Jadinya kena amik garfu carik2 kan daging tu. Baru daging ni kering sekata. Kalau tak kering serunding tak dapat disimpan lama.
Bila serunding ni kering boleh la dilihat bila kita kacaunya menjadi ringan dan berbunyi2 kering.
Tak pun boleh je la rasa dengan tangan n mulut kann..
Masa proses mengering tu, boleh la kutip segala mak nenek rempah tadi iaitu rempah 4 sekawan dan asam keping. Kutip dan buang ye..


Versi cheq sue :
- bawang besar, bawang putih, serai, lengkuas, halia, kunyit, cili kering, ketumbar, lada hitam semuanya diblend dan ditumis dengan rempah 4 sekawan, kemudian masukkan garam dan gula. bila dah wangi masukkan daging yang telah di siat dan masak sehingga garing

8 comments:

  1. belum merasa lagi la ye sernding ni.. hai memang la sedap bau nya masa memasak nikan.. gendang gendung perut. tu la terasa nak buat pulut makan ngan serunding ni, takpun buat pulut bakar tu sedap jugakkan.. haiishhh sik ingat makann je..hahaa

    ReplyDelete
  2. @izahdaut
    tu la pasal izah... dah masak pun macam memanggil mangil aje baunya... memang sedap lah... xpe, kita try yang sikit ni dulu naaaaaaaaaaaaaa

    ReplyDelete
  3. sedapnye serunding...dah lama tak makan serunding..makan dengan ketupat tawar pun sedap..hihi

    ReplyDelete
  4. @Alisya
    lagi sedap kalau dibuat inti... hadui....

    ReplyDelete
  5. rajinnya sue buat serunding...kita paling malas kalau kena buat serunding...hehehe..tapi makan sukeeeee....kekekke

    ReplyDelete
  6. @quinnie
    rajin la sgt Q sebab siket je nih... cuka kalau buat sekilo macam izah tu... aiiiiii xde rajin2nya jugak...

    ReplyDelete
  7. rajinnya cheqsue mengacau sambal daging ni....nk tunggu kering dah satu hal...nk siat2 bg kecik2 mcm tu pon satu hal dah...syabas beti...hihih

    ReplyDelete
  8. Wah!...rajinnnnya berserunding daging....:)

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]