PAGES

Thursday, August 25, 2011

Snow Almond Cameron Highlands

Assalamualaikum & salam sejahtera

Haaaaa..... mood raya sudah tiba! Tinggal esok aje nak kerja...ewahhhhh padahal dah 2 3 hari mood ke laut.. tak sabar nak ngemas nak balik kg... Tu la penangan orang merantau ni... time2 raya memang mood tu lain macam sikit. Biskut raya pun tinggal almond aje yang belum disalut coklat, balik buat kat kg la dengan adik-adik..x larat dah nak hadap periuk coklat tu...

Untuk snow almond ni...alhamdulillah dapat disiapkan sekadarnya walaupun xleh nak memenuhkan semua snow kat beskut tu. Sekali tgk macam lawa pulak...Bila nengok ke kengkawan lain buat santek2 aje semua...kita pun sibuk nak buat jugak. Memula nak salut dengan breadcrumbs tapi xde yang putih...kot tak lawa pulak guna yang kuning sebab tu la salut guna nestum je. Nampak menawan jugak. Mmmmmm xpelah kan...janji siap biskut tu.


Untuk biskut ni...barulah pertama kali cheq sue beli dan guna tepung rose...tak tahu pun kewujudan tepung tu. Bila bakar tu wangi aje baunya.  Walaupun dah siap biskut ni, cheq sue xde menerai lagi tau...mesti sedap kan rasanya...rangup2 je... Mesti ramai yang suka biskut ni..


Oleh sebab cheq sue celup coklat tu separuh je, so cheq sue lorek2kan sikit la dengan coklat putih dan coklat hitam tu...xde la nampak kosong sangat... Best tak idea nih??

SNOW ALMOND
Resepi asal : Kak Wan

Bahan A
260 gm butter
150 gm gula caster
1 sudu kecil esen vanila
50 gm serbuk badam

Bahan B
300 gm tepung Red Rose
50 gm tepung kastard
50 gm susu tepung
40 gm tepung jagung

Bahan Hiasan
Coklat masakan - cairkan cara double boiler dan coklat putih
Sedikit breadcrumb putih  - untuk menyalut cheq sue ganti dengan nestum coklat

Cara-cara :
Pukul bahan A hingga berkrim
Masukkan bahan B dan uli hingga menjadi doh yg lembut
Canai dan terap dengan acuan yg di sukai
Susun dalam loyang dan bakar pada suhu 140C selama 30 minit atau sehingga masak
Sejukkan biskut atas redai
Celup biskut dalam coklat masakan yg telah di cairkan cara double boiler
Golekkan biskut ke dalam breadcrumb
Simpan biskut dalam bekas kedap udara.

6 comments:

  1. bagusnya cheqsue! kreatif...kite ni bile tak jumpa white crumbs, terus takmau buat dah...hihih

    ReplyDelete
  2. - rase cam nak makan je...huhu...jauh pulak cheq sue tu...T_T

    ReplyDelete
  3. @nuwairani ismail

    guna je nani apa yang ada di dapow tuh...janji leh masuk mulut

    ReplyDelete
  4. Liza ingat nk buat jugak biskut yg tengah femes ni, tp anak2 request nak almond london la pulak...

    ReplyDelete
  5. @Liza

    almond london tu wajib liza...snow almond ni pulak biskut terbaharu yang dicuba... sedap jugak... dok tgk kengkawan je byat mana tahan..

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]