PAGES

Friday, September 16, 2011

Kasih Zakiah Ep. 4

Segalanya terjadi sekelip mata. Pengakuan Azmi bagai menghancur lumatkan seluruh jiwa raganya. Bagaimana mungkin selama berkasihan dan bergelar suami isteri, dia ditipu sewenangnya? Ya Allah, Zakiah kebingungan. Bagaimana dia hendak menghadapi semua ini? Bagitahu ibu? Berbincang dengan mama? Tidak! Pelik juga kenapa mama bersubahat mengenai perkara ini...

Dia sedih tapi tak tahu kenapa. Dia marah tetapi tak tahu pada siapa.. Oh suamiku! Sesungguhnya hanya Allah yang mengerti perasaannya. Cinta dan kasihnya pada Azmi tak akan berkurang...walaupun dengan kehadiran perkhabaran ini. Dia segera mengambil wuduk dan bersolat sunat dua rakaat... Memohon petunjuk dan ketenangan dari Yang Esa...

1 comment:

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]