PAGES

Saturday, September 17, 2011

Tumis Lada Hitam Bayam Pasir Dan Cendawan

Assalamualaikum & salam sejahtera

Sayur ni sebenarnya cheq sue dah buat beberapa hari lepas dan digandingkan dengan ayam goreng nyonya. Masakan ni mudah je, macam masakan orang berpantang pun ada sebab terasa sangat halia dan bawang putihnya.

Mmmm nak tanya ni... ada ke yang tak kenal dengan bayam pasir ni? Rupanya lebih kurang sama dengan bayam biasa cuma bayam pasir ni lebih kecil dan rendah. Biasanya bayam pasir ni tumbuh di kalangan rumput2...bila cheq sue kutip ni budak2 boleh tanya...nak buat apa dengan rumput ni? He he he...ape yang budak2 tahu kan? Kalau cheq sue rasa bayam pasir ni lebih sedap dan lebih klasik. Bagi sape yang tak pernah tgk tu ada gambarnya kat bawah ni


Sebenarnya sesekali masak ringkas macam ni pun sedap...asik2 menggulai melemak aje pekena yang air2 ni pulak. Sesuai kalau nak dimakan dengan ikan masin atau ayam goreng


Kalau ada yang nak cuba, resepinya ada kat bawah ni ya...simple je tapi sedap pada selera. Wassalam...

TUMIS LADA HITAM BAYAM PASIR DAN CENDAWAN
Sumber : Cheq Sue

Bahan-bahan :
- secekak pucuk bayam pasir
- 2 kuntum cendawan tiram (dicarik kasar)
- 1 biji tomato hijau (belah 8)
- 2 biji bawang merah *
- 1 biji bawang putih *
- sedikit halia *
- 1 sudu kecil lada hitam *
- minyak, garam, air secukupnya

Cara-cara :
- tumbuk kasar bahan *
- panaskan minyak dan tumis bahan yang telah ditumbuk hingga wangi & sedikit garing
- masukkan bayam, cendawan dan tomato. masak sehingga layu
- masukkan air secukupnya, garam dan rasa masinnya
- masak seketika dan bolehlah dihidangkan

2 comments:

  1. tak pnah g mkn bayam pasir nie, cam sedap je sis, slalu mak msk bayam tumis je.... menyelerakan la plak

    ReplyDelete
  2. lahhhhhhhhhhhhhh akak biasa tengok pokok bayam ni, memang selalu ada celah2 rumput, boleh makan ya?ceteknya ilmu akak ni :)

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]