PAGES

Saturday, September 24, 2011

Kasih Zakiah Ep. 6

Zakiah memegang erat tangan Azmi saat langkah mereka menjejak masuk ke ruang tamu rumah teres dua tingkat itu. Sunyi sepi keadaannya. Hanya kedengaran sayup-sayup bacaan ayat-ayat suci Al-Quran Nur Qarim dari ruang atas. Di manakah gerangan madunya? Mana pulak anak yang abang Azmi cakapkan padanya?
Dari ruang dapur, keluar dua orang wanita yang lebih kurang sebaya dengan ibunya.

"Yah, kenalkan ini Mak Mun dan ini Kak Ana."
"Apa khabar kak?" Zakiah berbasi-basi dengan debaran di dada.
"Khabar baik. Zakiah macam mana?"
"Saya alhamdulillah... Nak jumpa Mastura ye? Jom." Mak Mun menggapai tangannya.
Zakiah memandang ke arah Azmi.
"Tak apa lah Mak Mun, biar saya je bawa Zakiah ke atas. Mak Mun buat lah kerja Mak Mun." Azmi bagaikan memahami pandangan Zakiah itu dan segera menyatakannya kepada Mak Mun.

Bagaikan pengantin baru yang akan melalui malam pertama, Zakiah belum habis debarannya saat Azmi membukakan pintu bilik. Betapanya di dalam hati penuh dengan tandatanya, pelbagai persoalan bertandang di benaknya... Dan ketika wajahnya memandang sebujur tubuh kaku di atas katil, dia lesu tiba-tiba tetapi masih dikuatkan kakinya melangkah...

1 comment:

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]