PAGES

Saturday, September 24, 2011

Kek Chiffon Oren ~ Nak Tunjuk Jugak Walau Comot

Assalamualaikum & salam sejahtera

Sunyi aje hari ni...cheq sue sedap melayan THR Gegar...sambil buat kek kat ruang tamu, kat dapur rebus lasagna, kat luar dapur basuh kain. Adehhhhhh macam ada anak 10 orang... macam lipas kudung rasanya. Sampai rumah pun dah tunggang terbalik. Apa aktiviti petang2 ni weh? Ada lagi ke yang membuat rumah terbuka? Kalau ada boleh makan free la yer...

Pertamanya cheq sue mintak halal la pada tuan sumber resepi ni iaitu GERT@MKS dan CHE MAT@DTS kerana resepi kek sifon yang superb ni. Cheq sue buat ni memenuhi tempahan kawan untuk besday anaknya. Nampak sedap sgt kek ni tu yang cheq sue cuba buat. Senang dan mudah aje!

Oleh kerana kek ni nak dijadikan kek prinses, maka agak comot la sikit ye sebab cheq sue takut nak lenser acuan tu, kot2 takleh nak 'memanjat' pulak kek ni. Sudahnya payah pulak nak kuarkan dari acuan. He he he... naseb baik nak dibungkus dengan whip krim, terlindung jugak cacat celanya tu. Cuma kalau nak dibuat minum petang atau makan2 gitu aje baiklah guna acuan untuk kek sifon, alaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa yang ada lubang kat tengah tu la...(macam la kowang tak tahu kannn?????)


Tengok la kek tu, nampak gebu aje cuma huduh la sikit terkopek semua kulitnya. Konon2 nak buat kek princes, ada base dan dua tingkat aje... Takot pulak kalau tak jadik... Kang budak2 ni bukan leh caya sangat, tetibe je cakap..."Huduhnye kek.." ataupun "eeeeeeeee tak sedap!" hah...camana agak2? Harap2 semua okay lah. 

Kalau sape2 yang teringin nak cuba bolehlah tgk link kat bawah ni ya. Macam Liza, dia dah cuba kek ni dan hasilnya wallahhh.... Jangan takut tau, insyaAllah jadik. Wassalam...

KEK CHIFFON OREN
Sumber : Che Mat @ DTS

BAHAN A :-)
1 3/4 cawan tepung berserbuk penaik (self-raising flour*
1/8 camca teh garam halus*(*disatukan dan diayak)
6 kuning telur gred A
1/2 cawan gula halus
1 biji oren, diparut kulitnya
3/4 cawan jus oren
1/4 cawan minyak jagung/sayur

BAHAN B :-)
6 putih telur gred A
3/4 cawan gula halus
1 camca teh cream of tartar

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 175C. Dalam satu bekas, pukul kuning telur dengan gula hingga larut, masukkan kesemua bahan2 A dan kacau hingga semua sebati. Ketepikan.
  2. Dalam bekas lain yang bersih dan kering, putar putih telur hingga berbuih, masukkan gula halus dan cream of tartar, terus memutar dengan kelajuan tinggi hingga putih telur kental.
  3. Ambil 1/2 bahagian putih telur dan gaul dengan no. 1 sehingga rata. Masukkan baki putih telur tadi dan gaul hingga sebati. Taung dalam tin chiffon berukuran 10 inci (JANGAN lenser tin dgn mentega atau minyak), bakar selama 1 jam hingga kek masak. Test dengan mencucuk lidi sate dibahagian tengah kek, jika keluar bersih, kek masak.
  4. Terlungkupkan kek dan biar betul2 sejuk (dalam 1 - 2 jam), baru disisip tepi kek dengan pisau untuk dikeluarkan. Boleh dihidangkan...

16 comments:

  1. Assalamualaikum cheq sue...
    x per2... x der ler comot sgt tu cheq sue.. ok jer tu akak tgk...n nampak sgt sedap kek tu yer... anak2 suka makan kek mcm nie...

    ReplyDelete
  2. Cheq sue... Nanti tunjuk kek princess tu ye fathnin minta buatkan untuk birthday dia mama dia yg risau nak buat ni

    ReplyDelete
  3. bagusnya cheqsue...dah terima tempahan rupanya...teringinnya nak buat kek deco comel2 ni...

    ReplyDelete
  4. aduss..semua duk tayang kek nih...huwaaa..nak makan kek....

    ReplyDelete
  5. @Diana @ Melley Mey

    sebab nk dok kat dlm tu yg x kisah sgt comotnya tu kak diana

    ReplyDelete
  6. @Juwita Jamaludin

    Alahai Ita...wak segan kite aje...cheq sue ni main hantam aje janji ada ghupe princes...

    ReplyDelete
  7. @nuwairani ismail

    tempahan main2 je nani...suka2 utk member...

    ReplyDelete
  8. @IMANSHAH

    special delivery ke ipoh...kena double cas tu... *_^

    ReplyDelete
  9. @quinnie

    alahai...bukan baru makan kek marble ke Q? boleh buat lagi yang ni pulak

    ReplyDelete
  10. Cheq sue, rupa tak penting, yg penting rasa dan dari air tgn sendiri yg sedap! ;D

    ReplyDelete
  11. salam..

    sangat sedap....hari ni baru lepas makan kek coklet..

    ReplyDelete
  12. @Asmara

    yessss.... yang hand made ni, kalau tak sedap pun xleh komplen banyak2...

    ReplyDelete
  13. @sekamar rindu

    aduh aduh bestnya...kalau dapat sehiris dua masyukkkk....

    ReplyDelete
  14. - cheq sue...mano prinses hok dah siap?

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]