PAGES

Wednesday, September 14, 2011

Kek Lapis Seri Kaya Versi Bakar

Assalamualaikum & salam sejahtera

Hai...bila petang aje mendung...walaupun mendung tak bererti hujan, tapi memang akan hujan pada petang ni. Sat2 lagi tu siap la berderu2 datangnya... pastu mula la rasa berat aje kat kelopak mata... Agak2 apa menu minum petang ni? Cheq sue ni nasik belum masuk lagi, tengah layan cappucino instant dengan kek lapis seri kaya ni. Sebenarnya buat malam tadi untuk makan2 kat sekolah, dah raya enam kan...

Pada sesetengah orang, bila sebut kek lapis je terus xmo buat. Pengalaman cheq sue mula2 buat dulu dari pukul 11 pagi sampai ke lima petang. Masa tu kite xde pengalaman lagi...resepi kata 2 sudu kite pun taruk la dua sudu...sekarang ni kite main  ikut aje, tu yang layernya jadik tak cantik...takpelah untuk makan2 sendiri aje kalau nak jual lain citenye.... Kan???


Kalau ikutkan Tun Telani, kek ni adalah versi kukus tapi cheq sue ni malas nak mengukus2 bagai...tu yang guna oven dan jadikannya sebagai kek lapis seri kaya versi bakar pulak. X perlu nak bungkus2 loyang ke nak tutp2 tudung ke... lagipun cheq sue ni tak berapa suka kek lapis yang dikukus, macam tak kena aje pada selera cheq sue ni. Aishhhh macam2 kan cheq sue ni..


Pada bahagian atasnya cheq sue taburkan sedikit dengan coklat urai. Warnanya pulak agak tak berapa jelas, macam tak masuk pulak merah dengan oren...patutnya biarkan aje plain macam Tun dan Nani buat. Takpelah nanti next time kita cuba kaler lain pulak.

Kek lapis yang cheq sue buat ni alhamdulillah tak berapa manis sgt sebab dikurangkan gulanya dan disapu jugak 2 lapisan dengan jem strawberi untuk membuatkan rasa masam sikit. Cuma ye lah, bila dibakar ni kek tu jadi kering la sikit ye...


Yang ni di bawak ke sekolah pagi tadi, alhamdulillah dapat sambutan. Pada sape2 yang nak cuba tu bolehkan semak resepi kat bawah ni ye...  Wassalam...

KEK LAPIS SERI KAYA
Sumber : Tun Telani

Bahan-bahan :
  • 300gm tepung gandum
  • 300 gm mentega cheq sue guna buttercup + planta (tetibe je buttercup abes stok)
  • 200 gm gula pasir cheq sue masukkan 180g je
  • 180 gm seri kaya
  • 6 biji telur
  • 2 sudu kecil esen vanilla
  • - sedikit pewarna merah & oren
  • -Ana tambah pewarna kuning - tun x letak
  • hawflakes- tun tambah
  • cheq sue guna 2 sudu besar jem strawberi untuk dilapiskan pada 2 lapisan kek ni (bukan semua lapisan ya..)
Cara:-
  • Pukul mentega dan gula hingga kembang.
  • Masukkan telur sebiji demi sebiji hingga habis.
  • Masukkan seri kaya dan esen vanilla dan pukul lagi
  • Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit hingga habis
  • Bahagikan adunan kpd 2 bahagian *warna asal dan warna merah
  • Kukus setiap lapis hingga habis..Setiap lapisan lbh kurang 5-8 minit.
  • Lapisan terakhir, kukus 20 minit @ sehingga masak, bila cucuk kek dgn lidi, keluarnya lidi bersih tandanya kek dah masak
  • Tutup penutup kukusan dengan tuala bersih supaya air tak menitik & mencacatkan rupa atas kek.
  • Pastikan setiap lapisan kek yg dikukus betul2 kering & masak baru diletak lapisan yang seterusnya (blh tekan dgn jari, kalau tak melekat kat tangan dah ok le tu)
  • cheq sue bakar dalam oven (api atas) pada suhu 150'C selama 5 minit untuk setiap lapisan. Bila dah masak @ keperangan (jangan sampai hangit pulak nanti kek lapis tu mudah tertanggal), tekan dengan penekan kek dan baru dimasukkan lapisan seterusnya. Untuk lapisan terakhir, tabur coklat urai dan turunkan suhu pada 130'C bakar selama 20-30 minit @ sehingga masak
  • Sejukkan kek sebelum dipotong.

14 comments:

  1. sedapnya kek lapis tu..tgk dah tahu sedap... terronyaa! cantik sgt... nanti boleh tempah...

    ReplyDelete
  2. @Hanis MY

    alhamdulillah hanis...cukup rasa pada selera cheq sue

    ReplyDelete
  3. waahh.. bila ntah tun nk wat kek lapis versi bakar pulak ye.. tak confident laa kak sue. takut ada 1 layer hangus, rosak 1 kek. hehe

    ReplyDelete
  4. @tun_telani

    kalau versi bakar ni memang xleh tinggal la tun...ting aje buni oven kena pi tgk terus... kalau ada layer yang TERhangus tu kita andaikanlah layer tu ada cekelat... :)

    ReplyDelete
  5. skrg ni buat kek main bakar dlm periuk besar je..kalau nak buat kek lapis versi bakar, kene beli oven baru la...tu pasal try yg kukus je dulu...tp kek ni memang sedappppp

    ReplyDelete
  6. @nuwairani ismail

    xpelah nani...nanti ada rezeki lebih buleh bei oven pulak... tak rugi kalau beli ni...macam2 buleh buat

    ReplyDelete
  7. sue rajinnya.. cantik la lapisan dan warna nya.. suka makan kek tapi tak de orang nak makan kalau buat

    ReplyDelete
  8. nampak menarik jugak kek lapis yg di bakar...tapi nak melapis tuh..Ya Allah..pikir ribuan kali!!..tapi bila nak masuk mulut kek nih ,tak sempat pun nak pikir!!hihihi

    ReplyDelete
  9. Cheq Su, kalau akak memang surrender nak kena mengadap melapis ni...rajin betul Cheq Su ya melapis-lapis ni

    ReplyDelete
  10. @Juwita Jamaludin

    ita, ni kebetulan nak makan2 dekat sekolah, kalau tak susah jugak nak habiskan sebiji kek tu..

    ReplyDelete
  11. @♫ mokwo® ♫

    tu la kannnnn...bila dah habis baru terfikir...

    ReplyDelete
  12. @IXORAROXI

    kalau tengah lapang boleh je buat kek ni kak... :)

    ReplyDelete
  13. - cekgu2 skola tu mesti suke kan selalu dpt makanan dr cheq sue...

    ReplyDelete
  14. @AI

    makan xyah bayar al... suka la sgt... yang tak sedap pun jadi sedap

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]