PAGES

Thursday, September 15, 2011

Ketupat Palas & Ketupat Dakap

Assalamualaikum & salam sejahtera


Bersempena dengan tuan rumah yang menyambut raya enam, tak sah kalau xde ketupat dihidangkan. Alhamdulillah dengan sedikit pengetahuan dan pengalaman, cheq sue berjaya membuat ketupat palas dengan sendirinya. Mula2 nak buat ketupat jagung, tapi ketupat palas yang terjadi. Nasib baik lah dah menuntut ilmu dari ibunda, sekarang dah yakin nak buat sendiri.

Untuk sekilo beras pulut, cheq sue dapat dekat 50 biji ketupat je sebab daun2 yang ada semuanya pendek2, kalau yang pendek ni cheq sue tak berapa reti sikit nak buat, selalu sungguh mek yang buat sebab langkah2 nya lain sikit. Selebihnya tu cheq sue bungkus menggunakan daun pisang dan jadilah pula ketupat dakap.

Kat bawah ni cheq sue ada tunjukkan gambar2 step by step la konon2nya cara nak buat pulut tu, tapi maaf lah sebab baru 1st time guna photoscape, view nampak ok tapi bila apload jadi macam blurr pulak. Mmmm xpelah janji boleh nampak. Kita belajar xde cikgu ni gitu la.... lama baru nak pandai


Daun palas ni dikirim pada member yang kebetulan turun ke Gua Musang (rugi pulak tak bawak dari kampung), tak banyak yang boleh digunakan tapi alhamdulillah mana yang ada tu bolehlah dibuat ketupat. Daunnya kecik2 aje, daun 4 dan 6 kebanyakannya
 


Ini adalah step bahagian pertama. Lepas pulut tu masak dikukus, ia akan dicampur dengan santan pekat (+ garam) sehingga rata. Kalau kat kg kami panggil ni pulut "ara" (gitulah kot bunyinya...payah pulak nak describe eh). Masa nak buat ni lebih baik guna senduk kayu rata yang panjang sikit supaya pulut tu tak terlekat di tangan


Okeh...yang ni pulak untuk bahagian keduanya. Bila dah siap dikukus kali kedua, ia akan di campur dengan gula halus dan akan dikacau @ di ara sekali lagi supaya sebati dengan manisnya.  

Jika ingin membuat ketupat lemak @ tawar, tak perlu lagi dimasukkan gula. Tunggu sehingga pulut sejuk dan bolehlah dibungkus. Jika ingin membuat pulut panggang @ pulut lepa pun boleh. Kalau pulut tu diwarnakan kuning, jadilah ianya pulut kuning!


Kalau dilihatkan pada gambar terakhir kat atas ni, nampak macam pulut tu berlemin2 sikit sebab gulanya belum kering (di kampung disebut "sering"). Pada masa ni pulutnya masih lembik dan lembut

Diharapkan dengan  adanya n3 ni dapat memberi sedikit panduan kepada kawan2 yang ingin mencuba. *_^. 

Catatan : Makanan berprofil tinggi!

Wassalam...


KETUPAT PALAS
Sumber : Cheq Sue

Bahan-bahan :
- 1 kg beras pulut - rendam 5-6 jam
- 2 1/2 cawan santan pekat - dari 2 / 3 biji kelapa
- 1 3/4 cawan gula
- 2 sudu besar garam kasar
- daun palas secukupnya - dalam 50-60 biji jika saiz daun besar
- daun pisang sebagai alternatif jika tak cukup daun palas

Cara-cara :
- campur santan pekat dengan garam dan kacau sehingga garam hancur
- panaskan kukusan sehingga air mendidih **sediakan santan dahulu sebelum mengukus pulut
- masukkan beras pulut ke dalam kukusan yang telah di alas dengan jala atau kain untuk mengelakkan pulut jatuh ke bawah (bagi kukusan yang berlubang besar). Kukus selama 20-30 minit atau sehingga pulut "naik wap" (keluar wap air pada bahagian tutup kukusan) atau sehingga pulut masak
- bila sudah masak, masukkan ke dalam mangkuk / besen bersesuaian, kacau sebentar dan masukkan santan yang telah dicampur dengan garam tadi
- kacau menggunakan senduk kayu supaya santan sekata pada pulut dan tiada ketul2 pada pulut
- setelah sebati dan santan telah diserap oleh pulut, masukkan semula ke dalam kukusan dan kukus sekali lagi selama 20-30 minit
- bila sudah "naik wap" sekali lagi, masukkan semula pulut ke dalam mangkuk / besen dan tuangkan pula gula
- kacau sehingga gula hancur dan pulut bergaul mesra (pada masa ni pulut sedikit berair)
- sementara menunggu pulut sejuk, bolehlah dikacau sesekali untuk menghilangkan air gula pada besen yang digunakan dan memastikan air gula dapat diserap sepenuhnya oleh pulut. (Kalau masa ni pulut agak lembik tapi jangan risau ianya akan mengeras bila sejuk)
- bolehlah dibungkus menggunakan daun palas atau daun pisang... InsyaAllah cara2nya dalan n3 akan datang

23 comments:

  1. masa kecik2 dulu selalu tolong nenek kt kg bungkus ketupat. skrg xtau laa pandai lg ke tak buatnyer. hihi

    ReplyDelete
  2. @tun_telani

    setahun tun belajar buat ni... seb baik pandai jugak

    ReplyDelete
  3. saya tau makan jerk..buat memang x reti..:)

    ReplyDelete
  4. @lieynanilaz

    saya pulak terpaksa belajar...tapi alhamdulillah dah dapat ilmunya

    ReplyDelete
  5. salam kak suka ketupat palas manis dan pulut dakap...masa balik beraya kat kelantan tempohari kasi balun ketupat manis yg dlm ada serunding...beli juga ketupat dakat dlm ada pisang tu...

    ReplyDelete
  6. - raya tahun ni x jumpe langsung ketupat palas...buat x reti...huaaaaaa

    ReplyDelete
  7. @Sheila Shafeareen

    kalau orang kelantan memang suka ketupat palas ni kan..ta,bah2 kalau dapat yang manis tu aduhhhhhh

    ReplyDelete
  8. @AI

    nape al...tak beraya kat kg ke? cheq sue ni dah berapa kali makan ketupat buat sendiri tahun ni... *_^

    ReplyDelete
  9. ambo nok tupak dkap 10 butir...sukanya..lamo tok make..huhu

    ReplyDelete
  10. @Anna Qawina

    haishhh...abeh pantang dh ke nk makan tupak nih.... :)

    ReplyDelete
  11. cheqsue, kite suke makan yg baru2 dicampur santan ngn gula tu...sedapnya...panas2 lagi dh makan...(kebetulan tak pose mase hari wat tupat tu) hihih

    ReplyDelete
  12. @nuwairani ismail

    cheq sue tak suka sgt pulut arong tu...suka yang dah jadi ketupat

    ReplyDelete
  13. Assalamualaikum Cheq Sue,
    rajinnya buat ketupat palas sendiri, akak mmng tak reti buat sendiri..biasanya makan ni pun belah pantai timur je..aritu pergi open house umah kawan, dekat 5 ketul akak makan ni je...sedap dan lembut..hehehehe...

    ReplyDelete
  14. wahhh...pandainyer sue balut ketupat palas...akak pernah tgk mak kt kg buat, pernah balut tapi tak cantik la...menjadi sue balut...rindunyer nk mkn ketupat palas mak buat huhuu

    ReplyDelete
  15. @Yatie

    kalau belah2 luar...ketupatnya tak sama macam yang kat kelantan ni, cara balut pun lain...

    ReplyDelete
  16. @Ida,Japan

    alhamdulillah kak...kalau kata teringin nak makan dan boleh buat sendiri...ni pun jenuh jugak belajar dulu

    ReplyDelete
  17. cheq sue...ktupat palas ni kgmran sy...tp xsuka yg manis..sedapnye la kalau dapat makan byk2 ktpt ni..he3

    ReplyDelete
  18. @KuNanGKuNanG

    saya suka yang manis ni...kalau kita buat sendiri buleh ejas kemanisannya..kalau yang tawar @ lemak pulak biasanya dicecah dengan gula nisan @ gula tebu

    ReplyDelete
  19. CheqSu, akak suka sangat ketupat palas ni tapi mmg tak reti nak buat, poslajulah kat akak skit :D

    ReplyDelete
  20. @IXORAROXI

    alahai akak...kalau dekat cheq sue hantar dah ni... akak boleh cuba buat ketupat dakap tu...lebih kurang sama je cuma baunya lain sikit

    ReplyDelete
  21. Assalam sue, wah pandainya buat tupak palas ni, tak caping semo molek2 belako, akk pernah tulun MIL je, tk pernah buat sendiri dari arun ke bungkus, tau bungkus je heheh

    Rasa nak cuba buat bila balik Kl tapi nak cari daun pulak susah

    ReplyDelete
  22. @Kak Rosaliza

    tang daun tu kadang2 membantutkan usaha nak buat ketupat ni kak...

    ReplyDelete
  23. Salam singgah, baru am tau ketupat daun pisang tu ketupat dakap haha.

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]