PAGES

Friday, September 23, 2011

Roti Puri

Assalamualaikum & salam sejahtera

Pagi2 ni...buat tayangan amal sikit dengan roti puri yang dibuat semalam. Ni kes nak habiskan inti karipap ni tu yang oter sikit jadik kari daging pulak. Pastu dok fikir nak makan dengan apa...teringat kak Rosa ada membuat roti puri ni so cheq sue pun cepat2 buat adunan dalam pukul 8 malam semalam. 


Sebab dah buat kan beberapa kali sebelum ni, kejap aje nak membuatnya cuma tang menggoreng tu yang lama sikit sebab kita goreng sebijik-sebijik. Rasa roti puri ni lebih kurang sama aje dengan roti arab cuma roti arab tu guna susu cair dan roti puri ni guna air aje. Tu yang cheq sue rasa roti arab tu lagi lembut sikit. Tapi dua-dua pun sedap.

Ada jugak  roti yang naik jerawat...



Kalau mengikut resepi katanya dapat dalam 12 bijik, tapi cheq sue ni agaknya buat saiz kecik dapat dekat 30 bijik jugak. Bawa ke sekolah pagi ni dan selebihnya malam tadi dah bagi pada kawan2. Kalau nengok ke ghupenye tu, ada yang kembang, ada yang tak mau naik, agaknya masa goreng tu x dituang minyak dengan sempurna.

Kalau ada sape yang nak cuba tu bolehlah semak resepi kat bawah ni ya... Wassalam...

ROTI PURI
Resipi asal : yatiezaini@myresipi
Sumber :  Kak Rosaliza

Bahan-bahan :
-2 cawan tepung gandum
-1 sudu kecil yis mauripan
-1/2 sudu kecil garam *
-3 sudu makan minyak masak *
-2 sudu makan gula * (blh kurangkn jika x suka manis)
-175ml air panas *
-40-50ml air
-Minyak utk mengoreng
 
Cara-cara :
1. satukan bahan bertanda (*) dan panaskan .. kacau sehingga gula hancur dan tutup api .
2. satukan tepung dan yis .. gaulkan
3. no.1 dimasukkan kedalam no.2 , dan digaul dgn menggunakan garfu sehingga bercampur sahaja
4. dgn mgunakn tangan, gaul adunan sehingga menjadi seperti serbok roti / ~ breadcrumb ~
5. tambahkn air sedikit2 dan adun sehingga x melekat kat tgn n mjadi doh
6. perap doh 30min .. pastu bolehler dibahagikn doh pd 12 bahagian bulat yg kecil
7. canai doh nipis cam karipap / duit 50 sen cheq sue guna cutter no 3
8. siap utk digoreng .....goreng sebijik sebijik ok ... 

TIPS utk mgoreng : gunakan api yg kecil / sederhana .. org ckp kena pandai main api .. hehe .. kalau guna api yg besar blh mybbkn roti ni x mgelembong / naik kembongmasa mengoreng hdklan disimbah2 kn minyak ke atas roti ni ... bila dah mengelembOOOnng baru lah diterbalikkan ...

22 comments:

  1. cheq suee.. lama aa tak pot pet kat sini.. suke la roti puri. lama da tak buat ni. leh la buat cicah ngan sambal tumis... comell comel je rotinyer. gune cutter ek

    ReplyDelete
  2. mencabar keimanan betul. dah la puasa ni. haha :D

    ReplyDelete
  3. suker memasak ye?

    maceh sebab sudi follow kite

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum cheq sue...
    rajinnya buat sndiri... akak x reti lg buat sendiri roti nie... nie dah ada resipi nie bole ler cuba suatu hari nnt kan.. InsyaAllah.. :)

    ReplyDelete
  5. rasa2 mcm penah wat.. tp xjd kembong.. hihihi.. masa tu xpandai lagi wat kembong2 nih..

    ReplyDelete
  6. hihih....terliur pulak nengoknye! dengan kuah kari lagi....telan liur jela...

    ReplyDelete
  7. - adoiiii dah le tgh lapar nih...nok gi CH jauh benar...

    ReplyDelete
  8. sedapnye cheq sue..anta la kat sini ckit.he3

    ReplyDelete
  9. @izahdaut

    saya cicah dengan kari tu memang sedap la zah...kena kombinasi

    ReplyDelete
  10. @hira

    wahhh puasa 6 ke puasa ganti dah ni... slmt berpuasa ya..

    ReplyDelete
  11. Nak tumpang cicah ngan roti jala..huhu..

    ReplyDelete
  12. @NM02

    suka masak, tapi x berapa pandai lagi... :)

    ReplyDelete
  13. @Diana @ Melley Mey

    akak kalau ada masa tu boleh cuba roti ni, buatnya senang aje...rasa pun sedap

    ReplyDelete
  14. @tun_telani

    tun, masa 1st time buat dulu pun x kembang, macam lempeng pun ada rupanya

    ReplyDelete
  15. @nuwairani ismail

    memang masyuk cicah dengan kari ni nani walaupun hasil modified je.. kalau kena kari kaw lagiiiiiiiiiiiiiiiiii la

    ReplyDelete
  16. @AI

    alahai...kalau odek kejap aje ni al...

    ReplyDelete
  17. @KuNanGKuNanG

    kita tukar la nak... cheq sue suka gado2 tu..

    ReplyDelete
  18. @Maria

    roti jala sedap jugak makan dengan kari ni maria...

    ReplyDelete
  19. Cheq Sue,nak jugak puri tu...ada gak roti jala yg nak dicicah..sedap2.

    ReplyDelete
  20. CheqSu,cer poslaju, boleh akak cuba rasa :D

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]