PAGES

Wednesday, October 12, 2011

Jus Nangka... Sakit Urat? Alahai,,,,,,

Assalamualaikum & salam sejahtera


Dahaga? Kalau rasa nak minum jom la kongsi jus nangka ni dengan cheq sue. Rasanya? Ehh memang sedap, macam jus2 biasa tu la. Cheq sue pertama kali minum jus nangka ni di rumah mentua abang di Terengganu. Masa tu buat2 jakun aje, tak tahu dan tak pernah la pulak minum jus nangka gini.

Kebetulan balik dari Melaka, terpusing jauh sedikit dari Highway Utara-Selatan, singgah sekejap di gerai buah-buahan area Rawang dan beli sebungkus nangka madu. Mahal jugak tau, tak sampai 10 ulas pun tapi regenye dan RM 10. Cheq sue yang memang gemar makan nangka ni memang beli je... Kalau di CH boleh tahan payah jugak nak dapat nangka tu!

Cheq sue cuba la buat sendiri pulak jus nangka ni. Kalau menggunakan nangka kampung, rasanya lagi sedap dan wangi. Yang nangka madu ni memang la ada bau jugak namun rasanya tidak semasyuk nangka kampung yang warnanya lebih kepada kuning cair.

Kata orang, makan nangka ni boleh membuatkan sakit urat atau angin. Tapi cheq sue ni agaknya kebal sikit, ok aje rasa. Kalau sape2 yang pantang dengan nangka ni usahla di cuba-cuba ya...kan kena angin pasang payah pulak nak merawat. Tapi kalau sape yang xde aral apa tu bolehlah mencuba jus ni... Cheq sue tempekkan resepi ringkasnya tu di sini ekkk... Wassalam...

JUS NANGKA
Sumber : Cheq Sue

Bahan-bahan :
- 2 ulas nangka, buang biji & potong dadu
- 2 sudu besar gula @ bergantung kemanisan diingini
- 1 cawan air masak
- ais (opt)

Cara-cara :
- mesinkan sehingga halus semua bahan-bahan
* bila dah siap, terpulang samada ingin tapis atau tidak. Yang cheq sue buat tu tidak ditapis
- masuk ke dalam gelas hidang
- boleh dimasukkan ais untuk minum sejuk

10 comments:

  1. xpernah minum..huhu..makn aje la pernah..heee

    ReplyDelete
  2. Liza pun tak pernah gak minum jus nangka ni..biasa mkn camtu jer..

    ReplyDelete
  3. @Liza

    cheq sue pun sebelum ni xde pulak pk nak buat jus...bila minum tu rasa sedap pulak

    ReplyDelete
  4. Assalam Sue, sedap ek jus nangka tu, tak pernah cuba minum lg. akk dulu2 ok je mkn nangka kira kebal gak la, tapi lps bersalin amani jadi kembung perut aka angin la tu heheh

    ReplyDelete
  5. @EmbunRosaliza

    orang kata kalau dah bersalin tu banyak yang kena pantang nya kak rosa.... kite ni main belasah aje tolak batu ngan kayu je

    ReplyDelete
  6. suka mkn nagka, tapi bukan cempedak + nangka, spesis kacukan, tak suka

    ReplyDelete
  7. @emy|farid

    akak pun tak pernah makan lagi yang jenis kacuk tu...tak tahu la camana rasanya

    ReplyDelete
  8. yum yumm.. sedapnya nangka buat jus.. tak pernah rasa

    ReplyDelete
  9. @Juwita Jamaludin

    kalau ada tu boleh la cuba ita...pd cheq sue sedap jugak

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]