PAGES

Wednesday, October 12, 2011

Pizza & Spagetti

Assalamualaikum & salam sejahtera

Pernah buat pizza? Ehhh...mesti lah pernah kan! Ape jenis soalan la ni ye. Sebenarnya cheq sue nak kongsikan satu resepi pizza (doh), toppingnya pulak dalam masa yang sama boleh pulak dijadikan sos untuk spagetti. Haaa kan menarik tu! Pizza ni cheq sue buat petang semalam, sebab nak habiskan daging ayam cincang dan cendawan Cheq sue belasah aje bahan2 yang ada kat dapur tu. Cendawan tiram, bawang besar, daging ayam cincang, cajun dan sos spagetti tradisional...semuanya cheq sue lebur dalam kuali. Bila dah dapat sekuali tu, pening jugak camana dan habiskan. Tu yang teringat aritu ada bookmark resepi doh pizza dari blog Kak Dayang Jack. Adunannya tak banyak sangat, dapat dalam 2 bijik pizza aje.


Resepi untuk doh pizza ni memang semua untuk di tambah dalam koleksi. Cara membuatnya senang dan bahan2 asas aje. Kalau bilangan ahli keluarga tu tak ramai molek sangat la kalau cuba resepi ni, xde la banyak sangat nak habiskan. Cheq sue pun siap dibagi pada budak2 sini lagi. Kalau harap nak makan sorang pengsan ko....

Kat sini cheq sue x masukkan la ye resepi topping tu, bergantung la pada citarasa masing2 nak topping ape. Yang cheq sue buat ni agak basah sikit, tu yang boleh makan dengan spagetti lagi. Kalau sape2 yang nak cuba tu bolehlah tgk resepi kat bawah ni ataupun berkunjung ke Teratak Dayang Jack nun... Wassalam...

DOH PIZZA

Bahan-bahan :
  • 2 cawan tepung roti
  • 2 sk yis mauripan
  • 90 ml air suam
  • 70 ml susu segar suam
  • 1 sk garam halus
  • 2 sb gula
  • 1 sb marjerin
  • 1 sb susu tepung
Cara-cara : 
  1. Satukan kesemua bahan(kecuali susu segar dan air) di atas ke dlm satu bekas besar dan gaulkan rata2. 
  2. Kemudian tuangkan susu segar dan air. Uli sehingga menjadi doh yang elastik. Kemudian rehatkan doh(tutup dgn kain lembab) selama 1 jam. 
  3. Panaskan oven pd suhu 180C. Sesudah itu, tumbuk2 sedikit doh tadi dan canaikan mengikut saiz dulang yg digunakan. Sapukan sedikit minyak zaitun/minyak masak pd dulang tersebut dan letakkan doh tadi di dlmnya. Ratakan. Cucuk2 sedikit dgn garfu. Bakar selama 5 minit. Keluarkan.

18 comments:

  1. Toppin bubuh atas spegetti pulak ye. Ha... serampang dua mat. Bijak Cheq Sue...:)

    ReplyDelete
  2. @Kakzakie

    biasa la tu kak...bijak la katakan... he he he

    ReplyDelete
  3. waah..terliur ni..dah la xbreakfast lg ni..huhuh

    ReplyDelete
  4. senagkn sue, dua2 benda leh ngap dlm satu masa he..he sedapnyer

    ReplyDelete
  5. @SoLy SoLicious

    makanan time malas ni soly... tu yang jadi 2 in 1 terus

    ReplyDelete
  6. @Ida,Japan

    tu la tepatnya kak ida... buat 1 dpt mkn 2... jimat masa!

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum cheq sue...
    wah pepagi singgah cnie nampak pizza n spghti ler... dua2 pun menu fav akak... sedapnya ....

    ReplyDelete
  8. Cheq Sue...Liza pun biasa buat macam ni jugak..2 in 1, senangkan...hihihi

    ReplyDelete
  9. best..best..dua2 feveret..senang skit bt cani kan..senang nak ngap hehee

    ReplyDelete
  10. @Diana @ Melley Mey

    akak ni peminat western ya... saya tu bukan ape kak...bak perabis stok sekali banyak pulak dapat...

    ReplyDelete
  11. @Liza

    kalau yang selera macam2 tu, boleh la buat stail ni...satu nak piza, satu nak spageti...kan dah dapat makan semuanya

    ReplyDelete
  12. @emy|farid

    xpela emy...kalau tak jadi sekurang2nya kita dah cuba...dan tahu di mana silapnya

    ReplyDelete
  13. @Yana Shaiful

    kalau simpan dalam peti pun senang, time nak makan tinggal deep fros aje kan?

    ReplyDelete
  14. @IMANSHAH

    xpe...xpe... jadi tukang makan ok dah... :)

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]