PAGES

Tuesday, October 11, 2011

Solok Lada

Assalamualaikum & salam sejahtera

Malam ni cheq sue ada jemputan ke Graduation Dinner pelajar2 tingkatan 5. Sebelum tu cheq sue nak kongsikan dengan korang sumer resepi solok lada yang juga dibuat di Melaka baru2 ini. Solok ni bukan air tangan cheq sue, tapi cheq sue tempekkan la jugak di sini untuk kenang-kenangan dan istimewa untuk tukang membuatnya Mok Ja @ Norliza. Cheq sue saje la numpang glemer... *_* Kalau diperatikan resepinya dengan yang selalu cheq sue buat, ada sedikit perbezaan. Katanya, ajaran berbeza ibunda...


Kalau buat solok lada versi Kelantan ni memang wajib menggunakan lada kampung...kalau lada hijau biasa tu lain sikit aromanya. Lada ni pulak di bawak khas dari Lojing. Memang baunya semerbak masyukkkk sangat. Kata orang, kalau masa kita buang biji lada tu terasa pijar di tangan, maksudnya lada tu tak pedas. Tapi kalau tak rasa apa2 tu, bermakna lada tu pedas la nila dah masak. Untuk menghilangkan kepedasan lada ni bolehlah merendamnya seketika di dalam air kelapa (selepas buang biji) ataupun rendam dalam air pucuk jambu. Katanya lah...sesekali kalau ada air kelapa memang cheq sue praktikkan. Ye lah, kita ni xde makan pedas... selalu pun makan intinya aje, cilinya letak tepi.

Solok lada ni memang sedap kalau buat menggunakan isi ikan mentah sebab rasanya lebih manis berbanding isi ikan yang telah dikukus atau direbus terlebih dahulu. Jenis ikan pulak biasanya ikan selayang. Ikan2 lain tu bukan kata tak boleh...boleh sangat janji ikan. Jangan guna ikan talapia udah!!! Kalau solok camni, merupakan menu wajib dalam hidangan nasik kerabu tau.


Ini adalah pelengkap hidangan yang telah pun selamat di makan. Solok lada, siakap 3 rasa, kobis goreng, ikan goreng kunyit, petai + budu. Memang menambah2 la semuanya. Sesekali makan macam ni, beramai2 memang x sedar dah habis sepinggan nasi. Yang sedar bila dah tak larat nak bangun sebab kekenyangan. Errkkk... Alhamdulillah...

Oklah...sape2 yang nak mencuba tu jangan segan2 tau, blh tgk2 resepi kat bawah ni.... cheq sue nak bersiap2 dah. Jumpa malam nanti ye... Wassalam...

SOLOK LADA
By : Mok Ja

Bahan-bahan :
- lada kampung secucupnya (dalam 15 biji) belah dan buang biji
- 6 ekor ikan (kembung / selayang / apa2 stok yang ada) direbus atau mentah - buang tulang
- sebiji kelapa kulit hidup di parut (sedikit diperah santan dan selebihnya dibuat inti)
- 4 ulas bawang merah
- 1 ulas bawang putih
- sebiji telur
- sedikit halia dan lada hitam
- garam gula secukupnya

Cara-cara :
- tumbuk lumat halia, lada hitam, bawang merah dan bawang putih
- masukkan ikan yang telah dibuang tulang dan kelapa. Tumbuk sehingga sebati. Masukkan garam dan gula. Perasakan secukupnya
- setelah sebati, pecahkan sebiji telur dan gaul hingga sebati
- masukkan inti kelapa ini ke dalam lada yang telah ditoskan airnya (buat sehingga habis)
- masukkan ke dalam periuk, tuang sedikit santan pekat dan renehkan di dapur menggunakan api perlahan.

- masak sehingga lada empuk @ bertukar warna kepucatan

14 comments:

  1. a'kum cheq sue,

    hepi giler ptg td, ada posmen dtg rumah. smpai tangkap2 gambar posing2 sket. hehehe.. makaseh ek bg hadiah tu ;) jauh tuuu, cameron highlands. huhuhu... terubat sikit rindu nk blk semenanjung, ada gak reminder dr sana. hehehe..

    p/s: yg lolipop tu utk taufiq ke mak taufiq? :P muehehehe..

    ReplyDelete
  2. Cheq sue....

    Kak cek suka sgt makan solok lada...dah dapat resepi...nak try buat nanti...:)

    ReplyDelete
  3. sedap tu cheq sue.Kak ros sukanya kalau dapat makan solok lada dgn nasi krabu.Hai...nak kena buat la ni.Kalau tak meleleh la air liur.

    ReplyDelete
  4. @Zack Zachoes

    alhamdulillah...ingatkan x sampai sebab macam tebal aje sampul tu...

    ReplyDelete
  5. @cik cek

    kak cek ni mesti suka pedas kan... saya solok ni makan inti je

    ReplyDelete
  6. @Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot

    kalau nasi kerabu xde solok ni kak ros...memang x cukup la set nya tu...

    ReplyDelete
  7. @tun_telani

    haaaaa mesti tetibe termengidamkan solok ni kan tun...kat sarawak nun lagi la serba payah nak dapat... -_-

    ReplyDelete
  8. Rindu ngan solok lada..lama tak buat..sedapnye ni.

    ReplyDelete
  9. wahh sedapnya menu kat atas ni kak...nieza baru jer buat solok lada mkn ngan nasi kerabu..:)

    ReplyDelete
  10. @rahel

    boleh la cuba nanti rahel...kalau dah lama tak makan, memang mengidam

    ReplyDelete
  11. @Nieza

    aduhhh...cheq sue tgk tadi pun tiba2 je teringin nak makan nasi kerabu jugak...

    ReplyDelete
  12. adussss sedapnya sue..dahlama tak buat solok...dulu kita masa baru pandai buat solok ni..boleh kata tiap2 minggu buat..hahhaha...makan solok...letak kuah dia skit ngan nasi putih...hohoho...tersangat lah sedap....:)

    ReplyDelete
  13. @quinnie

    buat la pulak Q, nanti i pi amik kat ipoh pulak

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]