PAGES

Tuesday, October 11, 2011

Siakap Masak Tiga Rasa

Assalamualaikum & salam sejahtera

Petang2 ni kengkawan sibuk dok tayang juadah minum petang, kite pulak baru terhegeh2 nak  masukkan n3 lunch. Ooooooo bukan lunch tadi ye, tapi lunch di Melaka minggu lepas. He he he... Xpelah ye... Ni baru 1st time buat ikan 3 rasa. selalu sweet sour, sup atau bakar. Masak ni pun atas request, sibuk aje nak makan ikan 3 rasa. Member yang kebetulan ke kedai beli seekor ikan siakap. Apa lagi...menskodeng sana sini la mencari resepi

Terberkenan pulak dengan resepi sumbangan Kak Lina_pg di MyR. Tengok bahan2 pun ada, buat pun senang, terus jalan projek 3 rasa tu. Cuma daun ketumbar tu cheq sue gantikan dengan daun limau purut. Wangi seyhhh...


Agaknya untuk resepi ni cheq sue terbanyak buat kuah sehingga tertutup ikannya...bila tgk macam makan kuah aje. Tapi memang la ye...cheq sue ni suka kalau lauk2 tu ada kuah2 sikit...laju aje nak menelan. Kalau dibuat cair sedikit lagi kick rasanya.



Lain kali insyaAllah nak cuba lagi masak camni...memang tak puas makan la hari tu. Tq kak lina atas resepi ni... Kalau sape yang nak cuba tu nengok la resepi tu ye... Wassalam...

SIAKAP MASAK TIGA RASA
Sumber : Linapg@MyR

Bahan-bahan ( 3 orang makan )
  • 1 ekor ikan siakap (apa2 jenis ikan pun boleh)
  • 5 biji cili hijau (dikisar)
  • 2 biji cili merah (dikisar)
  • 1 labu bawang besar (dikisar)
  • 4 ulas bawang putih (dikisar)
  • 2 biji tomato (dikisar)
  • 3 batang serai (dikisar)
  • 1cm halia (dikisar)
  • 1 biji cili merah (dipotong serong)
  • 1 biji cili hijau (dipotong serong)
  • Daun ketumbar (dihiris)
  • 2 sudu makan sos tiram
  • 1 sudu makan tepung jagung
  • Garam + Kunyit
  • Minyak
  • Air
Cara-cara
  1. Ikan dibersihkan, lumurkan dengan garam kunyit dan tepung jagung.Goreng hingga garing dan ketepikan
  2. Tumis bahan kisar hingga garing. Masukkan sos tiram kacau lagi.
  3. Masukkan air ikut citarasa (jika ingin berkuah, lebihkan air).Tunggu hingga kuah mendidih.
  4. Masukkan cili merah, cili hijau dan daun ketumbar.Kacau sebentar.Tuangkan kuah ke atas ikan.

12 comments:

  1. alahaii.. sedapnyer ikan siakap.. buat pulak 3 rasa. tun pun suka mkn nasi kuah byk.. mmg biasa akan lebihkan kuah tu..

    ReplyDelete
  2. Assalam Sue, akk pun suka ikan siakap masak mcm ni, senang semua bahan aci lebur je, sedap sikit anak2 mkn sambal dia tu, kalo potong2 mesti tolak tepi je heheh

    Sedap nampak ikan siakap tu lemak, putih gebu je isi dia geram nengok heheh

    ReplyDelete
  3. dh lama tak buat siakap 3 rasa...selalu lauk2 gini gi beli jaa ...hihih

    ReplyDelete
  4. @tun_telani

    1st time cuba ni memang sedap tun...memang akan buat lagi la lepas ni..

    ReplyDelete
  5. @EmbunRosaliza

    ha ah kak...grrrrrrr aje kejap dalam blender, pastu lebur je dalam kuali, memang mudah...kelassss plak tu

    ** kalau saye xde la siakap2 ni kak, talapia je cukup

    ReplyDelete
  6. salam...nk tanya..selain dari ikan..boleh ke? spt ayam ke..

    ReplyDelete
  7. @chikadakbiru

    aduhh...kat sini kalau nak beli, sekor siakap 3 rasa tu ada la dalam 50-60 hengget cb... lebih baik buat sendiri

    ReplyDelete
  8. @Saridah

    tq saridah. pd pendapat saya, boleh aje kalau nak dicuba pada ayam (mungkin juga udang atau sotong). cuma kalau guna pada ayam, mungkin boleh boleh buat dalam saiz kecik2 macam tomyam tu... xpe jugak kalau saridah nak cuba, dapat buat kelainan sikit

    ReplyDelete
  9. adehhhhh! mulut dah berair ni...macam terbau2 je daun limau purut tu....suke sangat kalau masak letak daun limau purut. wangiiii

    ReplyDelete
  10. @nuwairani ismail

    kalau terbau tu kena la buat cepat2 nani...baru hilang berair mulut tu

    ReplyDelete
  11. assalam cheqsue, nmpk sedap tuh.Akak suka yg berkuah sket sbb anak2 mkn kuah.Thxs ya sudi cuba rcp ni

    ReplyDelete
  12. @lina_pg

    welcome kak lina...saya pun suke yang kuah2 gitu, sedap sikit nak menyuap nasik

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]