PAGES

Tuesday, October 18, 2011

Popia Basah

Assalamualaikum & salam sejahtera

Pagi ni nampaknya bersarapan dengan popia basah hasil sentuhan tangan keras sendiri. Perghhh punya la seksa nak buat kulit popia ni, sebab tu la kebanyakan yang terhasil masih dikategori sebagai 'agak tebal'. Tapi alhamdulillah, ada la jugak sedikit kemenjadiannya, cuma di bahagian lipatan hujung tu agak kenyal sedikit untuk dimakan. 1st time beb...setakat je yang cheq sue mampu.

Petang semalam, dok pk2 nak bawak apa untuk bekal. Bila teringat ada udang, terus pk nak cuba popia ni. Sejujurnya selalu beli aje, kite bukannya tahu. Tapi bila dah ada step by step ni terasa pulak nak cuba, terutama tang nak membuat kulitnya tu. Memang mencabar sungguh... Pendek kata dalam dingin malam di CH berpeluh jugak dibueknyo...


Kalau diperatikan, bahagian tengah tu lembut aje, sedap jugak bila makan, cuma yang hujung tu... agaknya adunan tepung yang cheq sue bancuh tu ada terlebih atau terkurang apa-apa kot. Memula cheq sue bancuh setengah adunan je, takot tak padan dengan kulit. Tapi bila dah siap ada banyak lagi belennye. So cheq sue bancuh lagi setengah adunan. Yang pertama tu guna telur putih (separuh) manakala yang ke 2 guna belen telur bancuhan pertama tu. Rasa2 nya hasil yang ke2 tu lagi lembut pada yang pertama. Cheq sue nengok di MyR, resepi oleh Kak Besah menggunakan telur sebijik...  Lain kali kalau nak buat cheq sue nak guna 1 adunan la terus, tgk camana pulak perbezaannya.


Untuk meratakan adunan kulit, cheq sue gunakan spatula plastik. Sebenarnya nak guna perata kek macam kak ita tapi ntah mana diletaknya cari2 tak jumpa. Mula2 buat memang kekok tapi dah 2 3 tu alhamdulillah menjadi. Cheq sue bakar atas ceper aje, so lenser sedikit minyak. Kalau minyak banyak @ api besar @ ceper panas sgt adunan kulit tu xmo nak lekat tau, asik ngikut aje di spatula tu... Kalau yang guna non stick tu satu kelebihan la ya..


Untuk inti nya pulak cheq sue tambahkan isi udang segar yang di cincang. Sosnya agak kehitaman sebab cheq sue masukkan nisse dan gula. Entah macam mana termasin pulak sos tu. Nak kena balance terpaksa ejas sini sana. Rupa2nya stok cili kering dah habis, jadi cheq sue ganti dengan 2 sudu cili boh...terpedas sikit la. Tapi overall sos + inti ni memang sedap!


Kalau sape2 yang teringin nak cuba tu klik2lah pada link yang cheq sue letak tu ya... InsyaAllah jadinye. Bila lagi nak makan popia basah homemade, tak kan nak beli aje manjang. Kalau kat CH ni jangan harap la, xde jual wehh... So, cuba tau! Wassalam...


POPIA BASAH
Resepi : Umie

Bahan untuk kulit popia :
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 biji putih telor
  • 3/4 cawan air
  • 2 sudu makan cuka
  • secubit garam
Cara2 untuk buat kulit popia boleh rujuk di My Resepi
  1. Campurkan kesemua bahan dalam mangkok adunan
  2. Gaulkan (macam buat cokodok) kemudian tutup dan biarkan sebentar sekurang-kurangnya 1/2jam
  3. Ambil sejemput dan lenserkan ke atas kuali leper 
  4. Buat dari arah jam
  5. Mulakan dari tepi dulu
  6. Kemudian sapukan bahagian tengah dengan sisa tepung yang masih ada di tangan
  7. Setelah rata, biarkan sampai tepung masak sebentar
  8. Angkat tepung yang telah masak dan letakkan dalam pinggan .
  9. Boleh disusun berlapis2 ia tak melekat
Ini cara bagaimana Kak Ita buat
  1. Letakkan sesudu adunan kulit popia dalam pan yg tak melekat
  2. Dengan menggunakan lapik tuk ratakan kek ita ratakan adunan tadi dengan arah putaran jam
  3. Buat nipis aje ye!
  4. Pas tu bakar dengan api yg kecil aje sampai kulit popia masak
  5. Pas tu tarik kulit popia perlahan2.
Bahan untuk inti
  • 1/2 biji kobis - diricik halus
  • 3 biji sederhana besar carrot - disagat halus
  • 1 biji sederhana bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu makan udang kering
  • garam secukupnya
  • minyak untuk menumis
Kisar bawang besar, bawang putih dan udang kering.
Panaskan sedikit minyak dan masukkan bahan yg dikisar tadi.
Kemudian tambahkan sos tiram  dan secubit garam.
Kemudian masukkan sayuran dan masak hingga layu.

Bahan untuk sambal
  • 15 tangkai cili kering
  • 1 biji bawang besar
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 sudu besar gula perang - ita guna gula melaka
  • 2 sudu besar kicap manis
  • minyak untuk menumis
  • garam, perasa dan bawang goreng secukupnya
  • Kacang kisar - jika suka
Kisar cili kering, bawang besar dan bawang putih.
Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan blend hingga garing.
Masukkan kicap dan gula perang, garam dan perasa.

Ambil sekeping kulit popia dan sapukan dengan sedikit sambal
Letak satu sudu besar inti dan taburan bawang goreng
lipat macam biasa dan gulung
sedia untuk dimakan

*Sebenarnya cara penyediaan popia bergantung pada citarasa. Jika nak letak sambal dulu pun boleh dan nak curah atas popia kemudian pon boleh. Ikut selera masing-masing

8 comments:

  1. as'salam sue..terima kasih sudi ke blog akak..bestnya popia basah tu...faveret husband akak..dia memang hantu popia basah..akak pulak hantu popia goreng...teringin nak buat, tapi memandangkan hubsd akak ada diabetis, tak boleh nak buat...kang kalau buat, mesti banyak dia makan..kami pun baru dpt tahu dia diabetis..itu sebab skrg ni nak masak apa2 fikir 10x...akak pulak jenis suka cuba resepi2 baru..huhu

    ReplyDelete
  2. akak...hadiah saya dah terima minggu lepas..maaf lewat bagitau...ada masalah internet.

    ReplyDelete
  3. rajinnya sue..kita ni kulit popia tak pass lagi nak buat..asyik fail je..kekeke

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum cheq sue...
    akak suka sgt makan popia basah gini.. tp x perna lg buat sndiri.. mmg sedap sgt...

    ReplyDelete
  5. feveret pakwe ni, akan blaja buat. thanx resepi. hehe

    ReplyDelete
  6. popia basah ni la yang sy beli kak pasar malam semalam, sampai basah kuyup sy kene hujan lebat.huhu

    ReplyDelete
  7. salam cheq sue
    kretip juga che sue mcm dek ita ...kak tak terpikir mcm nie..semasa belajar dulu guna jari panas kuali buat kak serik... huhuuu nanti kak nak tiru kalian lah

    ReplyDelete
  8. td try buat ikut resepi ni.. inti n sos memang menjadi... tp bab kulittt... adeh.. tebal lah.. x rata lah... last2 sy tambah air bg cair.. dh lebih kurang mcm kuih ketayap dh

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]