PAGES

Saturday, October 15, 2011

Udang Masam Manis

Assalamualaikum & salam sejahtera

Buat apa ye kawan2...mesti tengah bersantai2 selepas menikmati hidangan tengah hari. Bila dah makan tu terasa kenyangnya mula la mata pun jadi berat...tambah2 dengan cuaca yang agak2 mendung nak hujan ni memang syok sangat kalau dapat tidur barang seketika. Kat CH sekarang ni tengah hujan dengan lebatnya...kalau sapa yang datang bercuti tu mesti x selesa berjalan2 dalam kesejukan...lepak aje dalam bilik. Mmmmm mesti rugi kan. Dah hujung2 tahun ni memang la begitu...tapi sekarang cuaca nampaknya tak menentu. Sabar la ye...

Cheq sue baru aje makan, sorang2 aje... Hajat tadi nak makan siput kat rumah Kak Rosa, tadi dia lak x ada cheq sue pun masaklah udang masam manis ni. Memang peberet la ni kira2nya. Dah beberapa hari jugak dok terfikir nak buat, tapi kena habiskan ikan talapia dulu.. (tapi talapia pun ada seekor lagi, tunggu hilang cemuih dulu). Harini kita layan udang pulak.


Walaupun makan sorang2, jangan fikir nak makan di kedai aje, masak yang simple2 macam ni pun cukup membuka selera. Cheq sue ni malas nak keluar-keluar. Tengok ape bende yang ada, masak aje ala kadar. Janji kenyang. Udang sweet sour cheq sue ni memang lebih dari cukup untuk seorang, sengaja masak lebih sedikit agar puas di makan. Dah habis dengan nasi, di ratah begitu aje. Aduhhhhhh memamng membuka selera. Maaaf la kalau ada sape yang tergoda tu, dah habis ya!

Okaylah... jangan lupa cuba tau... Wassalam...

UDANG MASAM MANIS
Resepi : Cheq Sue

Bahan-bahan :
- 15-20 ekor udang (bersihkan dan buang sedikit kulit)
- 2 bij bawang putih - ketuk
- 1/2 biji bawang besar - mayang
- sedikit halia - ketuk
- 2 sudu besar cili boh
- 1 sudu besar sos plum (kalau xde boleh ganti dengan nenas, kalau xde jugak boleh masukkan sedikit cuka makan)
- 2 sudu besar sos cili
- 2 sudu besar sos tomato
- sedikit air
- sedikit cili benggala @ cili merah - dadu (xde pun xpe)
- 1/2 biji tomato - dadu
- sedikit daun ketumbar - hiris kasar (opt)
- garam dan gula secukupnya
- sedikit minyak untuk menumis

Cara-cara :
- panaskan minyak dan tumis cili boh hingga garing
- masukkan bawang putih, bawang besar dan halia, masak hingga wangi
- masukkan udang, sos plum, sos cili, sos tomato dan air. Masak sehingga udang bertukar warna kemerahan
- tambahlkan sedikit air, cili benggala dan tomato. Perasakan dengan garam dan gula, masak sehingga kuah agak pekat. Taburkan daun ketumbar
- enak dimakan bersama nasi hangat

18 comments:

  1. Ceq sue lain kali jangan makan sorang2.Jemput kak ros skali.Kalau hujung2 minggu ni memang malas masak.tengahari tadi pun makan kat full hause.Perut yang full tapi poket yang kempis kot.

    ReplyDelete
  2. sedapnya dpt ratah udang ni..nyumnyumm :D

    ReplyDelete
  3. bestnya tengok udang masak gini..
    lembab2 basah jerk kan...

    ReplyDelete
  4. @Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot

    tadi tengah lapar kak ros, x nyempat nak ajak sesape... :)

    ReplyDelete
  5. @Yana Shaiful

    tu la pasal yana eh...tetibe je rasa tak cukup pulak makan tadi

    ReplyDelete
  6. @Mas

    ha ah mas...kalau xmo makan ngan nasi layan gitu aje pun sedap, kalau makan ngan nasi apatah lagi...memang maveless

    ReplyDelete
  7. Cheq sue.. Meh la sikit udang tu. Kita makan gader2 ye. Hehee.. Saya tak leh beria2 masak udang kat rumah ni. Sbb ahli lain tak leh makan. Saya sorg je lahap udang. Heeee

    ReplyDelete
  8. @izahdaut

    jah, apesal lambat datang, kalau tak tadi boleh kendelait berdua... isk isk isk

    ReplyDelete
  9. cheq sue..rajin masak ye..walau pun tinggal sorang..acik kalau sorang kurang rajin..mula la makan roti je..

    ReplyDelete
  10. @Acik Erna

    acik, saya ni kalau xde nasik x lengkap hidup sari2...memang perut melayu ni..

    ReplyDelete
  11. nampak macam sedap.
    tapi sayang sy xleh makan udang..huhuhu

    ReplyDelete
  12. Bahan2 semua dah ada tapi 2 orang kat rumah ni boleh terima ke. Hishhh susah betul

    ReplyDelete
  13. Sedapnye lauk ni...ala..dah habis la stok udang saya..nanti ada udang baru try jugak.

    ReplyDelete
  14. suka udang...
    m,elihat udang kat atas tu cukup mbuat kecur air liur

    ReplyDelete
  15. @Kak Sam

    alamak, rugi la diorang tu kak sam kan...

    ReplyDelete
  16. @rahel

    kalau dapat udang segar yang besar2 tu lagi sedap nak ratah rahel... aduhhhh terasa manisnya

    ReplyDelete
  17. @kasihredha

    saya pun macam nak buat lagi je rasanya... x jemu nak makan

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]