PAGES

Sunday, October 16, 2011

Apam Pisang Coklat

Assalamualaikum & salam sejahtera

Apam pisang ni cheq sue buat pagi semalam. Yang kat dalam gambar tu masih ada dalam peti, nanti nak panaskan semula. Memula tgk kak rose buat menggunakan resepi dari MyR. Kebetulan kat rumah ni ada pisang tanduk yang dah masak sangat, cheq sue buat la dalam sebiji. Pernah ke orang guna pisang tanduk untuk buat apam? Cheq sue belasah aje lah... aritu beli 5 biji, bercinta nak habiskan. Rasa dia not bad la, agak masam sikit dan aroma tu x berapa.

Apam ni pulak, walaupun tak merekah memang lembut aje. Cuma yang cheq sue kompius ngape masa kukus tu dia naik tak sekata. Jadi tinggi sebelah...kalau nak kata dapur tak sama x jugak. Kalau naiknya sama rata kan cantik nak tgk. Tapi apa yang ada pada cantik dok? Dapat makan sudah.


Kalau sape yang nak cuba tu memang disyorkan sangat sebab mudah aje nak buat. Aci lebur aje semua dalam mangkuk. Kalau guna pisang emas ke pisang kapas mesti lagi sedap rasanya. Oklah... hari Ahad ni tentu banyak aktiviti yang nak dibuat. Tinggal dulu ya... Wassalam...

APAM PISANG COKLAT
Resepi : Noorana @ MyR
Sumber : Kak Rose @ My Kuali

Bahan-bahan
  • 2 cwn tepung gandum*
  • 2 sudu makan serbuk koko*
  • 1 sudu teh soda bikarbonat*
  • 1 sudu teh baking powder* semua bahan diayak bersama
  • 1 sudu teh garam
  • 1 cwn pisang emas yang dilecek
  • 1 cwn minyak masak
  • 1 1/2 cawan gula perang
  • 2 biji telur (dipukul)
Cara-cara
  1. Panaskan kukusan.
  2. Masukkan bahan yang telah diayak ke dalam mangkuk.
  3. Masukkan bahan-bahan yang tidak diayak ke dalam adunan tadi. Gaul sebati.
  4. Masukkan dalam acuan kecil atau loyang. 
  5. Kukus selama ½ jam atau sehingga masak.
  6. pastikan air kukusan tidak jatuh ke dalam loyang semasa mengukus.

4 comments:

  1. pagiiii...datang nak makan apam..nak buat mals jugak sbb anak2 kurang yg ada pisang ni..hehe..ambik 5 ketol yer..

    ReplyDelete
  2. salam cheq sue..masuk list dulu yer..biasa Liza buat muffin pisang coklat @ kek pisang jer..nnt nk try yg ni pulak..mst best kan..

    ReplyDelete
  3. @Anna Qawina

    macam2 pesen kan anak2 ni, ada yang suka ada x suka...letih umi nak pikir

    ReplyDelete
  4. @Liza

    alhamdulillah kena jugak dengan selera saya.... cuma bila guna pisang tanduk ni aroma tu xde la..

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]