Tensen jugak bila dah lama bercuti ni. 2 3 hari jugak blog ni terbiar...dah bersawang agaknya. Terima kasih pada yang setia mengunjungi ila_cheqSue walaupun tiada n3 terbaharu. Hari2 bukan x masak, ada jugak beberapa resepi baru dicuba sempena Aidiladha, tetapi lupa nak bawa balik kamera. Maka xleh la nak kongsikan dengan kawan2 kat sini. Masa buat easy peasy cupcake tu pun pinjam kamera abang....segan pulak asik nak meminjam aje. Kenangan Aidiladha tahun ni pun xde la jawabnya....
Pagi tadi, sengaja bertolak awal sikit ke CH. Dalam pukul 9 kereta dah pun banyak di jalanan, cuma alhamdulillah xde la sampai jem teruk. Orang Kelantan ni tak kira raya apa pun, tetap nak balik kampung, termasuklah cheq sue. Singgah di GM tadi konon2 nak beli lauk, tapi ikan aje yang ada. Ayam agaknya dah habis. Nampaknya esok kena keluar ke pasar malam. Selongkar apa yang ada di dapur...hanya sebungkus baby corn dan 2 carrot yang sudah masuk angin. Ada sedikit daging yang dibawa dari kampung, tapi rasanya dah x ada selera nak makan, tu yang tercipta nasi goreng belacan ni. Memang simple dan sesuai sungguh time xde ape dalam peti ais. Nasib baik jugak ada bawak 2 ketul ayam segera, bolehlah dilawan dengan nasi ni. Mmmmmm macam ni la bila dah jauh dari keluarga... :)
Wassalam...
NASI GORENG BELACAN
Resepi : Cheq Sue
Bahan-bahan :
1 pot nasi
3 biji bawang putih
2 ketul ibu jari belacan
1/2 kiub pati ayam
Sedikit lobak merah parut (boleh tambah sayur lain jika ada)
Sedikit sos ikan dan kicap
Sedikit minyak untuk menumis
Jika suka boleh masukkan cili padi
Cara-cara :
Ketuk bawang putih dan tumis bersama belacan dan kiub ayam hingga garing & wangi
Masukkan lobak merah, sos ikan dan kicap. Masak seketika hingga lobak merah layu
Masukkan nasi, kacau hingga rata. Bila sudah mesra bolehlah diangkat
wah...sekali naik cuti berblogging, dok tayang nasi..
ReplyDeleteayu dah hampir 2 minggu tak cr nasi tau..
diet...
adussssssssssssssss
kecurnya
eh sedap ni..lepas2 raya makan nasi goreng besttttt.:))
ReplyDeletenasi grg belacan mmg sedap..kalau makan masa bekpes mmg habis sepinggan..lunch tak yah makan dah :)
ReplyDeletemacam dh lama tak makan ni..masa study di upm dulu selalu la jugak order...di sabah ni takde pulak menu ni...
ReplyDeletefuhhh cheq sue...mkn nasi grg belacan pedas2 best jugak kan...
ReplyDelete