Saturday, November 5, 2011

Easy Peasy Cupcake








 Hari ni merupakan hari ke 9 Hijrah, iaitu Hari Arafah sebelum bermulanya hari Wukuf esok hari. Ada tak sape2 yang berpuasa sunat? Walaupun x berkesempatan ke Baitullah, x rugi kita sama2 mengambil berkat dengan berkongsi kesusahan dan nikmat bakal2 haji dan hajjah dari sini. Cuba baca kat sini. 
 

 
 Aduhh.... lupa nak bawa balik esen vanila. Oleh sebab CC ni xde esen, makan secara automatik namanya terpaksa ditukar. Heeee... Maklumlah kat kg xde lak esen, nak beli mcm x berbaloi sebab kat CH dah ada 2 3 botol. Tapi xpelah, x menjejaskan rasa kot. Macam ok aje nampak, cuma bau vanilla tu xde la. CC ni pulak xde buttercream, tapi cheq sue masukkan jugak untuk rujukan akan datang.
 
Kena dengan namanya, memang senang je nak buat CC ni, taruk aje bahan2 dalam mangkuk, putar sekejap dan dah boleh bakar. Cheq sue buat dalam cup paling kecil, dapat dalam 60 biji. Boleh la dihidang esok, sambil2 tengok orang melapah lembu. Kat rumah ni kalau kena gaya 3 ekor akan ditumbangkan. Pakat2 nak buat kat sini ramai-ramai. Jadi tuan rumah kenalah menyediakan sedikit kudap-kudapan.
 
Kepada semua, cheq sue ucapkan SALAM AIDILADHA dan semoga selamat segal-galanya.
Wassalam...
 
EASY PEASY CUPCAKE
Resepi : Zarin

Bahan-bahan :
125 gram butter suhu bilik
180 gram self raising flour
170 gula castor (E-na letak 150g)
2 biji telur
1/2 cawan susu (E-na letak 100ml fresh milk)
3/4 sudu kecil esen vanilla
1/4 sudu kecil garam

Cara-cara :
Panaskan oven 180 degree.
Satukan semua bahan di dalam mangkuk pengadun.
Pukul dengan mixer sehingga lembut dan gebu.
Masukkan ke dalam paper cupcakes menggunakan sudu sehingga 3/4 penuh.
Bakar selama 15 - 20 minit. E-na bakar selama 16 minit.
Sejukkan dan simpan di dalam bekas kedap udara. Selamat Mencuba dari Lovely Kitchen.

NOTE DARI LOVELY KITCHEN:
Kurangkan sedikit adunan di dalam papercupcakes jika hendak deco.
Boleh deco setelah cupcakes sejuk atau di buat awal sehari sebelum deco.

RESEPI SIMPLE BUTTERCREAM

Bahan-bahan :
250 gram butter
100 gram susu pekat manis
1 sudu kecil esen vanila
Pewarna pilihan

Cara-cara :
Pukul butter, susu pekat manis dan esen vanila sehingga berkrim.
Bahagikan kepada beberapa bahagian untuk warna pilihan.
Titikkan warna yang dikehendaki. Kacau rata.
Hias ikut citarasa sendiri. Simpan lebihan butter cream di dalam peti sejuk untuk kekal cantik. 
Selamat Mencuba dari Lovely Kitchen.

7 comments:

  1. comelnye cupcake ni...hikhik.... senang nak makan kecik2 macam ni...

    selamat hari raya cheqsue...makan sup tulang nanti ingat2lah nani kat sabah nu..wuwuwuuwuwu

    ReplyDelete
  2. selamat hari raya aidiladha cheq sue..

    ReplyDelete
  3. salam aidiladha cheq sue...bnyk jugak tumbang lembu bsk yer, sampai 3 ekor...

    ReplyDelete
  4. Comelnya cup cake cheq sue...nampak moist je..dah lama mieza tak buat cup cake atau muffin..:)

    Salam Aidil Adha buat Cheq sue dan keluarga :

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum cheq sue..
    Salam Aidiladha buat cheq sue..
    comelnya CC tu cheq sue.... geram akak tgk tau

    ReplyDelete
  6. comey2 belaka cupcake Cheq sue buat

    ReplyDelete
  7. salam sue.. nampak sedap cc tu .. kalauanak2 ita ni nampak tentu suka ni

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]