Showing posts with label Do It Yourself. Show all posts
Showing posts with label Do It Yourself. Show all posts

Thursday, April 14, 2016

DIY : Pemegang Periuk

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Projek DIY pemegang periuk ni terbuat selepas ada belen kain cotton canvas yang saya buat sarung bean bag. Kebetulan pulak span keping memang ada. Dari tak buat apa2 terfikir nak buat pemegang ni. Kalau beli dah 3 4 ringgit agaknya sekarang. 

Bahan2 digunakan :
1. Kain - saya guna cotton canvas yang agak tebal
2. Span keping
3. Renda 

Jom kita tengok cara2 nak jahit. Kot dengan gambar ni dapat kefahaman lebih sikit deh...

Patutnya sebelum gambar pertama ni ada satu gambar lain lagi tapi saya lupa nak snap. Dari pengalaman saya 'berurusan'dengan span keping ni, agak susah nak fitkan ukuran span dengan kain. Sebelum ni saya pernah jahit span dan kain yang sama saiz, tapi bila siap ukuran dia jadi lari. Jadi kali ni saya lebihkan sikit spannya dan samakan kain di bahagian atas dan bawah. Kena pandai agak2 la ya. Mungkin ada cara yang lebih senang dari ni, boleh la dikongsikan kot2 ada yang tahu. Jahitan kain pada span dalam gambar tu suka hati la nak buat corak apa. Saya tu sengaja buat petak2...



Thursday, May 14, 2015

DIY : Pantiliner / Cloth Pad

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Saya dapat idea nak buat ni selepas join group GENG JAHIT di FB. Sebelum ni tak terfikir pun nak buat sendiri. Orang perempuan yang guna benda ni memang WAJIB buat sendiri tau sebab kita dapat jimat banyak, tambah2 pantiliner tu memang digunakan sehari-hari. Macam saya ni haaa, kalau ke MAIDIN atau TESCO memang berkotak2 saya borong. Bila dah dapat idea nak buat sendiri tu, saya mula Google tuto dan cari bahan2. Ni saya kongsikan step by step nak buat pantiliner dan jugak cloth pad.


Di dalam gambar ni ada cloth pad (tebal), cloth pad (nipis) dan pantiliner.



Thursday, September 18, 2014

DIY : Jahit Manik Keliling Halfmoon

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Bila dah buat halfmoon sendiri, kena touch up pulak nak bagi cantik sikit. Kalau halfmoon kosong memang la nampak suram, cuba letak manik tengok terus nampak serinya. Pesen yang saya buat ni dah banyak jual di pasaran. Harga dalam RM35 ++ jugak. Kebetulan saya ada dok belajar sesikit cara nak buat manik crumble jadi saya applykan pulak untuk jahit manik di keliling halfmoon ni. Sebenarnya ada banyak pesen yang boleh dibuat, cuma bergantung samada kreatif atau tidak. Saya buat yang simple2 aje pun.

Jom tengok macam mana saya buat...


Monday, April 21, 2014

DIY : Hasilkan Shawl Dari Lebihan Kain Halfmoon

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Selain tudung halfmoon, saya juga penggemar shawl. Tetapi kebanyakan shawl yang ada di pasaran agak kecil saiznya dan tidak menutup aurat dengan sempurna. Ada juga yang agak lebar terutamanya shawl cotton. Tapi kerana saya ni agak kreatif, maka terfikir idea untuk menghasilkan shawl dengan menggunakan  lebihan kain untuk membuat halfmoon. He he he...

Saya bagi contoh :
Beli kain 2m x 5 (1 meter RM3.90)
Dapat halfmoom : 5 helai
Kain lebih buat shawl  : 2 helai

Jimat kan? Semuanya dapat 7 helai tudung dengan kos yang sangat murah.

Ini antara shwal yang saya dapat dengan menggunakan lebihan kain membuat halfmoon.


Pandangan kasarnya lebih kurang begini.

Bagi setiap 2 meter kain untuk tudung halfmoon, akan ada lebihan (rujuk gambar bahagian A).
Jika hanya satu bahagian (contoh lebihan kain merah) tidak cukup untuk membuat shawl (kerana lebarnya kecil)  jadi ia perlu dicantumkan dengan lebihan kain warna kuning.
Ukuran shwal yang dihasilkan ini lebih kurang 170 cm x 60 cm (boleh juga dibuat mengikut saiz yang dikehendaki)


Daripada lebihan kain merah dan kuning tadi, ada beberapa pattern yang kita boleh hasilkan. Boleh rujuk gambar di atas. Ada lebih kurang 5 pattern yang bersesuaian. Utuk mencantumkan kain, boleh dijahit tepi halus ataupun dijahit tepi biasa. Kalau cantum dengan jahit tepi halus tu kena jelulur dulu supaya senang.  Jika tidak dicantumkan, ada juga lebihan yang agak lebar tetapi tidak cukup panjang (pattern pink - biru muda - biru tua)

Yang menariknya, untuk menyediakan kain ini, saya hanya mengoyakkan sahaja (tidak menggunting). Gunting sedikit di bahagian hujung dan koyak. Ukuran kainnya tidak akan lari kerana sudah mengikut ira kain. Gunting hanya digunakan untuk mengemaskan jika ada benang yang terkeluar.

Tips : selain warna-warna asas, jangan takut untuk menggabungkan warna trend seperti pink dan biru muda. Yang penting kita selesai pakai. Colour block pun tak ada masalah. Kain kosong gabung dengan kain berbunga / bercorak pun tak ada hal.


Ini adalah pattern yang telah saya hasilkan. Warnanya lebih kurang seperti yang diletakkan. Semuanya dibuat dengan teknik mengoyak kain dan dicantum dengan jahit tepi biasa kemudian dijahit tepi halus di bahagian kelilingnya. Hasil yang sebenar adalah di dalam gambar yang pertama.


Ini pula yang saya maksudkan dengan  warna trend iaitu warna biru muda dengan pink. Sangat cantik bila dipakai. Untuk dua pattern di atas, 3 warna kain digunakan. Kain lebih adalah warna pink, biru tua dan biru muda. Warna pink dan biru tua dicantumkan dengan warna biru muda.
Di sini ada contoh saya memakai shawl buatan sendiri, iaitu pattern kedua (selepas pattern merah-corak-merah). Semasa ke Beijing, saya hanya membawa sehelai shawl ini sahaja dan ianya saya pakai secara terbalik untuk dua hari. Jimat kan... hanya bawa 1 inner yang sesuai.

Jadi bagaimana? Adakah tutorial ini dapat membantu? Saya harap kawan-kawan semua dapat menghasilkan shawl sendiri dengan tutorial ini. Semoga bermanfaat.

Saturday, March 29, 2014

DIY : Jom Hasilkan Tudung Halfmoon Sendiri

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Kalau dulu saya dah pernah upkan n3 cara buat inner dari tudung terpakai, sekarang saya nak share pulak bagaimana nak buat halfmoon sendiri.Kalau diikutkan di pasaran memang terdapat banyak orang jual halfmoon ni. Dari mahal hingga murah, dari berkualiti hingga tidak, semuanya boleh diperolehi dengan senang. Sebelum timbulnya idea nak buat halfmoon sendiri, saya pernah upkan n3 tentang pembelian halfmoon saya di sini.


Oleh kerana saya memang suka menjahit, maka dengan adanya contoh saya dah berjaya menghasilkan beberapa helai halfmoon sendiri untuk digayakan ke sekolah. Memang puas hati, apatah lagi kosnya yang tersangatlah murah. Sila percaya kalau saya katakan kos membuat halfmoon sehelai lebih kurang RM10 - RM15 sahaja (tapi bergantung kepada harga kain).

Biasanya saya menggunakan kain chifon. Tengoklah macam mana, sama ada chifon lembut atau chifon licin, anda hanya perlu merasanya terlebih dahulu. Untuk melihat samada kain yang dibeli terbentuk atau tidak, anda boleh letakkan di bahu dan tengok bagaimana kain itu jatuh.

Untuk halfmoon DIY ni saya menggunakan chifon jojet dan juga chifon Fareeda dan kesemua kain ini saya beli di Zaleha Textile Pasir Puteh.

Jom buat dasar dulu :


Dasar asas tudung halfmoon. Untuk panjang garisan A dan B, bergantung kepada tudung yang dicontohi atau mengikut keselesaan masing-masing.

1. Sediakan dasar halfmoon terlebih dahulu. Untuk membuat dasar ni, belilah sehelai tudung halfmoon yang agak-agak sesuai dengan muka dan bahu, kemudian ukurlah pada kertas surat khabar atau kertas minyak (seperti di dalam gambar). Bila dah dapat ukuran ni, potongkan sahaja. Dasar halfmoon yang saya buat ni agak lebar. Jika tidak berapa faham boleh rujuk [di sini]


Pandangan kasar tudung yang digunakan sebagai dasar. Sebenarnya ini adalah tudung dengan layer di bahagian tepi.

Note : Cuba bayangkan halfmoon yang telah siap sebagai dasar dan kertas minyak sebagai kain yang akan dibuat halfmoon. Begitulah cara kita akan potong tudung halfmoon itu nanti.

Pada dasar yang telah siap, tandakan bahagian 'ATAS' dan 'LIPAT' supaya kita tak tersilap letak pada kain. Amatur, biasalah... Pada dasar ni juga kita labellah pattern mana yang kita guna. Contoh yang saya buat ni adalah PATTERN FARIDA, HALFMOON VIETNAM dan HALFMOON SAKURA.


Ini adalah dasar yang telah siap. Jika diperhatikan di dalam gambar, ada dua garisan yang telah saya tandakan dengan 'ATAS' dan 'BAWAH' bagi lapisan dua warna di bahagian bawah tudung (dua layer). Jika tidak mahu membuat dua layer, boleh sahaja menggunakan keseluruhan dasar ini.

Inilah gambaran kasar halfmoon dengan dua layer di bahagian bawah. Kain perlu digunting mengikut dasar yang telah dipotong. Yang pattern ni agak rumit sikit. Masa saya buat dan hantar ke kedai jahit, saya hanya menyambung kain dengan menggunakan jarum. Seeloknya jika menggunakan pattern begini, jahitkan dahulu secara jelujur / longgar.

Oleh kerana saya mahu mencuba membuat tudung dengan layer di bahagian bawah, maka dasar yang telah siap tadi saya potongkan dalam lebar 2" setiap satu (gambar bahagian B) 

Tudung halfmoon dengan 2 layer yang telah siap dan sudahpun dipakai. Penggunaan benang yang kontra akan menaikkan lagi layer tudung berkenaan.

Dengan adanya dasar seperti ini, kita hanya perlu meletakkannya di atas kain yang menjadi pilihan, pinkan dengan jarum (supaya kain dan dasar tidak bergerak) dan kemudian hantar ke kedai jahit untuk jahit tepi halus. Saya biasanya menghantar jahit tepi ni ke Kedai Anak Kak Min, bangunan bersebelahan Zaleha Textile di bandar Pasir Puteh. Kos jahit tepi ni hanya RM2-3 sahaja.

Tips : sekiranya ingin membuat halfmoon dengan warna yang berlainan, bahagian bertanda anak panah perlu dijahit terlebih dahulu (jahit jelujur) - bahagian ini akan dijahit tepi halus. Sekiranya bahagian ini tidak mahu dijahit tepi halus, bolehlah mencantumkannya menggunakan jahit tepi biasa supaya mudah untuk dijahit tepi kelilingnya.

Sekiranya berkemahiran, bahagian atasnya bolehlah dijahit manakala bahagian kelilingnya dijahit tepi. Oleh kerana saya tak berapa pandai nak jahit halus di bahagian atas, maka saya hanya menghantar untuk menjadit tepi halus untuk semua bahagian tudung.

Percayalah pada diri sendiri. Jangan takut untuk memegang gunting dan jarum. Gagal sekali itu biasa, bila kita sudah tahu teknik dan cara,  In Sha Allah kita akan gembira memakai halfmoon yang dibuat sendiri.

Monday, February 10, 2014

DIY : Soft Inner Dari Tudung Terpakai

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Saya ni antara salah seorang penggemar shawl / selendang. Tak kiralah yang panjang atau yang halfmoon. Biasanya jika memakai shawl, saya akan memakai inner di dalam. Saya tak boleh pakai inner yang berbentuk ke belakang tu sebab tak sesuai dengan bentuk muka. Lagi pula biasanya inner tu akan meleret ke belakang. Sebab itulah saya lebih suka memakai inner yang berbentuk mini tudung dengan soft awning. Bila pakai tu selesa sikit sebab kebanyakan shawl jarang, jadi dapatlah menutup leher.

Kebetulan saya ada sehelai shawl lycra yang dah lama saya tak pakai. Jadi dok saja-saja baru ni saya cuba buat inner sendiri dengan berpandukan sehelai inner yang saya beli. Kalau sape yang ada tudung yang dah takmo pakai tu bolehlah diubah menjadi inner ataupun boleh dipakai oleh anak-anak. Bila dok kampung ni, ada la 2 3 helai tudung yang saya tak mahu pakai, jadi semua saya dah buat jadi inner dan fikir-fikir elok juga jika dibuat tutorial DIY kot-kot ada kawan lain yang nak mencuba.

Jom kita tengok cara nak membuatnya :
1. Sediakan pola / dasar untuk awning. Yang saya buat ni perpandukan inner yang dibeli. Yang putih tu sampai ke rahang dan yang surat khabar tu panjangnya sampai tulang pipi. Ukuran lebih kurang yang dinyatakan. Yang garis putus-putus tu saya tak ukur.

2. Potong kain untuk awning. Kain untuk awning yang telah dipotong mengikut pola. Yang ni boleh guna sebelah mana-mana sahaja. Fabriknya denim lembut (kain tudung)

** Pemilihan warna boleh digabungkan kerana inner kita nak pakai di dalam, colour block pun no hal.

3. Oleh sebab saya gunakan kain yang dipotong, maka bahagian atas awning perlu dijahit terlebih dahulu. Ukuran basi dalam 0.5 inci.
** Jahitan tak kemas sangat sebab buat di kampung, guna mesin manual (mesin kaki sahaja)

Kalau guna kain lycra seperti shawl dalam gambar ni, yang sudah sedia jahit boleh terus potong sahaja ikut ukuran pola.
** Untungnya guna kain jenis lycra kerana ianya tidak perlu dijahit tepi

 4. Sediakan tudung yang akan digunakan untuk membuat badan inner. Saya guna warna putih, pakai tak sampai 5 kali. Rasa menyesal beli dulu -_-

 5. Bentangkan awning yang telah siap di jahit di atas tudung dan potong seperti di dalam gambar

 6. Potong bahagian badan tudung (tudung yang tak mahu pakai)

7. Potong sedikit untuk dibuat penanda (rujuk anak panah gambar 6). Ini memastikan kita mendapat inner yang seimbang bila dicantumkan nanti

8. Cantumkan bahagian yang telah ditanda dan boleh mula menjahit. Mulakan di bahagian tengah hingga ke tepi, berhenti dan sambung dibahagian yang satu lagi.
** Untuk mencantum bahagian awning dengan badan, pastikan kain awning dan badan adalah bertemu luar sama luar (supaya inner tak terbalik)

Bila dah habis bahagian hujung awning, tak perlu dimatikan.

 Gambaran awning yang telah dicantumkan dengan badan

Bahagian bawah dagu yang masih belum berjahit. Perlu dijahit dari luar untuk mengemaskan bagaian atas awning

 9. Boleh mula menjahit dari bawah ke atas (tindih bahagian cantuman awning dan badan) sehingga ke hujung yang satu lagi

 Proses menjahit. Masa jahit ni pastikan tak berapa besar supaya dapat menindih yang dibawahnya

 Bahagian atas awning yang telah siap ditindih. Jangan tengok garisan jahitan yang tak lurus tu...

10. Cantum bahagian hadapan(bawah dagu) pada ukuran yang sesuai.

Dah siap 3 bahagian yang perlu dijahit. Ditandakan dengan anak panah merah. Pada bahagian bawah dagu dan badan inner, potong lebihan kain. Kemaskan mana yang patut, potong benang yang berlebihan.

Yang dah siap di potong. Nampak lebih kemas.

Dah pun siap dan boleh dijadikan inner, ataupun pakai di rumah. Jika nak bentuk semula bahagian hadapan dan belakang inner ni pun boleh. Yang saya buat ni bentuknya tajam (kerana tudung asalnya memang begitu)

Agak-agak faham tak dengan tutorial ni. Cubalah buat sendiri, tak sampai pun setengah jam untuk setiap inner. Semoga gambar-gambar ni membantu.

Wednesday, July 3, 2013

Asam Sunti

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

N3 lapuk di dalam draft. Lama jugak terperuk ni. Fikir2 sayang pulak kalau tak dikongsikan dengan kawan2 walaupun bukanlah saya yang menghasilkannya. Alkisahnya semasa ke Acheh cuti lalu, kami semua acapkali dihidangkan dengan Gulai Acheh yang menggunakan asam sunti. Jadi mereka memberikan sedikit kepada kami sebagai buah tangan untuk di bawa balik. Errr, belum sempat lagi nak cuba masak guna asam sunti ni. Nanti la kalau ada kesempatan saya akan buat dan kongsikan di sini.

 Bahan utama membuat asam sunti ni adalah belimbing buluh. Di sana mereka banyak menggunakan asam sunti dalam masakan. Lebih kurang sama dengan penggunaan asam keping la kalau di tempat kita ni.

Dalam pada dok sembang tu sempat la jugak saya bertanya bagaimana asam sunti ni di hasilkan. Tak la susah sangat. Kalau ada banyak buah belimbing buluh tu boleh la cuba buat asam sunti ni. Kalau tak dibuat Gulai Acheh, campur dalam sambal ikan bilis pun sedap juga.

Saya kongsikan resepinya di sini kalau-kalau ada yang mahu mencuba.


ASAM SUNTI
Resepi : Pn Eni

Bahan-bahan :
Belimbing buluh
Garam halus

Cara membuatnya :
Belimbing buluh dibersihkan
Gaul dengan garam halus. Biar seketika
Jemur pagi hingga petang (dibawah matahari)
Toskan di dalam penyejat untuk menapis air dari belimbing buluh.
Ulang langkah ini untuk dua hari yang seterusnya.

Catatan :
Jika kurang garam asam sinti akan menjadi keras

 ********** (^__^) ********** 
Terima kasih atas kesudian membaca entree ini hingga ke akhirnya. ~ Wassalam ~

Wednesday, March 6, 2013

Tuesday, July 3, 2012

Telur Masin Perantau ~ Day 1


 
 
Sebelum perkhemahan hari tu, sempat jugak cheq sue jalan2 ke Jepun, ke blog Ros Jintan Manis yang masih tak dapat cheq sue nak follow. Terpandang dek mataku cara-cara nak membuat telur masin. Walaupun tak la penggemar telur masin tapi dek kerana nak cuba, cheq sue beli la 10 biji  'telur kampung' yang berkulit putih tapi tak pasti pulak telur tu telur ayam kampung ke ayam bandar. Nak beli telur itik macam mahal bebenor aje, kita baru nak cuba kan, kalau berjaya boleh buat dengan telur itik pulak.
 


Walaupun cheq sue ni merantau ke CH aje, kira ok la nak guna tajuk telur masin perantau tu ya. Walaupun boleh beli telur masin yang dibungkus dengan tanah liat tu, tapi telur masin yang dibuat sendiri pastinya memberi lebih kepuasan kerana mencuba. Lagipun sekarang ni sebiji telur masin agak2 berapa harga ya... dulu beli 1 biji RM 0.80, kalau yang dah masak sebelah aje dah singgit.

Untuk percubaan pertama ni cheq sue cuma masukkan ke dalam bekas plastik, cari2 xde pulak bekas kaca. Harap2 menjadi la nanti, dok ingat2 diorang jual telur masin kat Pasir Puteh tu guna plastik jugak. Mengikut kata Ros, telur masin ni boleh direbus mulai hari ke 14 hingga hari 20. Nantilah 15 hb ni akan cheq sue update la camana hasilnya, ada kejadian atau tidak. Kalau menjadi boleh buat berbuka puasa Ramadhan nanti. Suspen jugak ni. Sama-samalah kita nantikan... Wassalam.




 

Day 1 : 1 Julai 2012



TELUR MASIN PERANTAU ( TELUR AYAM)
Sumber resepi :  rosmarlina @jintanmanis.com

Bahan-bahannya
10 biji telur ayam ( kulitnya putih) klu nak guna kulit yang warna coklat pun boleh
3 senduk garam biasa
Air secukupnya


Bekas
Balang kaca

Cara-Caranya
1. Telur di basuh bersih dan masa basuh telur disarankan baca lah selawat ke bismillah ke, lepas tu toskan, biarkan kering, nak lap dengan permukaan telur dengan kain bersih pun boleh. Kalau ade kerajinan lagi, lepas basuh telur tu boleh jemur kejap, hingga permukaan nye betul-betul kering.
2.  Masukkan garam ke dalam periuk yang berisi air, biarkan garam betul-betul larut, didihkan sebentar, tutup api dan biarkan air garam betul-betul sejuk.
3. Susun telur di dalam balang kaca, dan curahkan air garam tadi, pastikan telur tenggelam dalam air garam, jika nampak terlu seperti terapung itu tandanya air garam tu cukup masinya.
4. Tutup rapat balang kaca dan simpan selama 14 hari ke 21 hari, masa dah 14 hari tu, ambil satu dan cuba rebus, kalau dah jadi, boleh keluarkan semua telur dan simpan di dalam peti ais, bila nak makan rebus dan potong dua, selamat mencuba.



Stylish Thankyou

Monday, April 16, 2012

How to Cook Fresh Pumpkin



 
 
Quick n3...
Lappy xde kat rumah, dok dengan adik
Rasa patah tangan jugak sekejap
Xpelah, jangan marah tau kalau xdan nak BW
Ampon ye!
 
Pagi ni nak kongsikan camana nak masak dan simpan labu
Memang dendam sangat dengan labu kuning ni
Dah lama dok nanti, dok tunggu
Member bagi separuh, so cheq sue masak macam yang dikongsi oleh Tun Telani
Kat bawah ni ada hasil dan cara-caranya
Harap2 dapat la disimpan 2 3 hari sebelum keluar hasil
Roti, donat, bingka, kek....
Berderet resepi labu dok tunggu
 Alih-alih peram aje lam peti ais tu, camana?
..T_T..
Harap2 pasni dapat la rasa
TQ Tun share tips & resepi ni
Berguna sangat
Wassalam...




 
HOW TO COOK FRESH PUMPKIN
Source : Hubpages
Source : Tun_telani

Labu di belah dua. korek keluar biji labu.
Telangkupkan labu atas loyang, dan masukkan sedikit air (anggaran dlm 1/2 inch) <- supaya labu tak kering masa bakar.
Bakar 200 C selama lbh kurang 45 minit. lepas 40 minit tu cucuk2 kulit labu dan garfu, kalau dh lembut maknanya dh masak.
Korek keluar isi labu dgn sudu dan lecekkan. tun guna garfu je utk lecek sbb dh lembut sgt, xyah blend segala bagai. cheq sue x lecek pun, skopkan dengan sudu gitu aje sebab labu ni jenis yang lembut punya
Dh sejuk blh simpan dlm bekas kecik dlm freezer. Nnti senang nk guna wat kuih =)

Monday, September 19, 2011

Ketupat Palas : Step By Step

Assalamulaikum &  salam sejahtera

Memula sekali nak mintak mahap atas kekaburan gambar2 ni ye... Memula tu nak apload gambar pakai photoshop tapi memandangkan ada 10 keping semuanya, kot2 ada yang terpening nanti nak scroll nengok ke bawah. So cheq sue try la guna photoscape dan jadilah hasilnya seperti kat bawah ni.... Susunan gambar ni adalah atas (kiri ke kanan : 1, 2) dan bawah (kiri ke kanan : 3, 4) begitulah seterusnya.

Ketupat palas ni sebenarnya ada beberapa versi membalutnya... cara cheq sue ni mungkin tak sama dengan cara di sesetengah tempat tapi rasanya ingin nak kongsi, dah tua2 nanti kot nengok ni mesti senyum sendiri

Pssst : Sila abaikan jari jemari yang sihat itu ye... (*___*)

Wassalam...


1. Buatkan kelongsong terlebih dahulu dan masukkan pulut sehingga padat
2. Tutp bahagian mulutnya dengan cara melipat daun yang memanjang ke arah bertentangan
3. Kemaskan hagian bucu yang satu lagi dengan cara menggerakkan daun palas ke atas dan ke bawah
4. Bila dah kemas "cekik" bahagian bucu atasnya pula untuk step simpulan pula


5. Bahagian yang di "cekik" tadi akan ditwistkan ke belakang
6. Mmmmmmmmm untuk step ni payah pulak nak tuliskan bagaimana. Mintak halal ye...
7. Gambar yang sudah siap
8. Yang ni langkah untuk menyimpul bahagian bucu atas...ala-ala macam simpul biasa aje

9 & 10. Ketupat yang sudah siap! Boleh direbus atau dikukus