Showing posts with label Kek / Cupcake. Show all posts
Showing posts with label Kek / Cupcake. Show all posts

Saturday, March 8, 2025

Fruit Pastry Cake

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Salam Ramadhan 7. Dah seminggu berpuasa. Kejap je masa berlalu. Dari seminggu jadi dua, tiga dan empat, tahu tahu dah raya dan Ramadhan akan pergi meninggalkan kita... -_- Dan kita pun akan berdoa agar ditemukan dengan Ramadhan seterusnya. InshaAllah..

Kek ni pun dah lama kena sidai dalam draft. Pernah tular juga satu ketika dulu. Rasanya masam manis memang tak muak di makan. Cuma itulah, bila buat kek sebiji ni lambat nak habis. Selalu buat dan bawa ke tempat keje. Sekarang ni banyak enzim M, mampu tengok ajelah...


Tengoklah taburan buah di atasnya. Masa ni masih di CH, memang mudah nak dapat strawberi, petik belakang rumah aje. Ehhh... tipu je, kita beli jugak wak. He he he.. Saya letak jugak blueberry dan hirisan buah pear. Cuma tak bedakkan dengan gula ising sebab tak ada. Menjadi jugak cuma rupa paras lah tak berapa jelita.

Thursday, October 18, 2018

Snow Cheese Leleh

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Personally saya lebih sukakan kek snow cheese leleh berbanding kek coklat leleh. Tapi itu bukan problem pun sebab setiap orang ada citarasa sendiri. Memasing punya hal lah tu. Jangan sentap pulak dengan statement ni eh.

SCL ni saya buat sekali dengan CCL. Saja nak try sebab kebetulan ada anak buah jadi tukang makan tu ada. Kalau nak harapkan buat hari biasa memang malas sikit sebab malas nak makan banyak-banyak. Rupa rupanya diorang pun sukakan kek ni berbanding CCL.


Untuk kejadian kali pertama ni memang tak berapa nak jelita sangatlah. Maklumlah baru pertama kali buat kan... Parutan cheese di atas pun agak kasar sebab tak ada grater yang halus. Rasa macam dah pernah beli tapi missing in action pulak. Saya buat kek ni dalam bekas aluminum je, buat individu sebab senang nak makan, lenkalilah buat kek sebijik, nak jugak try.



Thursday, October 11, 2018

Coklat Cheese Lava Kek

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Saya sebenarnya ada kisah yang agak tragik dengan kek coklat, sampai satu tahap saya dah tak mahu membuatnya. Trauma tau, tapi malas lah nak cerita, simpan dalam hati je. Tapi kalau sesiapa yang kenal saya, saya suka nak mencuba, dan sebab itulah saya buat kek ni, sebab saya nak cuba buat dan nak menjamu anak-anak buah saya.  Kalau tak buat kita tak tahu macamana caranya, susah ke senang, menjadi ke tidak.


Nah, inilah hasilnya.  Tak sangka jugak menjadi elok, tak kalah dengan orang yang jual tu. Tapi 1st attempt ni biasalah ada kekurangannya somewhere. Di atasnya saya just lorekkan dengan nutella sebab lupa nak simpan sikit adunan cheese, kalau tak nampak jelita la sikit.



Wednesday, October 3, 2018

Easy & Moist Red Velvet Cake

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Alkisahnya buat kek ni konon konon sebab nak celebrate birthday sendiri, tapi hancus kejadiannya. As i mentioned before, i memang addict dengan red velvet ni. Itu yang semangat nak buat. Tapi sebab buat kek ni di rumah sendiri, tau tau ajelah ada bahan yang takde. Tahu apa yang takde tu? Pewarna merah okeh, cari cari di dapur ada sirap maka jadilah sirap nak memerahkan kek ni. Maka taklehlah nak panggil red velvet, kena tukar menjadi sirap velvet. Ha ha ha...


Paras rupa kejadian. Memang merah tak membara, acah acah saja. Tapi takpelah kita yang buat dia. Dengan sedikit kekurangan tak menjadi sebab untuk tidak mencuba.



Monday, September 24, 2018

Blueberry Cream Cheese Crumble

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Pertama sekali saya nak minta maaf sebab dah agak lama saya mencari siapa empunya resepi ni. Saya pun tak ingat dari sumber mana, tapi agak pasti saya mendapatnya dari IG. Saya ada menulis resepinya tapi agak tak berapa rajin nak menulisnya semula. Nantilah kalau saya  ada angin rajin yang entah bila nak datang tu saya akan rewrite dan kongsikan.


Saya nak share ni bukan apa. Sebab resepi ni memang sedap sangat sangat. Tahu tahu sajalah kan, apa apa yang bercheese bergandingan pulak dengan blueberry memang tak salah, memang pasangan yang sepadan bagai pinang dibelah dua gitu. Makan sepotong memang tak cukup. Dan saya sarankkan sape sape yang tengah diet toksah dok berangan nak buat crumble ni lah ya. Kang menyesal tak sudah pulak.

Korang doa doakanlah saya ada keyakinan nak menulis semula resepi ni ya. Memang malas tahap gaban ni. Nak SC kamera telefon dah rosak, memang nak tak nak kena salin jugak. Saya pun nak ada simpanan di sini apa apa nanti senang nak rujuk. Tolong doakan eh..


 "Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau lapangkanlah dadaku, tenangkanlah fikiranku dan permudahkanlah segala urusanku.... Amin"

Monday, August 13, 2018

Chocolate Chips Blondies

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Dah lama pun sebenarnya buat blondies ni, kali ni buat separuh adunan je. 1st time buat dulu guna full resepi. Ni kes craving nak makan sweet bancuh jugaklah sikit pun. Kali ni kejadiannya masih elok, saja kasi garing garing sikit makan panas panas duh heaven sungguh. Seketul tu bahagi 3 maksudnya 3 kali makan. Maklumlah at that time masih dalam program nak menurunkan saiz maka makan pun kenalah bercatu. Kalau kata nak potong terus takleh makan apa apa menderita jugak rasanya... Khannnnn...

TQ lah sis share resepi ni. Memang dah jadi keeper recepi pun. Anytime at anywhere boleh cuba. Kalau nak classy sikit boleh acah acah makan masa high tea gittew..



RESEPI CHOCOLATE CHIPS BLONDIES




Bahan2:
1-1/2 cawan gula perang - Liza guna 1 cawan je
1/2 cawan mentega cair
2 biji telur, pukul sedikit
1 sudu kecil vanilla extract
1-1/2 cwan tepung gandum
1/2 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil garam
1 cup  semisweet chocolate chips


Caranya:
Dalam mangkuk yang besar, satukan gula perang, mentega cair, telur, esen vanila sehingga sebati.Guna hand whisk je.
Kemudian masukkan tepung, baking powder, dan garam. sebatikan. Kemudian masukkan chocolate chip dan sebatikan.
Bakar dlm loyang 9x13" pada suhu 175 c , 18-20 minit sehingga masak. Sejukkan dan potong.

*Oleh sebab saya buat setengah adunan aje, bahan bahan ni saya bahagikan 2 dan bakar dalam mangkuk kecil saja. Boleh sesuaikan mengikut masing masing



 "Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau lapangkanlah dadaku, tenangkanlah fikiranku dan permudahkanlah segala urusanku.... Amin"

Thursday, February 4, 2016

Kek Gula Hangus Kukus

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Saya tak tahu nak kata ni apam ke kek... rasa macam lebih ke apam gula hangus, mungkin sebab dikukus dalam acuan besar maka lebih sesuai dipanggil kek. Tapi saya buat ni hanya separuh adunan, dan kukus dalam acuan kecil. Jadi jugaklah takat nak makan sorang tu.

Elok je keluar dari acuan. Guna acuan plastik biasa saja, bukan yang silikon pun. Kalau kata nak buat dalam adunan kecik2 pun buleh, cuma saya ni tak berapa nak rajin kalau guna acuan cinonet tu...


Wednesday, September 2, 2015

Chocolate Chips Blondies

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Pertama kali ternampak pos ni di blog Intai Dapur, terus berkenan nak cuba. Tambah2 bila ada choc chips yang memang tengah saya idamkan nak makan. Nasib baik jugak pada ketika itu tengah berpuasa Enam, jadi nak kena tunggu masa yang sesuai baru boleh buat, kalau tak tak habis makan.


Saya hanya buat separuh adunan, tetapi tidak menggunakan sukatan yang tepat. Jadi hasilnya pun agak kurang menjadi. Oleh sebab adunannya tidak banyak maka saya hanya membakarnya di dalam papercup sahaja, dapat 4 biji saiz L, itu pun ambil 2 3 hari jugak nak habis. Walaupun kejadiannya CCB ni agak padat, tetapi rasanya masih sedap dan ok2 saja... Next time nak cuba dengan proper pulak. Yang ni agak tak puas hati..


Monday, March 16, 2015

Kek Marble

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 
 
Selamat bercuti sekolah ye untuk cikgu-cikgu dan anak2 murid semua...
  
Bulan ni nampaknya asyik termiss aje nak update blog. Dengan kesibukan yang dah mula menyapa... tugas itu ini memang tak ada masa nak ngadap komputer. Tapi hari ni nak belanja korang semua dengan kek marble yang dah lama saya buat ni. Walaupun namanya cuti, tapi yang nyata tak pernah cuti dari tugas2 hakiki ni...
 



Monday, February 9, 2015

Super Delicious Vanilla Cupcakes

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Ini projek tak ada kerja. Rasa macam free sangatlah konon2nya...  Bukan apa, rasa macam lama je tak membaking, pastu rasa macam sedap je kudapan ala2 kek kosong, yang digandingkan dengan teh O panas... aduh asyiknya. Terus saja godek Google dan jumpa dengan resepi ni. Rasa2 dulu dah pernah buat, tapi tak apalah buat lagi... cuma kali ni saya buat 1/3 adunan sahaja, dengan menggunakan sebiji telur dan bahan2 yang lain saya bahagikan kepada 3. Gigih kan... Sakit kepala juga rupa2nya nak bahagikan...


Oleh kerana sukatan bahan2 ni agak susah nak dibahagikan kepada 3, kecuali telur yang digunakan sebanyak 3 biji, tapi saya guna satu saja, maka untuk bahan2 yang lain saya sukat seperti yang dinyatakan, kemudian saya timbang dan barulah saya bahagikan kepada 3, cuma kena pandai2 la sebab sukatan tu mungkin tak berapa tepat. Ini dikatakan ada kerja senang tapi nak buat yang susah. Ibarat kata orang Kelantan, main 'JJUAL'....


Wednesday, November 5, 2014

Kek Minyak Kukus Bertukar Jadi Apam Minyak Kukus....

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Bila dok kampung, saya biasanya masak apa yang My Mek dan My Cek suka. Diorang ni tipikal orang kampung, jadi makanan yang ala2 moden ni memang tak dapat sambutan. Contohnya kalau kek, jangan harap la diorang nak makan cheesecake meleleh atau RVC atau rainbow kek... yang menjadi pilihan tentunya kek yang simple seperti kek butter atau kek pisang.



Saturday, October 4, 2014

Mango Casablanca

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Mango casablanca! Akhirnya.... #menulisdenganmoodsenyum...

Kebetulan gi pasar malam, ada orang jual buah mangga. Owh my dear, dah lama dok tunggu, akhirnya ada di depan mata. Tak tahulah apa jenis mangganya tapi bukanlah mas hitam atau jenis yang berbau semerbak tu. Sekilo RM5. Saya beli 4 bijik je. Dok bajet2 cukup la sebab tak riki resepi dulu sebelum tu. Saya bukan apa yang nak buat sangat mango casablanca ni. Kebetulan ada stok whip cream dan cream cheese, tambah pulak nak cuti dah ni kena la habiskan semua benda2 cepat rosak tu.



Monday, September 22, 2014

Kek Lapis Cheese Persona

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Selamat kembali ke sekolah ya kengkawan para cikgu cikgi kat Malaysia ni. Saya sepatutnya attend miting kat Klang tapi aiiii takleh nak gi le pulok sebab banyak sangat komitmen yang perlu disiapkan di sekolah. Harapnya dapatlah diselesaikan sebelum keluar miting lagi minggu depan.

Saya sebenarnya tak cadang nak buat kek ni. Sebetulnya bila beli cream cheese, saya memang nak buat mango casablanca tapi sekarang ni mana la nak dapat buah mangga kan... sah2 buah duku rambutan yang banyak terdapat di pasaran. Tapi daripada dok keluar masuk peti ais benda cream cheese tu saya pun buatlah setengah adunan kek lapis cheese persona ni. Memula nak buat cheeskut tapi nengok ke biskut krim kraker tu eh dah retak seribu pulak. 


Friday, September 19, 2014

Kek Coklat Karamel

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Dah lama sangat rasanya buat kek ni, gambar tertinggal dalam kamera sampai saya sendiri dah hampir lupa. Kek ni memang dah ada dalam wish list, tapi biasalah dok pending je manjang. Kebetulan masa pi kursus 1 Murid 1 Sukan, dak Siti sibuk dok menelaah bahan, study le kengkonon camana nak buat. Saya dah kebetulan memang nak buat, terus ambil satu salinan resepi dan buat setengah adunan.

Saya sebenarnya agak fobia dengan kek coklat, dek kisah jadik tak jadik dulu la. Namun sebab nak cuba saya pejam sebelah mata dan buat dengan lafaz Bismillah agar impian menjadi nyata. Untuk setengah adunan memang tak dapat banyak sangat, tapi cukup untuk semua merasa. Cuma pada saya, bahagian karamelnya agak manis dan sedikit pahit mungkin disebabkan ianya dah memang terhangit s

Sunday, May 25, 2014

Red Velvet Cake (Resepi Kak Azie)

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Saya buat kek ni sebenarnya khusus untuk adinda saya yang baru saja konvo UITM baru-baru ni. Sementelah saya ke KL, lepak rumah kakak, ada la jugak tukang makannya, tuan punya badan pulak yang tak ada sebab masih kena setelkan beberapa hal di Puncak Alam.

Resepi ni baru pertama kali saya cuba. Langkah penyediaannya mudah sahaja. Bahan2 masih juga sama seperti resepi RVC yang lain. Cumaseperti yang saya bagitahu sebelum ni, saya ada masalah sikit dengan oven, saya bakar ni dekat sejam lebih, tapi di bahagian dalam masih agak kurang masak dan teksturnya pulak agak padat. Give up betul nak hias, tu yang jadi sempoi habis, hanya letak bua peach dan serdak kek je.


Bila dah lama tak main dengan cream dan gajet kek ni, memang nampak kaku sikit. Hancus segala deco, tulisan pun teketaq-ketaq... Menyampah dengan diri sendiri. Cuma tak ada pulak potongan di dalamnya. Tunggu gambae whatsapp tak sesampai. Nantilah kita cuba lagi next time. TQ Kak Azie



RED VELVET CAKE
Oleh : Azie Kitchen

Bahan bahan:
2 1/2 cawan all-purpose flour
1 sk garam 
2 sb cocoa powder 
1 1/3 cawan vegetable oil 
1 cawan buttermilk - suhu bilik (atau 1sb jus lemon + 1 cawan susu)
2 sb red food colouring
1 sk vanilla extract
2 biji telur gred A - suhu bilik 
1 1/4 cawan gula kaster
1 sk white distilled vinegar
1 sk baking soda

Cara-cara:
Pukul minyak dan gula sehingga sebati dan masukkan telur, pukul lagi sehingga kembang dan ringan selama 2-3 minit.
Satukan dan ayak tepung gandum, serbuk koko dan garam.
Dalam mangkuk lain, satukan buttermilk, pewarna merah dan esen vanila.
Menggunakan kelajuan sederhana, masukkan tepung berselang-seli dengan larutan buttermilk dimulai dan diakhiri dengan tepung (masukkan 1/2 tepung dulu, kemudian semua buttermilk dan seterusnya semua tepung yang masih berbaki).
Dalam satu mangkuk kecil, campurkan cuka dengan baking soda. Campuran akan berbuih atau berbusa. Dengan segera tuang ke dalam adunan dan terus kaup balik.
Masukkan adunan ke dalam loyang bulat saiz 9 inci dan bakar di dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170C selama 1 jam atau sehingga kek masak. Sekiranya ingin membakar menggunakan 2 loyang yang sama besar, bahagi adunan kepada 2 bahagian yang sama banyak dan bakar pada suhu 170C selama 20-30 minit. Kami hanya membakar selama 25 minit untuk 2 loyang.
Setelah masak, biarkan kek sejuk di dalam loyang selama 10 minit. Kemudian keluarkan kek dan sejukkan sepenuhnya di atas redai.
Akhir sekali, balut kek dengan plastik dan simpan dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 1 jam atau sehingga semalaman untuk memudahkan proses menghias kek. (Kalau tak ikut langkah ni pun tak apa. Boleh saja terus menghias kek. Cuma langkah ni memang membantu).

Nota:
Cupcake dibakar selama 15 minit pada suhu 170'C.

Best Ever Cream Cheese Frosting
Sangat sedap dan saya sangat menyukai rasanya.

Bahan bahan:
8 oz cream cheese - sejuk
5 sudu besar butter - lembut (70.8 gm/2.5 oz)
2 sk vanilla extract
2 cawan gula ising - ayak

Putar cream cheese dengan butter dan vanilla extract sehingga sebati.
Sedikit demi sedikit, masukkan gula ising sehingga mencapai konsistensi dan kemanisan yang disukai.
Simpan di dalam peti sejuk sehingga agak stiff sebelum menggunakannya. Boleh disimpan di dalam peti sejuk sehingga 3 hari.

 

Tuesday, May 20, 2014

Kek Karot Nana Ain

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Saya buat kek ni minggu lepas. Dalam satu2 masa tu entah datang angin apa asyik nak makan kek aje. Oleh sebab saya ni suka sangat makan kek lobak merah dengan frosting krim keju maka saya try google resepi untuk cuba yang lain pulak. Resepi heavenly carrot cake tu memang sedap dan ngam dengan saya tapi ni saja nk cuba resepi lain pulak.

Rasa kek ni agak lain sikit dari resepi biasa tapi masah boleh diterima. Dengan lobak merah, nenas dan walnut off course la hasilnya super duper rich dan sedap. Cuma agak tak puas hati sikit dengan oven kat rumah...rasa tak reti nak set masa dan suhu. Tengok sajalah kek tu agak hangit di bahagian atas.

Pastu nak ambil gambar pun satu hal... kejap lawa kejap tidak sampai betul2 xde mood nak snap. Tapi sebab kek ni baru cuba tempek la jugak sekeping. Untuk frosting tu saya buat separuh je...

 Tq Kak Azie kerana sudi berkongsi resepi ni. In sha Allah next time boleh cuba..



KEK KAROT NANA AIN
Resepi : Azie Kitchen

Bahan bahan
1 1/4 cawan minyak jagung
4 biji telur
120 gram gula castor
120 gram gula perang
100 gram walnut
250 gram tepung gandum
1 sudu kecil baking soda
1/4 sudu kecil garam
1/4 sudu kecil serbuk kayu manis
1 1/2 cawan karot parut
1 cawan kismis

Cream Cheese:
120 gram gula
250 gram cream cheese
120 gram unsalted butter
Semua bahan dicampur dengan dipukul hingga kembang.

Cara cara
1.  Pukul telur dengan gula hingga kembang. Masukkan minyak, kacau rata. 
2. Masukkan tepung gandum, baking soda, serbuk kayu manis dan garam.
3.  Masukkan karot, walnut dan kismis.
4.  Tuangkan dalam acuan. Bakar selama 45 minit pada suhu 180C.
5.  Sapukan cream cheese apabila kek telah sejuk. 

 

Friday, May 9, 2014

Heavenly Carrot Cake

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Carrot cake dan RVC adalah kek yang saya suka. Bila sebut saja kek, saya agak memilih. Hanya kek tertantu sahaja. Yang pasti kek dengan aising cream cheese menjadi pilihan, seperti juga Encik Paris (Cinta@Aloyah Cafe) yang sangat sukakan kek berkeju. Selain kek bercream cheese, kek yang berkacang juga menjadi pilihan saya. Kena kek yang ada almond ke... macadamia ke... walnut ke... memang payah sikit saya nak tolak. Jadi bertepatanlah dengan heavenly carrot cake yang saya buat ni.

Tahun ni rasanya belum lagi buat ke yang beriya-iya. Entah la, mood membaking dah ke Laut Andaman agaknya. Cuma baru2 ni rasa sangat nak makan kek bercream cheese, jadi dah tentulah saya buat carrot cake sebab semua bahan dah ada. Nenas dalam tin dari tahun lepas lagi beli, nampaknya baru tahun ni saya gunakan. T_T


Resepi ni jugak memang dah selalu saya gunakan bila rasa nak makan carrot cake. Penyediaan yang mudah di samping bahan2 asas yang sentiasa ada di rumah memikat saya. Rasanya tak usah cakap, memang semua dah tahu. Saya kira kebanyakan blogger dah pernah buat kek ni kan.

Kali ni saya sengaja buat dalam loyang yang agak besar, sebab taknak dapat kek yang tinggi. Barulah meriah dengan topping cheese. Bila dah sejuk saya potong kecil2, mouth bite supaya senang. Masa nak bancuh topping tu, aishhhh butter lak takde, jadi saya pepandai sendiri lah oter, gunakan susu cair, eh menjadi pulak!

Bila dah potong kecil2 tu, dapat banyak jugak. Boleh la saya bagi pada member, dan separuh lagi saya bawa balik kampung, yang pada akhirnya hanya saya seorang yang habiskan. Nak buat macam mana, dekat kampung kalau kek pisang cepat la laku...

Apapun, saya copy semula resepinya untuk rujukan akan datang..

[Sila abaikan jari jemari yang sihat lagi gebu itu ya...]

HEAVENLY CARROT CAKE
Resepi : Kak Ida
Sumber : DTS

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 cawan tepung gandum*
1 camca teh baking powder*
1/2 camca teh soda bicarbonate*
1/2 camca teh garam halus*
1 1/4 camca teh serbuk kulit kayu manis*(*disatukan dan diayak)
2 biji telur gred "A"
3/4 cawan minyak jagung
1/2 cawan gula perang @ soft brown sugar (resipi asal guna 1 cawan gula kastor)
1 1/4 cawan parutan lobak merah, perah sedikit airnya
1/2 cawan nenas dalam tin, toskan dan cincang kasar
1/2 cawan kelapa kering
1/2 cawan kacang walnut, cincang

BAHAN CREAM CHEESE TOPING :-)
70 g mentega tanpa garam
125 g cream cheese
1 camca teh esen vanilla
1 1/2 camca besar gula aising, diayak

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 175C, lenser tin bulat berukuran 8 inci dengan sedikit minyak, alas dasar tin dengan kertas minyak. Walnut digoreng tanpa minyak hingga wangi, angkat dan ketepikan. Kelapa kering juga digoreng tanpa minyak hingga harum, tapi jangan sampai hangus, kasi perang sedikit saja, angkat dan ketepikan.
  2. Dalam satu bekas, masukkan telur, minyak jagung dan gula, kacau dengan whisk hingga rata, sebati dan gula hancur (kurang lebih 3 - 4 minit). Masukkan bahan2 diayak tadi dan gaul perlahan hingga sebati, gunakan spatula.
  3. Masukkan nenas, lobak merah parut, kelapa kering dan walnut tadi. Gaul rata menggunakan spatula hingga mesra. Tuang dalam tin dan bakar selama 55 minit - 1 jam atau hingga masak.
  4. Sejukkan kek atas jaringan sebelum disapu dengan cream cheese dan hias ikut suka. Simpan kek dalam peti sejuk jika tidah habis dimakan...
  5. UNTUK CREAM CHEESE :- Putar cream cheese dan mentega hingga sebati, masukkan gula aising dan esen vanilla, terus memutar hingga gebu dan halus. Gunakan kelajuan sederhana...Boleh sapu atas kek tadi dan hias ikut suka.