Thursday, October 18, 2018

Snow Cheese Leleh

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Personally saya lebih sukakan kek snow cheese leleh berbanding kek coklat leleh. Tapi itu bukan problem pun sebab setiap orang ada citarasa sendiri. Memasing punya hal lah tu. Jangan sentap pulak dengan statement ni eh.

SCL ni saya buat sekali dengan CCL. Saja nak try sebab kebetulan ada anak buah jadi tukang makan tu ada. Kalau nak harapkan buat hari biasa memang malas sikit sebab malas nak makan banyak-banyak. Rupa rupanya diorang pun sukakan kek ni berbanding CCL.


Untuk kejadian kali pertama ni memang tak berapa nak jelita sangatlah. Maklumlah baru pertama kali buat kan... Parutan cheese di atas pun agak kasar sebab tak ada grater yang halus. Rasa macam dah pernah beli tapi missing in action pulak. Saya buat kek ni dalam bekas aluminum je, buat individu sebab senang nak makan, lenkalilah buat kek sebijik, nak jugak try.





Sesudu yang di sudu. Memng laris betul kek ni. Rasa dia tak la manis terancam, pastu tak berapa muak. Kek pulak sedang sedang elok aje. Cuma yang saya buat ni jadi agak berat sebab terlebih letak kek dalam adunan. Pasni kena kurangkan sikit.



Overall, saya memang berpuas hati dengan resepi ni, cuma nak jugak cuba resepi yang lain sebagai perbandingan. Tengoklah bila ada masa dan keinginan boleh buat semula. Tq ya...



RESEPI SHOW CHEESE CAKE / KEK KEJU MELELEH
 Resepi : Husna's Life

Bahan-bahan :

Untuk kek 
-100 g tepung hongkong (husna guna tepung gandum)*
-60 g tepung jagung*
-1 sudu kecil baking powder*
-1 sudu besar ovalette
-100 g gula kastor
-4 biji telur (husna guna telur gred a)
-2 biji kuning telur
-50 ml air sejuk (air dari peti sejuk)
-75 g mentega cair
-sedikit esen vanilla

Cara :
1.ayakkan dahulu bahan yg bertanda *.
2.campur semua bahan di atas kecuali mentega cair. Pukul high speed sampai gebu baru masukkan mentega cair.
3.sediakan acuan yg telah dialas dgn kertas minyak atau yg telah disapu dengan sedikit butter.
4.bakar dalam oven pada suhu 150c selama 45minit. Guna api atas dan bawah.

Untuk krim
-250 g cream cheese
-120 g susu pekat manis
- 50 ml uht whipping cream
(satukan ketiga bahan & putar sehingga tidak berketul-ketul)

Untuk topping
-1 buku himelt cheese dalam 250g (sesuai untuk snow cheese cake, roti, sandwich, burger dan pelbagai kegunaan kerana ianya adalah 'heat stable cheese')
(parut.. Dicadangkan parut halus supaya kek tidak muak ketika dimakan)

Cara penyediaan :
1.kek yg dimasak tadi sejukkan dulu kemudian bahagi kepada 2 bahagian, husna bahagikan kepada 2 bahagian guna benang.
2.sapukan krim cheese di atas separuh kek tadi, kemudian letakkan sebahagian lagi kek di atasnya.
3.sapukan lebihan krim cheese sehingga menutupi seluruh kek.
4.akhir sekali, taburkan himelt cheese yg telah diparut tadi keseluruh kek sebagai topping.
5.sebelum di makan.. Masukkan dalam peti ais dulu yee.. Dalam 1-2 jam. Lepas tu baru potong.


 "Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau lapangkanlah dadaku, tenangkanlah fikiranku dan permudahkanlah segala urusanku.... Amin"

10 comments:

  1. Lama dah tak buat kek cheese ni boleh try ambik semangat baru hehe

    ReplyDelete
  2. Artikel Yang Bagus Gan Mohon izin Comment nya ^_^

    BOLA PELANGI - BANDAR MIX PARLAY TERBESAR DI INDONESIA HANYA DENGAN 1 USER ID SUDAH BISA BERMAIN SEMUA GAME.
    Join US ! klik link di bawah ini ☟

    Prediksi Bola dan Togel.
    Bola Online
    Mix Parlay
    Bola Jalan
    Bandar Bola

    ReplyDelete
  3. Awesome blo. Explore photo and video images on Instagram, latest posts and popular posts about Pikdo.

    ReplyDelete
  4. Jom cuba 5 resepi Rendang Daging yang lazat untuk hidangan pagi raya anda Bersama
    Ketupat Palas

    ReplyDelete
  5. I just like the helpful information you provide on your articles. I will bookmark your blog and take a look at again right here regularly. I am reasonably sure I’ll learn lots of new stuff right right here! Best of luck for the next!
    Careerry
    Careerry Jobs Update
    Jobs Update
    Career Alert

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]