Monday, October 22, 2018

Makan Kulit Lembu??

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Ok, meh sini nak cerita. Pernah makan ke idok kulit lembu? Haa, iyalah kulit lembu atau perkataan yang lebih sopannya adalah belulang lembu. Apa? Boleh makan? Eh memang la boleh makan sebab itulah saya upkan di sini.

Yang sebenarnya kalau dekat Indonesia kulit lembu ni memang diorang makan, samada di masak gulai / sup boleh juga diproses buat keropok. Kebetulan raya Haji tahun lepas 2017 ada sorang abang ni proses belulang lembu tu dibuat sup dan dibawa makan makan di surau dekat kampung. Masa tu la semuanya kepelikan, tapi habis licin sup yang disediakan. Rupa rupanya sedap wehh, macam sup kaki gittew.


Yang ni saya buat air asam sama macam air asam kaki lembu seperti yang pernah saya updatekan dibawah label EKSOTIK.

Nak dijadikan cerita, semasa Aidiladha 2018 baru baru ni, saya dan abang sesaja nak try proses kulit lembu yang ada di rumah (kebetulan ayah saya buat korban). Tak banyak la, dalam sekeping aje, tapi bila dah siap timbang timbang semua dalam 3 kilo jugak rupa rupanya.

Cara dia macam ni...





Kulit lembu yang telah dilapah tu di sidai macam sidai kain biasa korang buat pagi pagi tu la. Pilih bahagian mana yang nak diproses. Kami pilih bahagian di bawah dagu lembu sebab kat situ masih ada banyak daging tertinggal selepas di lapah. Ok kenapa nak sidai? Sebab kalau buat di lantai, atau bentangkan macam tu saja kulit tu akan bergelulung dan menyukarkan kerja kerja mengikis.

Kendian kulit lembu tu dibakar dan di kikis. Masa tu abang saya yang bakar menggunakan hand torch dan saya kikis menggunakan pisau. Ulang ulang ulang ulang ulang langkah ni sampailah bulu tu habis tertanggal. Iyalah, mana ada orang yang nak makan kulit lembu yang masih berbulu kan???

Tapi kalau ikutkan kata abang tu buat, dia rebus dulu kulit lembu tu, kemudian cukur.... guna pencukur pisau gillette tu okeh, macam nak cukur janggut tu la...kiranya langkah ni diulang ulang sampailah habis bulu tu dikikis kemudian baru dibakar. Masa tu abang ni buat banyak, tak silap saya lebih sekeping kulit lembu, jadi makan masa 2 3 hari jugak nak menyiapkannya. Benefit bila buat macam ni adalah, bau "lembu" tu dah berkurang sebab dah direbus 2 3 kali, manakala cara yang abang dan saya buat tu kena rebus selepas siap dipotong untuk menghilangkan baunya.


Ok bila dah siap kikis dan bakar tu semua, total masa dalam 2 jam gitu, smpai saya naik pening dek bau lembu, (sampai saya pun rasa dah berbau lembu) barulah kulit tu dipotong. Nak memotongnya pun subhanallah memang azab la woiii...macam kau nak potong tayar lori kekdahnya. Nak pakai pisau biasa memang hareeemmmm la, nak pakai gunting sakit jari dibuatnya. Jadi saya menggunakan pisau potong ayam yang besar tu, nasib baik tak terbelah papan pemotong. Kira memang melepas perasaan sungguh la cincang kulit lembu tu sekuat hati.


Ok bila dah siap potong kecik kecik tu bolehlah direbus. Ingat ya jangan potong besar sangat sebab bila rebus dia akan kembang. Macam saya ni rebus agak besar jadi kena tengok satu satu dan potong semula pada saiz yang sesuai. Pastu kau takdelah seram sangat nak makan...

Untuk merebus kulit ni saya leburkan aje dalam NOXXA, HP selama 45 dan hasilnya memang lembut dan mudah nak makan. Kalau kata guna dapur gas atau dapur kayu tak tahulah berapa lama nak empuk.

Yang silapnya masa saya buat ni, saya terus gaul dengan rempah air asam bila dah siap rebus. Sepatutnya saya rebus dalam 2-3 kali untuk menghilangkan baunya. Jadi air asam yang saya buat tu agak berbau sikit. So saya bilas semula air asam yang dah siap tu, rebus semula 2 kali sekali dengan serai baru dibuat hidangan yang baru. Errrr, faham tak?? Buat buatlah faham ya..

Yang selebihnya kulit lembu tu difrozenkan (yang sudah siap rebus),, sebab senang nak masak lain kali. Macam yang saya buat ni lebihan tu buat sup dan makan di surau. Rupa rupanya ramai yang suka dan makan bertambah, cuma nak memprosesnya tu tak berapa ramai yang mahu. Jadi itulah sedikit pengalaman saya dalam menyediakan kulit lembu sebagai satu juadah eksotik. Lain kali kalau ada kerajinan nak buat bolehlah masak lemak cili padi pulak. Gittew...


 "Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau lapangkanlah dadaku, tenangkanlah fikiranku dan permudahkanlah segala urusanku.... Amin"

3 comments:

  1. Singgah sini ni macam kita makan kat bahagian kaki lembu tu kan,, sedapnya air asam

    ReplyDelete
  2. mmg sedap kak, selalu klu kt kampung msk lemak cili api, atau msk tumis pedas2....
    mmg tak sedar mkn sampai bertambah2... rasa kenyal2 dia tu yg best

    ReplyDelete
  3. Akk x makan.. ehh masih lagi update blog ya

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]