Showing posts with label Laksa / laksam. Show all posts
Showing posts with label Laksa / laksam. Show all posts

Tuesday, November 18, 2014

Laksa Utara

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Teringin betul nak makan laksa. Dekat CH ni sebenarnya tak banyak pilihan makanan yang ada, mungkin kalau area Brinchang atau Tanah Rata mungkin ada, tapi kalau dekat Kampung Raja ni pilihannya adalah buat sendiri di rumah. Mujur jugak masih ada laksa kampung kering, ikan yang dibawa dari rumah pun masih ada, jadi ting tong sana sini, maka di satu petang yang aman damai terhasillah laksa utara hasil pencarian di Google.



Wednesday, April 30, 2014

Laksa Johor

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Ini kes terliur tengok Tun Telani buat. Haish bahaya betul berblog ni kan, tengok orang buat kita pun rasa nak buat jugak. Bukan apa, kebetulan bahan-bahan memang ada kat rumah. Walaupun tak la sempurna sangat, tapi oklah untuk makan sendiri dan melepaskan kempunan... Kalau ikutkan saya tak berapa suka laksa Johor, tapi buat jugaklah kerana terliur.


Saya gunakan sepenuhnya ikan kembung rebus. Kalau tengok kuah tu memang pekat abes sebab ikan memang banyak. Saya malas nak ulang makan, ini saya buat makan sekali je. Nak kata sedap macam laksa Johor ori tu tidaklah, tapi rasanya tu ada. In case kalau nak ngelakkan mulut berair lepas laaaa.....

Cuma peliknya bila laksa Johor ni dimakan dengan spagetti. Kenapa ya? Ada tak yang tahu apa asal-usulnya? Kalau biasa guna laksa putih tu... tapi tak ngapalah, budaya tiap negeri kan berbeza, jadi layannnn. Saya dah copy resepinya kalau nak buat lain kali...



LAKSA JOHOR
Resepi: Chahaya Sheila
Sumber : Ummi @ Home Sweet Home, tun_telani

Bahan:-
500 gram ikan parang (akak guna ikan tenggiri) - tun pemalas guna Sardin Adabi
200 gram udang (buang kulit dan bersihkan, kulitnya nnt dikisar)
1 sudu besar udang kering (rendam air panas kejap dan toskan)
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih (bahan * dikisar bersama guna sedikit air rebusan ikan)
1/2 inci lengkuas - dihiris (akak ketuk je)
3 batang serai - dititik
50 gram rempah kari seafood Mak Siti (*akak guna rempah ikan Adabi je)
400 ml santan (guna santan kotak je mcm Sheila..hehe)
2 sudu besar kerisek
1 - 2 keping asam gelugur
Air secukupnya
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis
1 inci kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
beberapa kuntum bunga kantan
daun kesum secukupnya
1 paket spaghetti

Bahan hiasan:-
daun pudina - akak x letak
sedikit taugeh - akak x letak ni, anak2 xnak
2 - 3 tangkai kacang panjang - potong halus
5 - 6 biji limau kasturi - belah dua
bawang besar - dipotong nipis bulat
timun - dipotong bulat (tengok cara di blog Sheila) - tun sagat je
cili merah dan sedikit belacan untuk sambal belacan

Cara Memasak:-
Rebus ikan yang telah dibersihkan hingga ikan masak. Angkat dan toskan, jangan buang air ikan. Sejukkan dan asingkan isi dan tulangnya.
Kisar isi ikan dengan isi udang hingga halus menggunakan air rebusan secukupnya.
Lebihan air rebusan pula dikisar dengan tulang ikan dan kulit udang yang telah bersihkan untuk mendapatkan stoknya. Ketepikan.
Bancuh rempah kari bersama sedikit air untuk jadikan pes dan ketepikan.
Panaskan minyak dalam periuk dan tumiskan serai yang dititik bersama kulit kayu manis dan bunga lawang hingga naik bau.
Kemudian masukkan bahan bumbu yang telah dikisar dan kacau hingga garing sebentar.
Masukkan rempah kari dan sedikit garam dulu dan kacau masak dengan api perlahan hingga naik minyak (tujuan memasukkan sedikit garam dulu adalah untuk mendapatkan rupa rempah yang cantik kemerahan dan rempah tidak mudah hangus).
Masak rempah hingga betul-betul masak baru dimasukkan isi ikan dan udang yang dikisar tadi beserta stok air rebusan tadi.
Masukkan asam keping dan lengkuas. Biar rempah masak dan sebati seketika dengan bahan-bahan.
Kemudian masukkan santan dan kerisek. Masukkan juga bunga kantan dan daun kesum. Boleh juga ditambah air mengikut kehendak masing-masing. (*nota - kuah laksa ini lebih sedap jika ianya pekat sedikit, baru kick kata Sheila...hehe)
Masukkan garam secukup rasa dan seimbangkan rasanya. Reneh sebentar kuah dengan api perlahan agar bahan sebati dan kuah nampak berminyak kemerahan. Bolehlah tutup api dan sedia untuk dihidangkan dengan spaghetti dan bahan2 hiasan.

SPAGHETTI : Sediakan air secukupnya dan didihkan. Bila mendidih masukkan sedikit garam kasar dan beberapa titisan minyak zaitun. Masukkan spaghetti dan masak hingga spaghetti lembut lebih kurang 8 - 10 minit. Toskan dan gaul dengan sedikit minyak zaitun atau margerin agar spaghetti tidak mengeras.

HIDANGAN : Letak spaghetti dalam pinggan/mangkuk sesuai, letakkan kuahnya dan hias dengan bahan-bahan yang dihiris tadi beserta sambal belacan dan limau kasturi
 

Monday, September 23, 2013

Resepi Laksam (II)

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Selamat hari Isnin. Selamat memulakan kerja. Nampaknya kerja hari ini dimulakan dengan keadaan yang tiba-tiba sahaja selsema.

Sebenarnya bila nak buat laksam, bagus jika kita ada resepi yang tepat supaya kita tak perlu mengubah apa-apa dalam adunan. Kadang-kadang ia terlembik, kadang-kadang terkeras. dan jika ini berlaku kita akan bazirkan 2 3 keping sebelum dapat yang betul-betul puas hati. Untuk satu resepi yang pernah saya kongsikan sebelum ini boleh klik di sini

Jadi di sini sanya ingin nak kongsi satu lagi resepi menghasilkan laksam. Tang kuahnya tak perlulah, yang itu boleh disediakan sendiri. Selalunya saya hanya guna santan, ikan rebus, bawang putih, lada hitam dan asam keping.


Saya dapat resepi ini daripada teman serumah. Dah dua kali saya buat, memang hasilnya sangat memuaskan. Pertama kali buat terus menjadi. Kata beliau, ini adalah resepi emaknya yang sebelum ini menjual laksam di kampung. Satu lagi petua yang dikongsi, sekiranya kita buat laksam tu malam dan mahu dimakan keesokannya, sebaik sahaja tutup periuk diangkat dari kukusan, kita letakkan secara tegak (berdiri) bagi membolehkan air yang tertinggal di atasnya terkeluar. Bila dah agak suam barulah digulung dan elakkan menyentuh dengan tangan.

Tengok sajalah hasil di atas tu. Saya buat di kampung, jadi gambarnya adalah melalui telefon sahaja. Daripada sukatan yang disediakan tu, boleh la diejas dengan berapa besar bekas yang diguna. Jadi sape-sape yang nak cuba try tu silakanlah... Resepinya seperti di bawah.

Kalau makan laksam, cuba masukkan sedikit belacan...sedappppp!!



RESEPI LAKSAM
Resepi : Cik Rosliha Halim

Bahan-bahan :
3 cawan tepung beras
5 cawan air
2 sudu besar (mumbung) tepung gandum
4 sudu besar minyak masak saya tambah

Cara membuatnya :
Campurkan semua bahan ke dalam mangkuk besar
Kacau hingga sebati dan tepung tidak berketul
Tapis
Bolehlah mula melapis
Pastikan air dalam kukusan telah menggelegak semasa proses mengukus laksam
Untuk memastikan laksam tidak melekat, boleh panaskan dulu tutup periuk / bekas di dalam kukusan sebelum dituangkan dengan adunan

Saturday, February 16, 2013

Penang Assam Laksa

 
 
Salam sayang semua... Salam hari Sabtu kepada yang bercuti hari ini. Masa n3 ni keluar cheq sue dah dalam perjalanan balik ke CH, cukuplah seminggu lebih kurang berada di kampung, menternak lemak dan dok bangun tidur. Ingat nak balik hari Ahad, tetapi Isnin kena ke KL berkursus, terpaksalah balik awal sehari untuk menyediakan 'buah tangan' untuk anak-anak pelajar yang akan ditinggalkan.
 
Update : Alhamdulillah dah selamat sampai ke rumah...
 
Jadi terus saja ke resepi yang dah agak lama cheq sue buat. Kalau diikutkan memang selalu je buat laksa penang, tapi jarang benar menggunakan resepi. Bahan-bahan main taruk aje, letak semua dalam blender dan kisar. Tapi kali ni saja nak buat ikut resepi, yang dikecah di Dapur Tanpa Sempadan. Istimewanya resepi laksa ni sebab ianya menggunakan serai. Selalu cheq sue tak pernah letak serai, kira2 ni resepi baru lah..
 
Walaupun begitu, laksa ni kalau dilihat dari gambarnya memang tak cukup kawan, ulam yang ada hanya nenas dan daun selom. Sebelum ni cheq sue tak pernah guna selom sebagai ulam laksa atau laksam, kira2 macam pelik jugaklah. Mungkin kalau orang belah2 'luar' dah biasa kot agaknya. Walau apapun, pada cheq sue laksa ni memang sedap dan sangat menyelerakan. Pekena pulak dengan telur puyuh, aduhhhhh tak sedar asyik menyuap je.
 
Terima kasih pada Che Mat yang berkongsi resepi ni. InsyaAllah akan dicuba lagi selepas ini. Wassalam.
 
PENANG ASSAM LAKSA
Resepi : Che Mat @ DTS

BAHAN - BAHAN KUAH:-)
1 kg ikan kembong (mat guna kembong batu)
1 tin kecil ikan sardine "cap ayam"
20 biji cili kering, kerat2, cuci dan rendam dalam air panas dan toskan*
5 biji cili merah*
6 biji bawang merah*
1 biji bawang besar*
1 batang serai, dihiris*
1 cm lengkuas*
30 g belacan*(*dikisar halus)
2 kuntum bunga kantan, belah 2 setiap kuntum
1 cawan nenas yang didadu halus
1 genggam daun pudina
1 genggam daun kesom
3 keping asam gelugor
20 g asam jawa + 1 cawan air, ramas dan tapis jusnya
Air secukupnya (ikut suka hati masing2 nak byk mana)
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN LAIN :-)
Mee laksa, kalau guna yang kering, rendam 1 - 2 jam, rebus lembut, tos, cuci dgn air paip dan toskan.
Hirisan daun kesom
Hirisan daun salad
Hirisan daun selom
Hirisan cili padi
Hirisan timun (potong bentuk jejari halus)
Hirisan bawang besar
Hirisan bunga kantan (kalau suka)
Belahan limau kasturi
Petis secukupnya

CARA MEMBUATNYA :-)
UNTUK KUAH :- Ikan kembong disiang, cuci bersih dan rebus hingga masak. Keluarkan ikan, asingkan isi dan tulangnya. Kisar tulang2 ikan tadi dan tapis, ketepikan. Ikan sardine, diasingkan dari sosnya, cuci ikan tadi dan lecek hancur, buat sama dengan isi ikan kembong tadi. Air rebusan ikan tadi ditapis ke dalam periuk, masukkan bahan kisar halus, nenas, air dari kisaran tulang ikan dan isi ikan tadi. Masak hingga mendidih dan masukkan jus asam jawa, asam gelugor dan air secukupnya. Tambah belahan bunga kantan dan daun kesom. Masak dengan api perlahan selama 45 - 60 minit. Tambah air jika perlu. Akhir sekali masukkan daun pudina dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Biar mendidih 2 - 3 minit lagi, rasa dan jika ok boleh matikan api.

UNTUK LAKSA ASSAM PENANG :- Masukkan mee laksa secukupnya dalam mangkuk sesuai, tuang kuah laksa tadi (pastikan kacau dulu sebelum tuang) secukupnya. Hias dengan bahan2 lain sebagai pelengkap dan diakhiri dengan 1/2 camca besar petis udang sebagai penambat selera....Hmmm sedap nihh...masa dok tulis ni pun, asyik terliurr jee...ahhh.. tak relaaa!!!!!!

Stylish Thankyou

Friday, April 20, 2012

Laksa Goreng




 
 
Camana?
Rupa2nya laksa goreng ni sedap jugak
Laksa ni sebenarnya lebihan di n3 ni
Bila dah ada lebih tu, nak buang sayang
Nak buat laksa kuah lain malas sebab sikit sangat
Bila ushar2 cheq sue cuba goreng untuk bekal ke sekolah
Nak tengok kat tenet lappy tengah xde masa tu

 





 
Cara nak menggoreng nya tu terpulang la masing2 punya idea
Yang cheq sue buat ni simple aje
Agak2 macam masak mee kuning tu
Cuma bila guna laksa ni rasa dia macam ala-ala kuetiau sikit

Kalau korang tak percaya sila la cuba sendiri



Cheq sue bagi idea aje la ye ni
Layannnn....
@^@
Wassalam...

Monday, April 16, 2012

Laksa & Laksam ~ Kuah Lemak



 
 
Laksam & laksa ni saya buat sarapan pagi semalam
Sambil nak menghabiskan ikan yang dah berganti minggu
Tak banyak pun buatnya
Laksam tu guna tepung beras dalam 1 cawan je
Dapat la makan dua beradik
Laksa tu pulak cheq sue rebus yang segera
Tapi bukan laksa yang biasa kita makan tu
Kat peket dia tulis LAKSA KAMPUNG
Bila direbus saiz dia tak la besar dan rasanya lain sikit dari yang selalu
Kira2 memang sesuai la nak pekena dengan kuah lemak ni
Ye la, kalau guna yang peket biasa tu dia besar sikit kan, pastu licin pulak
 
 Tapi suka diingatkan, apa yang cheq sue kongsi disini adalah versi yang mudah2 aje
Pastu hasilnya pun tak banyak, ulam2 xde, sambal pun xde
Mana-mana yang ada ajelah
Yelah, nak makan pun kita sendiri, malas nak beriya-iya
Harapnya boleh la menjadi panduan pada yang mahu berjinak2 membuat laksam
Cheq sue ada tgk Nani dan Kak Amie buat laksam pagi semalam
Bolehlah tengok kat link tu ya
Wassalam...





LAKSA, LAKSAM & KUAH LEMAK
 Resepi : Cheq Sue
 
Bahan-bahan :
1 cawan tepung beras
1 1/2 cawan air
1 sb minyak masak
 
Cara-cara :
Bancuh air dengan tepung beras hingga sebati
Tapis dan masukkan minyak
Panaskan kukusan, dan mulalah mengukus laksam
Pastikan sapu sedikit minyak pada tutup periuk 
Setiap kepingan lebih kurang 4 5 minit aje, bila buka tutup tu nampak menggelembung dah masak la 
Siapkan sehingga habis
 
* Yang cheq sue buat ni dapat 8 keping laksam, guna tudung periuk kecik

KUAH LEMAK
Resepi : Cheq Sue

Bahan-bahan : 
6 ekor ikan selayang rebus
2 biji bawang besar
1 sk lada hitam
2 cawan santan - sederhana pekat
1 keping asam gelugur (kecil)
Gula & garam secukupnya

Cara-cara :
Blendkan @ tumbuk halus semua bahan  kecuali santan @ asam gelugur
Masukkan bahan yang ditumbuk ke dalam periuk dan campur dengan santan. Masukkan juga asam gelugur
Masak hingga mendidih, jangan lupa kacau selalu supaya santan tak pecah minyak
Perasakan dengan gula dan garam

Sunday, October 23, 2011

Cerita Laksam

Assalamualaikum & salam sejahtera


Sarapan apa pagi ni? Haaaa...belum bangun lagi? amboi amboi amboi, mentang2 la hari ni Ahad, korang pulun tidoq ye.. Cheq sue pagi ni ada urusan sikit di Pasir Puteh, kalau tak time ni tengah berlingkau lagi. Okeh, bila cerita tentang laksam ni cheq sue pasti ramai yang dah tahu buat. Ada banyak resepi yang dah dikongsi di internet ataupun yang diwarisi dari keluarga. Cheq sue buat laksam ni petang semalam, dan ada lagi ntuk sarapan pagi ni.

Ooooooo bukan...bukan. Cheq sue tukang kukus aje, adunan tu bonda yang buat. Apa yang nak dikongsikan di sini adalah... orang tua2 dulu masak xde resepi pun kan? Macam buat laksam ni. Bila tanya berapa sukatan air dan tepung, dia kata agak2 aje...aikkkkk... xde sukatan yang tepat ke? Kita orang moden ni kalau nak buat apa2 tu sibuklah nak sukatan bagai, kalau boleh nak dalam cawan2 supaya senang. Eh eh eh.... Sebab tu la kadang2 bila masak cheq sue pun main agak2 aje...kalau nak dapatkan laksam yang terbaik, yang cantik tu agaknya pada gulungan yang penghabisan. Apa taknya, kejap tambah tepung, kejap tambah air...

Untuk membuat laksam ni pulak, ada yang tambah tepung gandum, ada jugak masukkan sedikit tepung ubi atau tepung jagung...terpulanglah pada resepi masing2... Kalau cheq sue selalunya masuk tepung beras aje, kalau orang nak niaga tu kena la buat lawa2 sikit. Setakat nak makan seisi keluarga atau perut sendiri ikut suka ajelah... Tapi kan, kalau kuah laksam @ laksa tu tak habis, korang boleh tambahkan cili giling dan buat sambal ikan pulak. Pernah cuba tak?

Mmmmmm jom makan laksam! Wassalam

Wednesday, October 5, 2011

Laksa Sarawak...Air Tangan Mek Kelate

Assalamualaikum & salam sejahtera


Akhirnya setelah beberapa ketika...semalam telah berjaya menghadiahkan diri sendiri dengan semangkuk laksa sarawak. Of kos la buat sendirik dear...itu pun berpandukan resepi yang dikongsi oleh Kak Dayang Jack di Sarawak nun. Kak Diana, Tun...jom la cuba!


Pertamanya memang xleh nak kata laksa tu sedap ke tidak sebab tak pernah lagi rasa macam mana laksa sarawak yang asli. Asyik2 laksa penang @ laksa lemak, jadi laksa sarawak yang dibikin semalam ni rasanya sedap pada hemat sendiri. Harap2 la rasanya menyamai ape yang ori di sarawak tu! Kata orang kalau pes laksa sarawak ni yang the best adalah keluaran Haji Manan...kite mengiyakan ajelah, x pernah tgk dan makan la katakan...

Rupa2nya penyediaan laksa sarawak ni teramat la senang. Kalau ada pes yang instant tu just campur aje dengan santan dan bahan2 lain untuk dibuat kuah. Kalau yang xde boleh la buat sendiri pesnya macam yang cheq sue buat ni. Masa tengah tumis tu baunya wangi sungguh. Cuma kuantiti serai cheq sue gunakan satu aje, itupun belen yang ada kat rumah. Tapi peliknya bila kata laksa, gunanya adalah mihun...macam tak berapa kena aje kan? Kalau cheq sue bila sebut laksa je mesti la laksa... agak2 kalau makan laksa sarawak ni dengan laksa betul sedap tak ye? He he he...


Ini pulak sambal udang kering yang di makan bersama laksa sarawak tu. Rasa dia memang sedap lah, masin udang tu melengkapkan set laksanya. Cara membuatnya tu memang sennag. Cheq sue blend aje semua dan tumis sehingga garing. Air asam jawa tu cheq sue tak masukkan pun... Kuantiti bahan2 ni cheq sue agak2 je campur tolak...
 

 
Nah...ini adalah set lengkap laksa sarawak yang telah cheq sue buat. Perghhhhh rasa2 macam syiokkk je makan semalam. Cuma satu kurangnya laksa ni agak kurang pedas (cheq sue guna cili kering yang tak pedas). Kalau kena yang pedas sikitttttttttttttttttttttttttttt je lagi memang perfect dah hasilnya. Bagi sape yang nak cuba...yang teringin nak rasa laksa sarawak tu bolehlah try resepi ni ye.... Wassalam...
 

LAKSA SARAWAK
Sumber : Kak Dayang Jack 

PES LAKSA SARAWAK

Bahan-bahan (anggaran 200 gm) :
  • 8 biji bawang merah*
  • 4 ulas bawang putih*
  • 10-12 tangkai cili kering*
  • 1 inci lengkuas*
  • 1 sk ketumbar
  • 1 sk jintan manis
  • 1 sk jintan putih
  • 3 biji buah keras*
  • 2-3 batang serai*
  • 1 inci belacan bakar*
  • 1/4 cawan kacang tanah (digoreng)
  • 1/4 cawan bijan (digoreng tanpa minyak)
  • sedikit garam
  • sedikit minyak utk menumis
Cara-cara :
  1. Kisar lumat bahan-bahan yang bertanda *.
  2. Bahan-bahan seperti jintan manis/putih, ketumbar, kacang tanah dan bijan dikisar/ditumbuk halus terlebih dahulu sebelum disatukan dengan baha-bahan bertanda *.
  3. Panaskan minyak. Tumis bahan-bahan tadi sehingga keperangan. Tambah garam dan sedikit gula. Kacau rata-rata.
  4. Simpan di dalam bekas yang bertutup dan masukkan ke dalam peti sejuk sekiranya ingin menyimpan lama.
LAKSA SARAWAK (RESEPI II)

Bahan-bahan (6-8 orang makan) :
  • 200 g pes atau perencah laksa (DJ guna pes laksa HJ Manan)
  • isi ayam secukupnya (direbus dan dicarik halus)
  • 1/2 kilo  udang basah 
  • 1 bungkus mihun (direndam dan dicelur)
  • 4 biji telur (didadarkan dan dihiris halus)
  • 2 batang serai (diketuk)
  • 200-250 ml santan pekat dalam sebiji kelapa je
  • garam dan gula secukup rasa
  • taugeh (dicelur)
  • sedikit daun ketumbar (diracik) ada sangat kat rumah, tapi malas nak amik kat luar
  • limau kasturi secukupnya (dibelah dua)
Cara-cara :
  1. Sediakan 2 liter air dalam periuk. Jerangkan. Kemudian masukkan udang yang sudah dibersihkan bersama serai. Rebus hingga udang masak. Kemudian toskan udang. Air rebusan tadi jangan dibuang. Sebaliknya masukkan pes laksa dan kacau menggunakan api perlahan. 
  2. Masukkan santan dan perasakan dengan garam dan sedikit gula.
  3. Masukkan mihun ke dalam mangkuk, letakkan bahan-bahan seperti taugeh, telur, daun ketumbar, isi ayam dan telur. Tuangkan kuahnya dan perahkan dengan limau kasturi. Hidangkan panas-panas. Untuk menyedapkan lagi rasanya, masukkan sedikit sambal udang kering. 
SAMBAL UDANG KERING

Bahan-bahan :
  • 6 biji bawang merah (dikisar)
  • 2 ulas bawang putih (dikisar)
  • sedikit belacan bakar (dikisar)
  • segenggam udang kering (dikisar/ditumbuk halus)
  • 4-5 sudu makan cili kisar/cili giling secukupnya 
  • sedikit air asam jawa
  • garam dan gula
Car-cara :
Tumiskan bahan-bahan kisar dan cili kisar tadi hingga pecah minyak. Perasakan dengan garam dan gula dan masukkan air asam jawa. Kacau hingga pekat.

Wednesday, July 6, 2011

Dan Jawapannya Adalah...............................


V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V


*LAKSA (PENANG)*

Peneka yang berjaya adalah....
Tahniah...
Rasi betul Normala ni ngan cheq sue
Dulu follower ke 100...
Nak hadiah tak???