Showing posts with label Nasi. Show all posts
Showing posts with label Nasi. Show all posts

Friday, October 9, 2015

Nasi Daging Utara NOXXA

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Ini resepi yang pertama saya masak menggunakan Cik NOXXA saya. Memang dup dap dup dap gittew alae pestime nak jumpa pakwe. He he he... Saya masak ni di kampung, kebetulan memang ada lebihan beras basmathi Pusa Gold Extra Panjang jadi sesuai sangatlah nak buat nasi tumis ni. Kalau nak buat dekat CH jenuh lak nak ngabeskannya..


Kejadian nasi yang sungguh ohsem. Masak just nice tak lembik atau keras. Lembut biji nasinya pun sangat berbeza jika dibandingkan dengan nasi yang dimasak menggunakan periuk biasa. Dengan daging yang di high pressure terbeih dahulu, memang lembut dan tak menyiksakan pagar saya nak menggigitnya.


Thursday, November 20, 2014

Nasi Halia

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Lama saya tak buat nasi tumis. Jangan kata nasi tumis, nasi biasa yang tak ditumis pun dah lama saya tak masak. Sejak banyak masa dihabiskan diluar, memang makan di kedai sajalah jawabnya. Tapi entah camana satu hari tu rasa nak makan nasi tumis, dan nasi halia ni dah lama saya nak cuba buat. Saya masak ni dengan menggunakan beras basmathi PUSA ya. Pertama kali guna ni... Errr, macam biasalah kalau buat nasi cenggini, masak sesikit udah la ya, saya masak dalam 1/2 cawan aje. Sekarang saya dah beli periuk nasik yang paling kecik tu, jadi senang la sikit kalau nak masak nasi dalam kuantiti tak banyak.



Monday, May 12, 2014

Nasi Dagang (Beras Merah) Versi Tanak

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Sesekali layan nasi dagang memang masyuk. Saya agak suka makan nasi dagang tapi kadang2 malas nak membuatnya sendiri. Nak kukus, kemudian arun santan lepas tu kukus balik macam renyah dan banyak kerja aje, sedangkan yang nak makannya sorang. Saya ada mencari resepi nasi dagang secara tanak tapi kebanyakannya menggunakan beras campur atau beras wangi. Jadi saya cuba ajelah try and error untuk menanak sendiri kerana saya menggunakan beras merah.


Dari dalam gambar, nampak nasi tu agak lembik. -_- Memang lembik pun sebab saya rendam agak lama sebab tak hingat, dok sibukkan benda dalam bilik lupa terus beras yang di rendam kat dapur. Patutnya bila tanak saya kurangkan sedikit santannya. Tak ngapalah, ini baru percubaan pertama, lepas ni dah tahu nak ejas kat mana.


Untuk resepinya lebih kurang sama saja dengan versi kukus, bezanya saya campur dalam santan masa nak masak tu je, ala lebih kurang masak nasi lemak lah. Rasanya tak berbeza dari versi kukus. Cuma kekdah penyediaan yang ini lebih senang dan tak guna banyak alatan. Lain kali boleh buat lagi lah versi tanak ni...

Kalau sapa yang nak cuba, resepinya saya kongsi di bawah ni..

 

NASI DAGANG (TANAK)
Resepi : Cheq Sue

Bahan-bahan :
1 cawan beras nasi dagang (beras merah) - rendam 1/2 jam
2 cawan santan sederhana pekat
2 biji bawang merah - mayang halus 
1 biji bawang putih - mayang halus
Sedikit halia - mayang halus
1 sk halba
Secubit garam

Cara membuatnya :
Satukan semua bahan ke dalam periuk nasi dan tanak seperti nasi biasa

Nota : untuk gulai ayam, saya buat ringkas sahaja, jadi takyah resepi la ekkkk...

Monday, January 27, 2014

Resepi Nasi Lemak Basmathi Tanak & Kukus

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Selain menggoreng mihun, nasi lemak adalah antara masakan yang selalu buat saya berdebar bila nak memasaknya. Bukan apa... kadang-kadang menjadi elok... kadang-kadang tak masak... kadang-kadang terlembik. Kalau nak masak sikit-sikit untuk makan sendiri tak ngapelah bila tak jadi tu. Kalau masak kat kampung awal-awal mek dah tanya pandai ke tak. Malu wehhh...


Baru-baru ni terasa nak makan nasi lemak. Nak beli macam tak kena dengan selera. Jadi saya buatlah sendiri dengan menggunakan beras basmathi. Tak banyak, dalam 1 cawan saja. Itu pun boleh makan 3 kali. Saya rendamkan terlebih dahulu beras dengan santan and the gang. Pastu baru saya tanak.

Konon-konon nak masak je atas dapur gas, sebab malas nak keluarkan rice cooker. Iyalah, 1 cawan sajakan, macam tak padan pulak dengan periuk yang agak besar. Bila dah masak atas dapur gas ni tahu-tahu sajalah. Walaupun guna api yang paling kecil, eh sekejap saja dah kering santannya sedangkan beras belum masak. Jadi nak tak nak saya ubahkan beras tu ke dalam loyang dan kukus. Nasi baik masaknya elok. Saya risau jugak kot tak menjadi. Rupa-rupanya rezeki hari tu nak makan nasi lemak kukus.

Bila beras basmathi direndamkan terlebih dahulu, ia agak lembut dan sedap, berbanding jika saya masak sebelum ini di mana saya lebihkan air dan tidak di rendam terlebih dahulu. Pasni boleh rendam dulu 30-45 minit. Baru sedap!

Tengok sajalah kejadian nasinya di dalam gambar. Walaupun tak cukup geng, tapi alhamdulillah sedap!


NASI LEMAK BASMATHI TANAK & KUKUS
Resepi : Cheq Sue

1 cawan beras Basmathi - saya guna Basmathi Moghul
2 cawan santan sederhana pekat - saya guna santan kotak + air
1 biji bawang putih - mayang
Sehiris halia - mayang
Sedikit halba
Sedikit garam
** kalau ada daun pandan boleh masuk sekali, saya tak ada

Bersihkan beras
Rendam dengan santan, halia, bawang putih, garam dan halba selama 30-45 minit
Tanak di atas api kecil
Bila agak kering pindahkan ke dalam loyang dan kukus sehingga masak. Anggaran 30 minit
Bila sudah masak boleh peroikan dengan garfu

Thursday, December 12, 2013

Resepi Nasi Kerabu Tumis

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Kembali ke dapur setelah menghabiskan n3 jalan-jalan dan jjcm ke PD dan Melaka. Oleh sebab sekarang lappy tengah masuk wad... saya up dulu n3 yang dah disaved dalam draft. Harapnya minggu depan dah boleh ambiklah.

Nasi kerabu, tipikal Kelantanese cuisine. Ewahhh... setiap Jumaat makan nasi kerabu di sekolah. Sebenarnya memang sudah nak dapatkan nasi kerabu yang sedap dan memenuhi selera kecuali yang dibuat sendiri. Jadi, apalagi? Moh la buat sendiri...

Saya buat ni dah lama... masa jaga SPM lagi. Selalunya kalau buat nasi kerabu tak refer resepi... hanya guna instinct dan hujung jari. Walaupun nampak renyah, susah dan banyak bahan tapi tak la begitu. Kalau 1st time buat memang rasa susah sikit.

Kebetulan masa ke rumah sepupu Mok Ja di Lojing ada banyak bunga telang. Dalam masa nak menjadi nasi kerabu sempat la jugak bunga tu berhibernate dalam freezer. Kalau x guna bunga telang pun boleh... gantikan aje dengan pewarna atau serbuk kunyit. Untuk kengkawannya pula terpulanglah. Sambal kelapa, tumis dan ulam tu memang wajib... lauknya terpulanglah pada kehendak sendiri... macam saya ni hanya goreng ikan celup tepung.

Dengan penuh kerajinan saya tuliskan semula resepi yang saya buat tu...


NASI KERABU TUMIS
Resepi : Cheq Sue

NASI
- beras + daun limau purut + air rendaman bunga telang + 1 serai (ketuk)
- tanak seperti biasa

SAMBAL KELAPA
- 1 biji kelapa (sangai)
- 5 ekor ikan (rebus dan keluarkan tulang, kemudian sangai tanpa minyak)
- bawang merah + lada hitam + halia + garam + gula

- tumbuk bawang + halia + lada hitam hingga lumat
- gaul dengan semua bahan yang lain dan tumbuk hingga sebati (kalau nak tumbuk dulu satu-satu kemudian baru gaul pun boleh
- perasakan dengan garam dan gula

TUMIS
- 1 kotak santan HARMONI
- bawang merah, bawang putih, halia, serai (hiris), cili kering
- serai ketuk, daun limau purut, budu, minyak masak, gula, garam

- blend bawang merah, bawang putih, halia, serai dan cili kering
- panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga wangi, garing dan naik bau
- masukkan santan (+ air), serai dan daun limau purut
- masak api perlahan sehingga naik minyak. Jangan lupa kacau sentiasa hingga ke dasar (jika minyak yang keluar agak banyak, boleh keluarkan)

IKAN CELUP TEPUNG
- ikan (kelar di tengah) - perap dengan sedikit garam
- bancuh 1 bahagian marjerin + 2 bahagian tepung dengan sedikit air
- celup dengan ikan dan goreng

ULAM-ULAMAN
- daun serai kayu, daun kesum, kubis, bunga kantan
- hiris halus dan gaulkan bersama
* boleh tambah ulam lain mengikut kehendak selera

Wednesday, October 16, 2013

Nasi Daging Berempah & Air Asam

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Dah lama sebenarnya nak cuba buat nasi daging te8tapi dari sehari ke sehari dagingnya tak beli-beli. Kalau ke  pasar malam tu asyik beli ayam je manjang. Jadi kebetulan pergi satu hari tu saya belilah seketul daging, kecil aje pun, dalam RM4 je. Tukang jual tu agaknya terkejut, dua kali juga dia tanya ini siapa punya.. Hiiii..

Seperti biasa jugak, bila saya buat nasi tumis, saya hanya menggunakan 1 pot / 1 cawan beras sahaja. Itu pun 2 3 kali makan jugak sebelum habis. Kalau diikutkan memang malas nak masak nasi ni tapi dah terkadang rasa nak makan, maka saya buatlah jugak. Tambah-tambah bila tengok Kak Ida buat, jadi saya gabungkan resepi Kak Fida dan resepi beliau.

Jadi, yang terhasil seperti di dalam gambar ni ha... Nasi agak terlembik, ada la tu silap di mana-mana. Air asam tu maveless, memang sedap sangat. InsyaAllah kalau ada lebih2 daging Aidiladha tu boleh la cuba pulak. TQ buat yang bekongsikan resepi.


NASI DAGING BEREMPAH

Bahan-bahan ( 8-10 orang )
1 kilo beras - basuh dan toskan
500 g daging - dipotong kecil dan bersihkan dan toskan.
1 cawan susu cair
1/2 cawan sos tomato
1/2 cawan sos cili
1 cawan minyak sapi (atau mentega/majerin/minyak sayur/miyak jagung)
Air secukupnya
daun sup dan daun bawang - dihiris
1 cawan bawang goreng
20 ulas bawang merah*
10 ulas bawang putih*
2 sb ketumbar biji*-disangar
2 sk jintan halus/putih*- disangar
1/2 jari halia*
2 sb kismis*
4 tangkai cili hijau*
Penumis : sedikit kayu manis,cengkih,pelaga
2 helai daun pandan - disimpul
2 batang serai - dititik

Cara-cara
Kisar bahan2 bertanda * hingga halus.Daging digoreng dahulu dengan sedikit minyak hingga berubah warna dan kering sedikit dan ketepikan.
Panaskan minyak dalam periuk dan tumis bahan penumis,daun pandan dan serai hingga wangi dan masukkan bahan2 kisar dan tumis hingga garing lalu masukkan daging goreng,jika ada air daging masukkan sekali.Masukkan pula sos tomato dan sos cili.
Masukkan secukup air dan masak hingga daging empuk lalu masukkan susu,kacau dan biar mendidih sebentar.Masukkan pula beras dan gaul rata.Apabila nasi hampir kering masukkan garam secukup rasa gaul lagi dan masak terus hingga nasi tanak.Tabur 1/2 bahagian daun sup,daun bawang dan 1/2 bahagian bawang goreng atas nasi dan tutup periuk.
Ketika menghidang,tabur lagi dengan lebihan daun sup daun bawang dan bawang goreng.

AIR ASAM
Sumber : Kak Ida (Resepi Kak DJ)

Bahan-bahan (4 orang makan)

2 biji bawang merah (dihiris)
1/2 labu bawang besar (dihiris)
1 biji tomato (dihiris dadu)
8-10 biji cili padi (dihiris)
2 biji cili merah (dihiris)
1 cawan air asam jawa (-/+)
sedikit serbuk belacan atau belacan bakar
sedikit garam, gula dan jus limau nipis/kasturi

Cara-cara :
Satukan semua bahan dan kacau sebati.( separuh ida blend, separuh hiris )
Hidangkan bersama nasi daging.

Note : Hari ni akan kembali semula ke CH... doakan saya selamat ya. Kita jumpa nanti di sana

Monday, September 9, 2013

Nasi Harissa

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera


Nampaknya blog CTS sepi sekali lagi. Hujung minggu lalu saya tak sempat keluarkan n3 kerana tuntutan masa yang tidak mengizinkan. Lagi pula boleh tahan sibuk menyemak kertas peperiksaan. Dan hari ni meskipun agak lewat... ingin saya kongsikan satu resepi yang saya dah cuba baru2 ini.

Saya memang suka makan nasi tumis. Kalau ada nasi yang agak pelik namanya, sedap rasanya memang saya teruja nak mencuba. Pada saya tak rugi kita cuba, kerana pada akhirnya kita juga yang akan merasa nikmatnya sesuatu makanan itu. Mungkin secara lahirnya memasak @ menanak nasi adalah satu proses biasa, tetapi kadang kala kandungan bahan yang digunakan akan menentukan nasi itu sedap atau tidak.



Seperti juga nasi harissa ni, memang rasanya seunik nama. Saya dah lama nak mencuba tetapi asyik tertangguh sehari ke sehari. Iyalah, kadang2 semangat tu ada tapi bila fikirkan saya nak kena makan 2 / 3 kali benda yang sama, saya biarkan dulu. 



Namun disebabkan hendak menghabiskan stok ayam, saya buat jugak nasi ni sebagai gandingan kepada ayam palembang yang insyaAllah saya akan kongsikan dalam n3 akan datang. Masa masak memang dah semerbak baunya. Bila makan saya mendapati keunikan nasi ini adalah pada bau jintan dan ketumbar. Tak tahulah kalau saya termasuk jintan tu dengan agak banyak, tetapi rasanya sedap. Walaupun kena makan 3 kali untuk menghabiskan nasi yang saya tanak sebanyak secawan tu...tak ada masalah T_T...

Terima kasih pada semua yang berkongsikan resepi menarik ni. Kawan2 yang belum buat boleh la cuba bagaimana rasanya. Saya copy semula resepi di sini untuk rujukan akan datang.


NASI HARISSA
Sumber : kaknor (resepi Noreen - xde link)
Sumber : Mel, tun telani


Bahan-bahan:
1kg beras basmathi - saya guna beras Basmathi Sakura (sukatan beras dan air 1: 2 - tanpa rendam)
air ikut padat beras dan lebihkan 100ml  3 labu bawang besar - dihiris
500g lobak merah/karot - diparut kasar
3 ikat daun ketumbar - ambil akarnya, dibersihkan dan kisar bersama 5 batang cili hijau
2 jari kulit kayu manis
6 kuntum bunga cengkih
10biji buah pelaga
garam secukup rasa
bawang goreng
daun ketumbar
minyak atau mentega untuk menumis


Bahan2 kisar :
1 sudu kecil jintan halus - guna jintan putih+ jintan manis
3cm halia
10 ulas bawang putih 
1sk serbuk ketumbar- tun tambah sbb xde daun ketumbar saya tak masukkan

Cara:
1. Beras dicuci bersih dan ditoskan. Kemudian gaulkan dengan lobak merah dan tos hingga kering
2. Panaskan minyak dengan api kecil dan tumis bawang besar hingga layu
3. Masukkan kulit kayu manis, bunga cengkih dan buah pelaga. Kacau sehingga naik bau  - tun tumis sekali dgn bahan kisar
4. Masukkan lada hijau yang dikisar dengan akar ketumbar tadi. Tumis sehingga garing
5. Masukkan air dan garam secukup rasa
6. Apabila mendidih, masukkan beras yang digaul dengan lobak, lalu tanak hingga masak.Boleh juga dialihkan ke dalam rice cooker dan masak seperti nasi biasa. 

7. Setelah masak, masukkan daun ketumbar yang dipetik-petik dan bawang goreng. Tutup periuk rapat-rapat. Setelah beberapa minit, kacau dan biarkan masak sepenuhnya. Hidangkan dengan lauk-pauk yang lain

Monday, August 26, 2013

Kuah Kacang / Kuah Sate & Resepi Nasi Impit

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Saya seorang penggemar kuah kacang tetapi jarang sekali membuatnya. Sesekali kalau saya buat tu ada saja yang tak kena, selalu tak menjadi. Kalau saya nak buat di kampung, selalu mak saya akan gelak dan tanya pandai ke tidak. Cadangnya saya nak buat untuk Aidilfitri lalu tetapi memandangkan bapa saya ada gaot, saya biarkan dulu. Dan bersempena saya menyambut Raya 6, saya buatlah sikit untuk makan-makan dengan berpandukan resepi Mat Gebu. Kalau nak harapkan saya membuat resepi sendiri dengan 'mengagak' bahan-bahan, dulu lagi saya tak sanggup. T_T

Kebetulan pula, kacang tumbuk baki mee bandung masih ada, jadi projek kuah kacang dan nasi impit ni pun berjalanlah bermula jam 9 malam dan siap dalam pukul 11.30. Punya la semangat nak raya, semangat nak makan lebih la lagi.

Kuantiti kacang yang saya gunakan tak sampai 400g, jadi kuah ni agak cair sikit. Kalau tengok dalam gambar memang nampak macam cair tapi tak la cair sangat. Lepas tu mungkin kacang yang satu lagi saya guna tu dah agak lama dan baunya menjadi tengik. Kira tak berapa kick lah. Serai yang saya guna pulak jenis paha ayam dan memang agak kurang bau jika dibandingkan dengan serai yang agak 'kurus' sikit tu. Cuma apa yang boleh saya katakan, saya suka sangat sebab kuah kacang ni menjadi, dan ada 'rupa'. Sedap pula di makan dengan nasi impit yang dibuat sendiri. Resepinya saya kongsikan di bawah ni. Buat Che Mat, terima kasih kerana berkongsikan resepi mudah ni.


KUAH KACANG @ KUAH SATE (RESEPI DTS)

BAHAN-BAHANNYA :-)
400 gram kacang tanah
1 senduk nasi penuh cili kisar
2 batang serai, dititik
3/4 cawan jus asam jawa
Garam dan gula secukup rasa gula saya masukkan 2 sudu besar
1500 ml air
Saya tambahkan gula nisse Kelantan 2 1/2 keping

 
BAHAN KISAR HALUS :-)
80 udang kering, rendam 10 minit dengan air panas, toskan saya tak masukkan, tak ada stok
13 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
4 batang serai, dihiris
1 camca besar ketumbar
1 1/2 inci lengkuas

CARA MEMBUATNYA :-)
Panaskan minyak dalam periuk, tumis serai hingga harum, masukkan bahan kisar halus dan cili kisar, tumis hingga garing. Kacau selalu dan guna api sederhana. Masukkan kacang kisar, kacau rata.
Tuang air dan juga masukkan jus asam jawa. Bila mendidih, tambah gula secukup rasa dan sedikit garam. Kacau dan kecilkan api. Renih hingga kuah kacang pekat dan terbit minyak. Rasa dan jika ok boleh matikan api.


NASI IMPIT
Resepi : Cheq Sue

Bahan-bahan :
2 cawan beras Siam
8 cawan air

Cara membuatnya :
Basuh beras seperti biasa
Masuk ke dalam periuk nasi dengan sukatan 1 beras : 4 air (gunalah sukatan yang disukai asalkan sepadan dengan saiz periuk nasi)
Bila nasi mula mendidih, sentiasa kacau dari masa ke masa untuk membolehkan nasi hancur.
Bila nasi sudah masak, teruskan mengacau sebelum dimasukkan ke dalam bekas. Sekiranya nasi sudah betul-betul hancur, boleh nampak perbezaannya.
Semasa pindahkan ke bekas, tekan sedikit biar padat. Saya selalu guna plastik (balut tangan dengan tuala dan bungkus dengan plastik) untuk menekan nasi dalam bekas.

Catatan :
Kalau gunakan beras nasional atau tempatan, nisbahnya ialah 1 : 3
Untuk lebih wangi boleh masukkan sehelai daun pandan dan sedikit garam

Wednesday, July 31, 2013

Nasi Ayam (Kak Amie)

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

 Kata orang, pada bulan puasa ni la selera kita menjadi lebih sukar untuk dimengertikan. Ewahhh...kalau di siang hari tu awal2 lagi dah fikir nak makan apa, nak masak apa. Kalau ke pasar Ramadhan tu rasa semua macam nak beli. Begitu juga halnya dengan saya. Satu hari tu tetiba je saya rasa nak makan nasi ayam. Pergi ke pasar Ramadhan Brinchang tak ada pulak rupa nasi ayam yang menarik perhatian. Nak buat sendiri di rumah geng masak tu nak habiskan lauknya dulu. Jadi nak tak hendak saya buatlah jugak dua hari kemudian dengan menggunakan resepi Kak Amie.

Memang dah lama pun saya nak cuba resepi tu, tapi dari sehari ke sehari tak buat2 jugak. Sebenarnya kalau sebut nasi ayam, ada pelbagai versi dan cara yang saya pasti masing2 sedap semuanya. Dengan menggunakan resepi Kak Amie ni, ada sedikit kelainan dalam penyediaan nasi. Kalau sebelum ni saya buat ikut suka je, tapi cara yang dikongsikan Kak Amie ternyata kena dengan selera saya. Gabungan semuanya ni memang lengkap dan sedap. Puas hati dapat menikmati nasi ayam buatan sendiri. *_*


Untuk resepi ni saya hanya buat 1 cawan beras sahaja. Cukup makan 2 orang dan ada sedikit lebih untuk bersahur. Tengoklah ayam tu kecil bebenor bila dah masak. Hiiii... Untuk kawan2 sampingannya tu ada yang saya ikut resepi, ada yang tidak. Seperti kicapnya tu saya ikut macam Kak Amie. Untuk sos cilinya saya cuma guna sos cicah Thai dan dicampur dengan air dan cili. Untuk supnya tu macam biasalah.


Terima kasih pada Kak Amie yang berkongsi resepi sedap ni. Saya copy semula dibawah untuk rujukan akan datang.
NASI AYAM
Resepi : Kak Amie

Resepi Nasi
Bahan-bahan:
4 cawan beras basmathi  (rendam selama 20 minit) - boleh gunakan beras wangi atau beras biasa saya guna beras Moghul Faiza (1 cawan : 2 cawan air)
5 cawan air rebusan ayam
1 sudu makan stok ayam pekat MAGGI
4 sudu makan marjerin
3 ulas bawang putih - hiris halus
3cm halia - hiris halus
1 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga cengkih
1 helai daun pandan - siat-siat

Cara:
1. Panaskan marjerin di dalam periuk sehingga cair.
2. Masukkan bawang putih, halia, kulit kayu manis, bunga cengkih dan daun pandan. Tumis sehingga harum dan layu.
3. Masukkan air rebusan ayam dan stok ayam pekat. 
4. Setelah air mendidih, masukkan beras dan tutup periuk.
5. Biarkan sehingga nasi masak.

Resepi Ayam (Goreng)
Bahan-bahan:
2 keping daging ayam bahagian peha
3 ulas bawang putih - tumbuk
4 cm halia - tumbuk
1 sudu teh lada putih - tumbuk
1 sudu teh serbuk kunyit
3 sudu makan sos tiram
1 sudu teh kicap pekat
2 sudu makan minyak bijan - jika tidak suka, tak perlu bubuh
minyak

Cara:
1. Cuci dan toskan daging ayam sehingga kering.
2. Perap ayam bersama bawang putih, halia, lada putih, serbuk kunyit, sos tiram, kicap pekat dan minyak bijan selama 1 jam.
3. Goreng di dalam minyak yang banyak menggunakan api sederhana panas.
4. Angkat setelah daging ayam masak atau berwarna emas keperangan.

Resepi Ayam (Rebus)
Bahan-bahan:
1 keping daging ayam bahagian peha
3 ulas bawang putih - pecahkan
1 labu bawang besar - belah 6
3cm halia - pecahkan
1 sudu makan serbuk pati ayam MAGGI Cukup Rasa
1 liter air
1 sudu makan minyak bijan
1 sudu makan kicap cair
1 tangkai daun ketumbar - hiris

Cara:
1. Didihkan air di dalam periuk.
2. Masukkan daging ayam, bawang putih, bawang besar dan halia.
3. Renih daging ayam dengan api sederhana.
4. Setelah daging ayam empuk, masukkan serbuk pati ayam MAGGI Cukup Rasa.
5. Keluarkan daging ayam dari periuk dan cincang / potong ikut suka.
6. Taburkan hirisan daun ketumbar dan renjiskan minyak bijan dan kicap cair ke atasnya.
7. Sedia untuk dihidangkan bersama Nasi Ayam.

Resepi Sambal Cili
Bahan-bahan:
2 biji cili merah - buang biji
9 biji cili padi minyak 
2 biji tomato merah
5 ulas bawang putih
3 cm halia
5 biji limau kasturi - ambil jusnya
garam / gula / perasa pilihan secukupnya

Cara:
1. Campurkan kesemua bahan di atas dan kisar halus.
Untuk mendapatkan rasa yang lebih mesra, sos sambal ini boleh disediakan lebih awal beberapa jam sebelum dihidangkan bersama Nasi Ayam.

Resepi Kicap
Amie gunakan lebihan bahan perapan daging ayam dan dicampur dengan kicap manis serta sedikit air bancuhan tepung jagung serta 2 sudu makan minyak bijan. Caranya mudah sahaja, iaitu masukkan kesemua bahan di dalam periuk dan masak dengan api perlahan hingga mendidih dan kuah menjadi pekat. 

********** (^__^) ********** 
 Terima kasih atas kesudian membaca entree ini hingga ke akhirnya. ~ Wassalam ~