Showing posts with label Pasta. Show all posts
Showing posts with label Pasta. Show all posts

Wednesday, January 29, 2014

Resepi Lasagna Lapis Sos Putih

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Kalau ikutkan hati, malas sangat nak buat lasagna ni. Dengan nak kena rebus satu-satu... dengan nak buat kuah ish memang tak jadi kalau kurang sabar. Tapi bila tengok ada separuh lagi baki lasagna kering dok sengih-sengih dalam kotak, terpaksalah saya kuatkan hati. Zaman-zaman semua harga mahal ni kenalah guna semaksimum mungkin apa yang ada.


Oleh sebab dah agak lama dalam kotak, saya putuskan untuk basuh dulu kepingan lasagna   tu dan terus lupa dengan mencampurkannya bersama. Apa lagi, tak sanggup bercerai kasih la pulak diorang tu, melekat bagaikan digam. Jadi saya guna mana yang boleh. Lasagna ni tahu-tahu sajalah kalau rebus banyak-banyak gerenti tak berpisah punya.


Kalau selalu saya buat saya gunakan sos segera KIMBALL, kali ni saya buat dengan menggunakan sos hommemade, campuran bahan asas dengan daging cincang, cendawan dan tepung gandum. Godek je macam buat sos spagetti, ini pun lebih kurang sos carbonara je.

Rasanya agak boleh tahan, cuma nak kena makan dengan sos la baru ada rasa pedas sikit. Yang saya buat ni pedasnya dar lada hitam, mungkin tak rasa la kot.Pada yang nak cuba, resepinya di bawah..


LASAGNA LAPIS SOS PUTIH
Resepi : Cheq Sue

Kepingan lasagna secukupnya - rebus empuk sekeping-sekeping
1/2 bungkus daging cincang
5 biji cendawan butang - cincang
1 biji bawang besar - potong dadu
2 sb tepung gandum
3 cawan air
Oregano, lada hitam
Kiub pati daging
1 keping slice cheese
Sedikit minyak
Gula dan garam

Panaskan minyak dan tumis bawang besar
Masukkan oregano dan ada hitam
Tambahkan air
Masukkan daging cincang, masak hingga agak empuk
Masukkan cendawan butang dan slice cheeese
Tambahkan bancuhan air tepung gandum
Masukkan kiub daging
Perasakan dengan gula dan garam 

Lapiskan ke atas lasagna yang telah siap direbus.
Bakar suhu 180'C selama lebih kurang 30 minit

Friday, December 20, 2013

Lasagna Daging Gulung

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Sesekali makan lasagna. Kebetulan memang dah lama beli kepingan lasagna segera. Daging burger pun ada, jadi sedang eloklah dapat habiskan stok dalam peti ais sebelum balik kampung. Sebelum ni memang dah pernah buat lasagna, tapi kali ni buat lain sikit. Sebenarnya nak buat macam dulu tapi sikit benar inti dagingnya, takut tak rasa pulak. Jadi saya ambil keputusan untuk membuatnya versi gulung. Kebetulan ada jugak crab stick, saya masukkan juga sekali.

  
Seperti selalu, saya buat ni pakai campak-campak aje. Tang resepi tu tak ada yang spesifik. Tengok mana yang ada di dapur, masuk dan rasa. Agak-agak ok jalannnn...


Hasil kejadian... Nak jadikan citer, oleh sebab oven saya rosak, maka saya angkutlah caserol ni untuk dibakar di rumah kawan. Bila masak tu sekali makan habis, Alhamdulillah... senang hati saya bila semuanya licin.


Sos daging yang saya guna hanya seperti base untuk pizza. Cuma saya tidak menumis gunakan minyak kerana di dalam daging burger dah ada minyak. Untuk sos putih saya hanya menggunakan sos cendawan segera dan hanya menambahkan hirisan cendawan ke dalamnya. Setelah digulung dengan sos daging, dan diatur ke dalam caserol, saya lapis dengan sos putih, kemudian gulung lagi lasagna sehingga habis sos daging dan seterusnya sos putih lagi. Bila dah habis saya tabur dengan keju cheddar yang dah disagat. Crabstick tu pulak saya selitkan antara lasagna. Lepas dah siap tu taruk ajelah dalam oven, bakar dalam 45 minit... Suhu agak-agaklah... 158-180'C pun dah ok.

Haaaa, kalau nak rujuk resepi boleh tengok yang ni. Saya minta maaf lah, malas lak nak menulis... :)

Monday, September 30, 2013

Resepi Macaroni Shepard Pie

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Hari ni agak sibuk sikit membuat persediaan peperiksaan PMR. Tak ada kesempatan langsung saya nak menjenguk blog, apatah lagi membuat BW. Jadi ni ada masa sikit sebelum kelas tambahan, boleh la saya berjimba2 sebentar.

Bila selalu makan yang sama sahaja, mesti terdetik di hati alangkah jemunya... Begitulah saya sehari-hari bila membawa bekal ke sekolah. Kalau asyik masak yang sama, memang terasa payah nak menghabiskannya. Sesekali kenalah bertukar menu.

Jadi fikir-fikir, godek-godek, terjadilah macaroni shepard pie nih... olahan daripada resepi shepard pie versi biasa. Bukan apa, sebab nak jadikannya banyak sikit sebenarnya. Kalau nak tengok yang saya dah buat dulu boleh klik sini.


Masa ambik gambar ni lupa pulak nak paipkan  sos cili dengan mayonis. Barulah sedap di makan... Tambah-tambah bila makan semasa masih panas. Ambil gambar malam-malam gini lah ya. Tahu nak cepat siap je. Suku dah buat dinner dan selebihnya bawa ke sekolah.


Kalau ada yang nak cuba, saya tuliskan resepi di bawah ini...

RESEPI MACARONI SHEPARD PIE
Resepi : Cheq Sue 

Bahan-bahan :
1 biji bawang besar - cincang
1 ulas bawang putih
20 biji tomato cherry
2 sudu besar sos spagetti (tradisional) KIMBALL
2 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tomato
1 sudu kecil minyak bijan
2 keping daging burger (ayam)
1/2 cawan macaroni - rebus
1 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu kecil serbuk oregano
Garam gula secukupnya

4 biji ubi kentang - rebus empuk
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam 
Susu segar secukupnya

Cara membuatnya :
Blend bawang putih, tomato cherry dan air secukupnya. Tak perlu hancur / halus sangat
Masukkan ke dalam kuali, tambahkan bawang besar. Masak mendidih.
Tambahkan daging burger yang telah lembut, kacau hingga rata dan masukkan sos spagetti, sos cili, sos tomato, minyak bijan, serbuk lada hitam, serbuk oregano, garam dan gula secukupnya. Biarkan mendidih.
Seterusnya masukkan macaroni yang telah direbus. Masak lagi sehingga pekat. 
Setelah masak, angkat dan masukkan ke dalam bekas tahan panas yang bersesuaian. Ketepikan.
Macaroni yang telah siap tidak muat semuanya untuk dimasukkan ke dalam caserol seperti di dalam gambar. Ada berlebih lagi dalam 1 mangkuk. Jadi agak-agaklah.

Kentang yang telah direbus dilecek semasa masih panas
Tambahkan lada hitam dan susu segar, kemudian kacau dengan whisker sehingga mendapat adunan yang licin.
Letakkan ke atas macaroni di dalam bekas tahan panas tadi. Saya gunakan piping bag untuk meletakkan kentang.
Kemudian, bakar pada suhu 180'C selama 20 minit (bergantung pada berapa garing kentang yang dikehendaki)
Boleh la dihidangkan bersama sos cili dan mayonis...

Saturday, January 26, 2013

Makaroni Lapis Bakar

 
 
Update dari kampung. Adesss nyaman sungguh dingin pagi yang tak pernah nak dapat kalau dok CH. Dengan bunyi ayam, burung-burung memang tersangatlah retro.
Pagi ni cheq sue nak kongsikan satu resepi mudah yang dibuat minggu lepas. Siapa pun boleh buat sebenarnya, resepi yang berdasarkan cuba dan jaya. Cheq sue buat ni ala-ala lasagna lapis, tapi menggunakan makaroni dan vegeroni. Lebih kurang sama juga dengan yang dibuat sebelum ini cuma versi lapis ni di improve sedikit dengan penambahan sos putih. Untuk resepi ni tak ada sukatan yang khusus, main agak2 aja...cuma di bawah ni cheq sue tuliskan apa bahan2 yang telah digunakan.
 
Keratan rentas di dalam, tak nampak sangat lapisan sos putihnya. Kat bawah tu pula hasil yang telah selamat di santap. Wallah... Ok, selamat menjamu mata, selamat berhujung minggu. Wassalam.
 
 
MAKARONI LAPIS BAKAR
  Resepi : Cheq Sue
Bahan & Cara A
Makaroni kering / pasta (cheq sue guna makaroni &vegeroni)
Ubi kentang
 
* rebus empuk dengan sedikit bawang dan minyak masak
 
Bahan & Cara B
Bawang merah, bawang putih
Daging ayam kisar
Sos spagetti tradisonal KIMBALL
Bunga kobis
Sos cili, sos tomato
Oregano kering
Garam & gula
* masak macam buat sos biasa
* kemudian digaulkan sebati dengan bahan A yang sudah disiapkan.
* bahagian yang sudah siap ni dikatakan sebagai bahan C
Bahan & Cara D
Bawang besar
Tepung gandum
Susu segar / susu cair
Lada hitam
Air
 
* untuk hasilkan sos putih
* yang penting kena 'masakkan' tepung gandum dulu supaya tidak berasa tepung dan masukkan cecair sedikit demi sedikit supaya adunan tidak bergentel
Bahan & Cara E
Keju cheddar - sagat halus
Cara-cara melapis :
Tuangkan satu lapisan C ke dalam loyang yang telah dilenser dengan minyak masak (boleh je kalau nak guna marjerin/butter
Tuangkan sos putih sehingga menutup lapisan makaroni (C)
Kemudian tuangkan satu lapisan lagi makaroni dan tutup dengan baki sos putih
Taburkan dengan keju cheddar sagat 
Bakar suhu 180'C selama 30-40 min (kalau nak garing boleh lebihkan masa)
Stylish Thankyou

Thursday, October 11, 2012

Spagetti Bolognaise Cendawan

 
 
Resepi ni cheq sue buat bila ya...sat nak ingat. Hurmmm rasanya bulan lepas, tarikh lupa. Memang dah agak lama terperam di dalam draft. Sayang kalau tak dipublish kerana ianya menampilkan resepi yang agak berbeza dari yang sebelum ini.
 
SBC tercipta dengan mengubahsuai sedikit resepi asal yag pernah di buat di sini kerana ada stok cendawan tiram yang agak banyak. Walaupun guna cendawan tiram, memang tidak berasa sangat cendawannya tetapi ada rasa macam daging cincang gittew. Cuma bila guna cendawan segar, kena ramas dulu biar keluar semua cecair dalam cendawan tu (lepas basuh) supaya rasanya lebih kick. Kalau kata tak dikeluarkan airnya, cendawan tu akan over moist dan tak menyerap rasa kuah. Errrr...faham tak ni?
 
 
Untuk bahan-bahannya tu boleh ditambah atau dikurangkan mengikut citarasa. Cheq sue sekadar memberi panduan sahaja berdasarkan apa yang dibuat. Kalau ada banyak cendawan tu boleh la cuba. Wassalam..
 
 
SPAGHETTI BLOGNAISE CENDAWAN
Resepi : Cheq Sue

Bahan-bahan :
1 peket spagetti - rebus hingga lembut, masukkan sedikit garam dan minyak masak
1 botol sos spagetti cendawan KIMBALL
1 kg cendawan tiram - kisar separuh hancur (guna FP)
2 biji bawang besar - dadu
3 biji bawang putih - cincang
2 kiub ayam
2 sudu besar cili giling
Sedikit oregano
Air secukupnya mengikut kepekatan kuah dikehendaki
Sedikit sos tomato dan sos cili
Garam, gula, secukupnya
Sedikit minyak untuk menumis

Cara-cara :
Spagetti yang telah direbus hingga lembut ditoskan airnya dan dibilas hingga hilang kanjinya
Panaskan sedikit minyak dan tumis cili giling, oregano, bawang besar dan bawang putih
Masukkan isi ayam dan cendawan butang, goreng hingga separuh masak
Tuangkan tomato yang telah dikisar, sos spagetti cendawan, kiub ayam dan air secukupnya (cheq sue guna dalam 5 cawan). Setelah mendidih, masukkan pula slice cheese, kicap, sos tomato dan sos cili.
Masak hingga mendidih dan sos agak pekat. Perasakan dengan gula dan garam. Bolehlah dituangkan ke atas spagetti yang telah ditoskan tadi. Enak dihidangkan panas.
 
Stylish Thankyou

Wednesday, February 15, 2012

Makaroni Bakar # Resepi 2

 
 
Makaroni bakar ni menjadi bekal cheq sue pada persekolahan minggu lepas
Biasa kalau buat dalam caserol camni terus je bawak ke sekolah, memang tak salin dalam bekas lain dah
Mula-mula plan nak buat macaroni soup, tapi ntah caman jadi baked macaroni pulak
Rasanya not bad, cuma kena la makan time panas2 hangat tu
Kalau dah sejuk kena makan lambat2 baru tak rasa muaknya
Tambah2 bila dah letak jalapeno cheese tu, lagi la...
 
Untuk resepi kali ni cheq sue tak masukkan instant sos, tapi lebihkan serbuk lada hitam
Kira2 percubaan ni berjaya la menggoda selera cheq sue
Bertambah satu lagi resepi makaroni bakar
Kalau nak tengok versi yang pertama leh klik sini
Kalau ada nak cuba, sila-sila lah
Mana tahu puas hati..
Wassalam...
 


 
MAKARONI BAKAR 
Resepi : Cheq Sue

Bahan-bahan :
1/2 cawan makaroni - rebus dan masukkan sedikit garam dan air
1/2 biji bawang besar - dadu
10 biji cendawan butang (dalam tin) - potong 4
Sedikit brokoli (dalam dua genggam gitu) - hiris 
1 cawan susu segar / full cream
2 keping daging burger - hancurkan (boleh ganti dgn daging / ayam cincang dalam 1/2 cawan)
Sedikit minyak untuk menumis & oregano kering
2 sb serbuk lada hitam segera MAGGI (kebetulan ada stok, kalau xde boleh guna lada hitam biasa dan tumbuk)

Cara-cara :
Makaroni yang telah direbus ditoskan airnya
Panaskan minyak dan tumis bawang besar *minyak jangan banyak sebab nanti lemak daging akan keluar
Bila layu masukkan oregano kering
Masukkan daging dan serbuk lada hitam. Masak sehingga air daging agak kering
Masukkan brokoli dan cendawan butang. Masak seketika dan masukkan susu.
Bila sudah mendidih, masukkan makaroni dan gaul rata. Jika perlu tambahkan sedikit garam (Cheq sue tak masukkan sebab dah cukup rasa)
Masukkan ke dalam bekas tahan panas, bakar pada suhu 200'C selama 15-20 minit

Sunday, November 20, 2011

Spagetti Bolognese Ayam


Bersiaran kembali di malam hari. Pertamanya cheq sue nak ucapkan terima kasih pada yang bertandang ke sini. Walaupun xde n3 baharu @ resepi yang gempak2, kesudian korunk menengok dan menjamu mata dengan mee kantonis tu amat cheq sue hargai. Maaf juga sebab xdan nak berjalan ke rumah kawan2...sempat jeling2 gitu aje sambil telan ayaq liur. Pagi tadi seawal 8.30 dah keluar rumah, cadang nak cari sandal di JJ, ada yang berkenan, xde saiz pulak. Masalah sungguh!

Bila melepak kat rumah kawan ni, nak mengadap lappy tu agak terhad sedikit masanya. Tambah2 pulak sekarang dah ada hobi baru. Hobi apa? Rahsia dulu lah, kot tak jadi. He he he...


Okeh, berbalik pada resepi yang cheq sue letakkan malam ni, dimasak atas permintaan. Memang feveret sangat la budak2 kalau masak camni. Sebenarnya kalau bolognese ni ada macam2 versi dan cara. Cheq sue ni main hantam saja, ikut sedap hati.  Kalau selalu masak sikit, lain pulak kuantitinya. Tapi kali ni cheq sue masak agak banyak maka bahan2 ni agak banyak la jugak sikit, pastu agak basah2 jugak. Ye la, lain padang lain belalang, lain orang lain ragam... :)

Lainnya hidangan bolognese kerana cheq sue menggunakan cili giling dan kicap. Cili tu nak rasakan sedikit pedas manakala kicap tu berfungsi untuk meneutralkan rasa bawang (dalam bahasa Kelantan disebut CEMUH, dalam BM xpasti pulak). Tapi xde la diletak banyak sangat, kang jadi bolognese kicap pulak. Mmmm korang sila2 la layan dulu ya...Sat2 lagi insyaAllah cheq sue pi jalan2 rumah korang... :)
Wassalam...

SPAGETTI BLOGNESE AYAM
Resepi : Cheq Sue

Bahan-bahan :
1 peket spagetti - rebus hingga lembut, masukkan sedikit garam dan minyak masak
1 botol sos spagetti cendawan KIMBALL
1 tin cendawan butang - dadu halus
2 biji bawang besar - dadu
3 biji bawang putih - cincang
1 kiub ayam
 Semangkuk isi ayam - potong kecil (boleh ganti ayam @ daging kisar)
2 sudu besar cili giling
4 biji tomato sederhana - cincang dan blend dengan air
Sedikit oregano
Air secukupnya mengikut kepekatan kuah dikehendaki
Sedikit sos tomato dan sos tiram
2 keping slice cheese
Garam, gula, kicap manis secukupnya
Sedikit minyak untuk menumis

Cara-cara :
Spagetti yang telah direbus hingga lembut ditoskan airnya dan dibilas hingga hilang kanjinya
Panaskan sedikit minyak dan tumis cili giling, oregano, bawang besar dan bawang putih
Masukkan isi ayam dan cendawan butang, goreng hingga separuh masak
Tuangkan tomato yang telah dikisar, sos spagetti cendawan, kiub ayam dan air secukupnya (cheq sue guna dalam 5 cawan). Setelah mendidih, masukkan pula slice cheese, kicap, sos tomato dan sos cili.
Masak hingga mendidih dan sos agak pekat. Perasakan dengan gula dan garam. Bolehlah dituangkan ke atas spagetti yang telah ditoskan tadi. Enak dihidangkan panas.

Thursday, November 17, 2011

Angel Hair & Potato ~ Ala Olio Simple

 
 
Angle Hair ni cheq sue masak semalam untuk dinner sebab nak makan ubat. Kat dapur memang ada stok lauk tapi semua dok lam freezer, malas nak defros, cheq sue guna aje apa yang ada. Kira2 makan ala2 vege ajelah. Tawakkal aje masa nak masak tu, maklumlah x pernah masak something yang macam ni kan...  Ikut2 aje selera sendiri. Nasib baik kira ok jugak.
 



Tapi yelah, bila namanya pestaim tu ada la kat sesetengah bahagian yang boleh dibuat penambahbaikan macam dari segi kepekatan kuah, lauk @ sayur dan juga kepedasan. Yang cheq sue buat ni memang paling simple lah. Bahan tak banyak, cara pun senang. Sebenarnya jugak, tak tahu nak letak nama apa, main letak aje nih, kalau sape yang nak cuba tu dipersilakan lah. Bila dah makan rasa ok aje pada tekak i ni... Eh, tetibe aje! Oklah...korang jamu2 mata la dulu ye... Wassalam...

ANGEL HAIR & POTATO ~ ALA OLIO
Resepi : Cheq Sue

Bahan-bahan :
Angel hair secukupnyan (agak2 seorang makan) - rebus dengan sedikit garam hingga lembut dan toskan air
1/2 biji bawang besar - dadu
1/2 kiub pati ayam
10 biji kentang kecil @ 2 biji kentang besar - dadu yang cheq sue buat tu kentang kecil, x buang kulit
1 cawan air *
1 cawan susu segar *
* Boleh dilebihkan
Secubit oregano
Kalau suka boleh tambahkan lada hitam

Cara-cara :
Panaskan minyak & tumis bawang besar hingga layu.
Masukkan ubi kentang, oregano, air dan kiub ayam, masak hingga kentang empuk
Masukkan susu segar, masak hingga mendidih dan masukkan pula angel hair
Masak seketika dan bolehlah diangkat.
Enak dimakan semasa masih panas, tapi berhati2 yer...

Wednesday, November 2, 2011

Makaroni Bakar




 


Macaroni bakar... Nampak cam sedap dengan lelehan mozarella. Sebenarnya 1st time buat makaroni bakar ni, x refer resepi pun, main campak2. Banyak yang bermain di minda, tu yang aci redah aje. Cheq sue buat ni guna 2 cawan makaroni kering, dok ingat tak banyak tapi aduiiiiii 2 caserol gak dapatnya. Akhirnya caserol bundle i dah dirasmikan semalam.
 
Dulu, ada seorang kawan ni selalu jugak buat makaroni bakar, tapi menggunakan telur yang banyak untuk cover, bila mintak resepi x dibaginya.... Tu yang direka2 sendiri laa. Kalau guna telur ni memang kena buat pedas sikit supaya x muak. Nanti tengoklah kalau rajin cheq sue cuba. Tapi yang ni pun alhamdulillah x lari sangat rasanya.
 


 
Makaroni bakar ni kalau dapat pelbagaikan isinya memang sedap, tapi cheq sue ni guna ayam aje, sayurnya pula kentang dan brokoli. Ingatkan cendawan butang ada lagi, tapi tin pun dah dibuang. Jadi guna ajelah mana-mana yang ada. Kira2 sedap aje pada tekak cheq sue.
Resepinya cheq sue nak tunjukkan di sini sebagai rujukan masa depan, memang x sama la dengan resepi sedap korang tu.... Kita kan punya citarasa yang berbeza...
 


Yang ni belum dibakar lagi, memang mewah betul dengan mozarella. Kalau makan time panas2 memang sedap la tapi cheq sue ni dah bakar malam tadi, dan dengan caserol sekali dibawa ke sekolah. Jadi paham2 ajelah ye.. He he he... Wassalam...

MAKARONI BAKAR ~ MY STYLE
 Resepi : Cheq Sue

Bahan-bahan :
2 cawan makaroni kering 
2 biji kentang - potong dadu
 1 biji bawang besar - dadu
2 sudu besar lada hitam
1/2 botol sos tradisional Kimball
2 cawan susu segar
Sedikit isi ayam - dadu (boleh ganti dengan ayam/daging kisar)
2 sudu besar serbuk cili
2 keping Ceddar cheese
Mozarella untuk topping
Sedikit oregano & cajun (opt)
Minyak, gula dan garam

Cara-cara :
- Rebus makaroni bersama kentang. Masukkan sedikit minyak dan garam. Setelah empuk toskan air dan bilas hingga bersih
- Panaskan minyak dan tumis bawang besar, serbuk cili dan lada hitam hingga layu. Jika menggunakan cajun @ oregano boleh dimasukkan sekali
- Masukkan isi ayam, sos Kimball, susu segar dan Cheddar cheese sehingga mendidih. Perasakan dengan garam dan gula.
- Masukkan makaroni dan kentang yang telah direbus tadi dan masak seketika sehingga mesra
- Sediakan loyang tahan panas dan lenserkan dengan sedikit majerin / butter
- Tuangkan makaroni dan parutkan mozarella ke atasnya. Bakar pada susu 180'C selama 30 minit @ sehingga kekuningan. Hidangkan dengan sos cili dan mayonis (he he he...x sempat, tapi dengan botol2nya cheq sue bawa ke sekolah jugak)

Tuesday, October 4, 2011

Angel Hair Lemak Pedas (Black Pepper)

Assalamualaikum & salam sejahtera

Salam Selasa semua... sape yang belum sarapan lagi tu jom2 sarapan dengan cheq sue. Nampaknya hari ni sekali lagi menyantap menu barat. Semalam dengan sup makaroni, hari ini dengan angel hair lemak pedas...yang tak berapa pedas sebenarnya. Cuma sedikit rasa pedas daripada penggunaan black pepper.

Resepi ni dah lama jugak dok simpan. Kalau roti dah berkulat xleh nak makan. Teringin nak cuba tapi kadang2 xde rasa nak makan pulak. Ni bila rasa nak makan terus boleh buat. Macam kata che mat, rasanya ada ala2 carbonara. Ye lah...sebab guna susu kan. * Tapi selalu buat carbonara pun pakai yang instant dalam tin tu je... Hik hik hik...



Yang cheq sue buat ni agak berkuah sikit. (Yang ni posing untuk blog dulu, pastu asingkan balik untuk bawak bekal hari ni.........rajin kan???. Rasanya yang ni x berapa muak sgt sebab ada lada hitam. Overalnya memang layan la bila makan, dan memang sedap. Kalau yang suka pedas2 tu tambah cili padi lagiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii la sedap!


Kalau sape yang nak cuba tu, bolehlah ke link yang cheq sue letak kat bawah ni ye. Kalau search kat google tu ramai sangat yang dah cuba. Yang pastinya sedap! Rugi kalau tak cuba. Jom makannnnnnnnnnn. Wassalam...

ANGEL HAIR LEMAK PEDAS (BLACK PEPPER)
Sumber : Che Mat @ DTS

BAHAN-BAHANNYA :-)
  • 1/2 cekak spaghetti
  • 2 biji tomato ceri tomato, hiris bulat
  • 1/4 bahagian red capsicum, dadu
  • 1/4 bahagian green capsicum, dadu
  • 1/4 bahagian yellow capsicum, dadu
  • 1 helai bay leaf
  • 3 biji cii padi, hiris halus (optional) x masukkan pun
  • 1/2 camca teh lada hitam yang baru dikisar cheq sue guna 2 sudu kecil
  • 2 ulas bawang putih, cincang halus
  • 1/3 cawan susu cair IDEAL cheq sue ganti dengan low fat milk
  • 1 keping meat loaf "ayamas", didadu
  • 1/2 kiub pati ayam "Maggi"
  • Sedikit air
  • untuk bahan2 ni cheq sue sesuaikan dengan apa yang ada kat rumah, tak la ikut sebijik2...
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Rebus spaghetti tadi hingga lembut mengikut arahan pada paket atau citarasa masing2. Toskan dan gaul dengan sedikit minyak zaitun. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak zaitun dalam kuali tak melekat. Tumis bawang putih hingga layu, masukkan bay leaf dan meat loaf tadi, kacau sekejap dan tuang susu + air, biar mendidih. Tambah serbuk lada hitam dan kuib ayam, kacau dan biar masak perlahan.
  3. Masukkan red/green/yellow capsicum bersama cili padi. Tambah spaghetti dan gaul rata. Masak hingga pekat, dan rasa jika perlu tambah sedikit garam. Bila dah ok boleh matikan api.
  4. Alih ke dalam pinggan yang sesuai, hias dengan hirisan tomato dan taburkan sedikit lagi serbuk lada hitam. Hidangkan segera.

Monday, September 26, 2011

Beef Lasagna...Versi Jakun

Assalamualaikum & salam sejahtera

Meh nak tanya ni. Ada tak sape2 yang belum pernah makan lagi bende yang namanya "LASAGNA" ni. Ehhh jangan la malu nak ngaku, cheq sue pun umur 31 tahun baru makan tau. He he he... Sejujurnya selalu la nengok time ke pasaraya, tapi xde la rasa nak beli @ nak buat. Cuma beberapa ketika dulu je rasa sangat nak cuba setelah terjumpa satu resepi semasa merendek di blog DTS. Haaaaaaaaaa ape lagi, beli la sekotak. Sekali pandang ghupenye macam pasta aje, cuma bentuknya yang sekeping2 tu macam plastik.


Secara jakunnya, rupanya lasagna ni kalau direbus banyak2 sekaligus dia akan melekat eh. Walaupun Che Mat dah mention dalam stepnya rebus sekeping2 tapi konon nak cepat, try bubuh 4 keping. Sekali depe melekat2 la pulok, yang nak cepat jadik makin lambat. Memang jakun sungguh!

Jom kita nambah lagi episod jakun tentang lasagna ni. Biasanya camana kita pronounce kan dia ye? La-sag-na @ la-sa-nia @ la-sa-nyia? Cheq sue pakat2 gelak aje dengan kawan2...nak nyebutnya pun dah terbelit lidah. Kalau makan kat restoren kompom cheq sue tak oder bende ni. Kang salah sebut terguling2 kena gelak. Ha ha ha...


Cheq sue buat ni Jumaat lepas ( 23 Sept) dalam seloyang, bawak makan di rumah member... Alhamdulillah tak bersisa. Kuantiti bahan2nya tu cheq sue buat ikut sedap je, ye lah, bergantung jugak dengan bahan2 apa yang ada kat rumah. Resepi ni sebenarnya menggunakan daging ayam kisar (chicken lasagna) tetapi cheq sue guna daging lembu sebab tu ditukar sedikit namanya kepada beef lasagna.


Gambar ni masa baru2 keluar oven. Kalau dinengokkan di bahagian tepi tu, ada kepingan lasagna yang garing sikit sbb ukuran loyang dengan lasagna tak ngam. Dek kerana jakun, cheq sue susun ikut suka aje, kalau tahu boleh potong2 dulu lasagna tu kasi fit dengan loyang. Mmmmmmm lain kali la ye.. Kalau ada sape2 yang nak cuba tu boleh la tengok resepi kat bawah ni okeh! ** Kalau sape yang dayet tu usahla makan ye, tengok aje! Makanan berprofil tinggi kata Che Mat... :)

Wassalam...

BEEF LASAGNA
Sumber : Che Mat @ DTS

BAHAN INTI AYAM :-)
1 cawan isi ayam cincang (mat guna jenama Ayamas) cheq sue guna daging cincang
1 biji tomato, buang biji dan cincang halus (mat guna plum tomato) xde stok
1/2 camca besar rempah kari daging
1 biji bawang holland, cincang halus
2 ulas bawang putih, cincang halus
2 keping hirisan nipis halia cincang halus
2 camca besar sos tomato cheq sue masukkan 1/2 tin (kecil) pes tomato
1/4 parutan biji buah pala xde stok
Garam secukup rasa
2 helai bay leaf cheq sue ganti dengan oregano
Serbuk lada hitam secukupnya

BAHAN SOS PUTIH :-)
300 ml susu segar cheq sue guna full cream, tersilap beli susu
1 1/2 camca besar tepung gandum
1/4 camca teh parutan biji buah pala xde stok
Lada hitam serbuk secukupnya
1 keping keju cheesedale (optional)
Garam secukup rasa
** cheq sue tambah 1 tin cendawan butang dadu

BAHAN LAIN :-)
Kepingan lasagne secukupnya
Keju mozarella secukupnya, hiris nipis
1 biji tomato hiris bulat x masukkan
1/2 biji green capsicum, didadu x masukkan
1/2 biji yellow capsicum, didadu x masukkan

CARA MEMBUATNYA :-) 

UNTUK INTI AYAM @ DAGING :-
Panaskan minyak zaitun dalam kuali, tumis hirisan bawang besar, bawang putih, halia dan bay leaf. Tumis hingga layu.
Masukkan rempah hari, serbuk lada hitam, sebuk buah pala, sos tomato dan tomato cincang, kacau rata dan masak hingg rempah garing dan tomatu hancur.
Tambah daging ayam tadi dan masak hingga kering dan ayam masak, perasakan dengan garam secukupnya. Masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Sejukkan. 

UNTUK SOS PUTIH :-
Masukkan tepung dalam periuk, tuang susu dan kacau dengan whisk hingga tepung larut. Masak atas api sederhana, dan kacau hingga pekat.
Tambah keju cheesedale (jika guna), serbuk lada hitam dan serbuk buah pala tadi. Kacau rata, tambah garam jika perlu. Kacau sekejap lagi, rasa dan jika ok boleh matikan api, biar sejuk. 

UNTUK LASAGNE :-
Didihkan air, letak sedikit garam dan minyak zaitun, celur kepingan lasagne satu persatu hingga lembut, tos dan letak atas bekas yang dilenser sedikit minyak zaitun (mat guna dalam 6 keping macam tu).
Panaskan oven pada suhu 180C, lenser bekas berukuran 7 inci x 5.5 inci x 2 inci dengan mentega. Susun 2 keping lapisan lasagne, sapu 1/2 bahagian sos putih, tabur 1/2 bahagian bahan inti, lapis dengan 2 keping lasagne, tabur sedikit parutan keju dan tabur cincangan capsicum, lapis dengan 2 keping lagi lasagne, sapu baki sos putih, tabur bahan inti, susun tomato yang dihiris dan susun kepingan keju mozarella yang telah dihiris nipis. Bakar dalam oven selama 35 minit atau hingga kuning keemasan. Hidangkan suam.....

Cara Cheq sue :
Lapiskan 4 keping lasagna di dalam loyang yang telah dilenser
Tuang inti daging dan sos putih, kemudian tabur mozarella (Pada lapisan ke2 cheq sue letak cheesedale). Semuanya ada 4 lapisan je (dalam 16 keping lasagna digunakan)
Ulang langkah tu sehingga habis barulah dibakar (180'C - 45 min).