Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera
Hari ni agak sibuk sikit membuat persediaan peperiksaan PMR. Tak ada kesempatan langsung saya nak menjenguk blog, apatah lagi membuat BW. Jadi ni ada masa sikit sebelum kelas tambahan, boleh la saya berjimba2 sebentar.
Bila selalu makan yang sama sahaja, mesti terdetik di hati alangkah jemunya... Begitulah saya sehari-hari bila membawa bekal ke sekolah. Kalau asyik masak yang sama, memang terasa payah nak menghabiskannya. Sesekali kenalah bertukar menu.
Jadi fikir-fikir, godek-godek, terjadilah macaroni shepard pie nih... olahan daripada resepi shepard pie versi biasa. Bukan apa, sebab nak jadikannya banyak sikit sebenarnya. Kalau nak tengok yang saya dah buat dulu boleh klik sini.
Masa ambik gambar ni lupa pulak nak paipkan sos cili dengan mayonis. Barulah sedap di makan... Tambah-tambah bila makan semasa masih panas. Ambil gambar malam-malam gini lah ya. Tahu nak cepat siap je. Suku dah buat dinner dan selebihnya bawa ke sekolah.
Kalau ada yang nak cuba, saya tuliskan resepi di bawah ini...
RESEPI MACARONI SHEPARD PIE
Resepi : Cheq Sue
Bahan-bahan :
1 biji bawang besar - cincang
1 ulas bawang putih
20 biji tomato cherry
2 sudu besar sos spagetti (tradisional) KIMBALL
2 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tomato
1 sudu kecil minyak bijan
2 keping daging burger (ayam)
1/2 cawan macaroni - rebus
1 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu kecil serbuk oregano
Garam gula secukupnya
4 biji ubi kentang - rebus empuk
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
Susu segar secukupnya
Cara membuatnya :
Blend bawang putih, tomato cherry dan air secukupnya. Tak perlu hancur / halus sangat
Masukkan ke dalam kuali, tambahkan bawang besar. Masak mendidih.
Tambahkan daging burger yang telah lembut, kacau hingga rata dan masukkan sos spagetti, sos cili, sos tomato, minyak bijan, serbuk lada hitam, serbuk oregano, garam dan gula secukupnya. Biarkan mendidih.
Seterusnya masukkan macaroni yang telah direbus. Masak lagi sehingga pekat.
Setelah masak, angkat dan masukkan ke dalam bekas tahan panas yang bersesuaian. Ketepikan.
Macaroni yang telah siap tidak muat semuanya untuk dimasukkan ke dalam caserol seperti di dalam gambar. Ada berlebih lagi dalam 1 mangkuk. Jadi agak-agaklah.
Kentang yang telah direbus dilecek semasa masih panas
Tambahkan lada hitam dan susu segar, kemudian kacau dengan whisker sehingga mendapat adunan yang licin.
Letakkan ke atas macaroni di dalam bekas tahan panas tadi. Saya gunakan piping bag untuk meletakkan kentang.
Kemudian, bakar pada suhu 180'C selama 20 minit (bergantung pada berapa garing kentang yang dikehendaki)
Boleh la dihidangkan bersama sos cili dan mayonis...
anak2 mala suka makan mcm ni.
ReplyDeleteSedap pulak akak tengok cheq sue.. boleh cuba ni ;)
ReplyDeleteamboii cheqsu nampak pun dah ngancem tu camera baru tu kot cantik gambar nya jugak disamping lazat makanan nya heee
ReplyDeletePernah berangan nak buat shepard pie tapi... tapi... tapi tak terbuat jugak! Entah bilanya nak buat tu.... jamu mata kat sini ajelah.
ReplyDeleteSALAM CHEQSUE....rajin cikgi sorang ni ya..nampak sedap tuh!
ReplyDeleteslm cheqsue... tun xpenah mkn baked macaroni.. kesian pulak kt diri sendiri. hihi...nasib baik shepherd pie pernah buat.
ReplyDelete