Showing posts with label Snek. Show all posts
Showing posts with label Snek. Show all posts

Wednesday, July 11, 2018

Kuih Siput

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Setakat yang saya dok buat siput ni, belum ada satu pun resepi yang betul-betul membuat saya teringat-ingat terbayang bayang akan kesedapannya. Bukan nak kata resepi tu tak jadi, cuma tak berapa kena dengan standart tekak saya ni. Boleh je makan, dah on the way nak habis dah pun, cuma itulah, setakat nak makan-makan tu ok aje..

Resepi ni saja saya Google, tengok untuk cuba yang lain pulak, bila ada banyak resepi ni boleh la kita buat perbandingan. Bukan main gigih bancuh sekilo tepung...riuk pinggang nak habiskan.


 Sumber : resepicheff


Sunday, January 11, 2015

Roti Bakar Lapis Inti Murtabak

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Masakan tanpa resepi, yang datangnya secara tiba2 bila berfikir bagaimana mahu menghabiskan inti murtabak ayam (resepi rujuk di sini). Kebetulan di rumah ada roti, lalu sahaja projek ini dilaksanakan. Lebih kurang seperti resepi roti lapis bakar, cuma yang ini saya gunakan inti sedia ada sahaja.


Roti terlebih dahulu saya celup dalam bancuhan susu Omega, kemudian dilapiskan dengan inti, lapis lagi dengan roti seterusnya sehingga habis. Cuma perlu dilenser terlebih dahulu loyang digunakan dengan marjerin atau mentega.


Tuesday, November 11, 2014

Jagung Hiris Rebus

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Inilah cara merebus jagung untuk memudahkan kita makan. Sangat2 praktikal pada saya, kerana jika tidak habis dimakan begitu sahaja, boleh disimpan untuk dijadikan bubur. Ataupun letak saja dalam freezer dan ready digunakan anytime. Tapi nak makan tu tak ada cabaran la, hanya guna sudu sahaja... Kelasssss kau jah!


Saturday, August 30, 2014

Popiah Seaweed Chips

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Satu lagi kudapan yang saya buat haritu. Motifnya adalah untuk menghabiskan seaweed. Kerepek ni saya dah pernah makan, dan dah pernah jumpa resepinya dari kengkawan...cuma membuatnya tu belum lagi. Kebetulan jugak masih ada kulit popia, seaweed dan lebihan putih telur, tu yang terus on projek. Oleh sebab saya hanya guna telur putih, cuak jugak masa tu kalau2 kulit popia tu tak bercantum dengan baik.

Alhamdulillah... inilah hasilnya untuk percubaan pertama. Nampak sangat tak ada seninya masa memotong kepingan kulit popia tu... Rasanya boleh tahan sedap jugak. Masin2 dari seaweed memang syok makan. Tambah pulak kerepek ni tak la keras sangat.. budak2 pun boleh makan.

Kengkawan, apa tunggu lagi? Jom la carik bahan2 untuk buat kerepek ni jugak...




POPIAH SEAWEED CHIPS

Bahan-bahan :
1 bungkus kulit popiah
1 bungkus besar dried seaweed (yg sedia dmakan begitu sj tu)
1 biji telur
2-3 cawan minyak masak utk menggoreng 

Cara-cara
Pecahkan telur dlm mangkuk kecil dan pukul sedikit menggunakn garfu
Sediakan sekeping kulit popiah. Sapu rata telur td di atas permukaan kulit popiah hingga mnutupi kseluruhannya
Susun dried seaweed di ats kulit popiah yg sudah dsapu telur td dan tutupkan dgn sekeping kulit popiah lg. Ulang langkah yg sama sehingga kulit popiah/dried seaweed habis
Gunting kulit popiah yg sudah ber'inti' td mengikut bentuk dan saiz yg dsukai. Pnskan minyak dlm kuali dan goreng sehingga kulit popiah agak kekuningan.. Angkat dan toskan.naahhh..sdh sedia utk dmakan begitu saja atau bersama sos/topping kesukaan anda..kalo x habis leh simpan dlm bekas kedap udara.. Selamat mencuba! :)

 

Wednesday, August 27, 2014

Popia Nestum / Suci Dalam Debu

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Engkau bagai air yang jernih
Di dalam bekas yang berdebu
Zahirnya kotoran itu.. terlihat
Kesucian terlindung jua


Ewah.... menyanyi pulak dah. Masih ingat tak lagi dengan lagu Suci Dalam Debu dendangan kumpulan Iklim yag popular satu masa dulu. Saya memang suka lagu tu, suara Saleem memang layan abess. Tapi n3 ni bukan nak citer pasal Iklim, atau Saleem atau lagu itu tetapi kudap-kudapan popia nestum atau juga dikenali sebagai suci dalam debu. Jangan tanya saya kenapa dinamakan suci dalam debu? Barangkali mungkin dari debu2 nestum yang disalut pada gulungan popia itu sendiri.

Sebenarnya dari tahun lepas lagi nak buat popia nestum, malam kayu penggolek untuk menggulung popia sudah pun diberikan oleh Kak Rini. Saiznya lebih besar dari lidi sate... kalau tak silap saya pemegang belon tu.

Rupa2nya senang sangat buat popia nestum ni. Saya gulung kulit popia yang 40 keping tu tak sampai pun 30 minit. Cuma masa nak goreng tu ambik masa sikitlah. Lepas gulung tu boleh jugak kalau nak simpan sebelum goreng, cuma tutup dengan kain lembap atau masukkan dalam bekas. Bila dah siap goreng perlu tunggu sejuk dulu sebelum gaulkan dengan nestum yang sudah diblend.

Untuk kudapan ni memang saya nak buat lagi, kulit popia pun dah siap beli, tak ada nak tunggu raya haji ke apa sebab nestum yang dikisar aritu pun ada lagi. Tungguuuuuuuuu...




POPIA NESTUM @ HORLICK
Resepi : Ibu Dilah

Bahan2nya:
1 paket kulit popia (40 keping)
**1 1/2 cwn nestum origanal
**1/2 cwn susu tepung (aku guna dutch lady)
**1/2 cwn horlick
**1/2 cwn gula castor
1 sb tepung gandum (bancuh dgn sedikit air)
minyak utk menggoreng

Cara membuatnya:
1) Buka kulit popia satu persatu dan gulung. sapukan bancuhan tepung tadi di hujung kulit popia yg telah digulung.. tepung tu berfungsi sebagai gam, tak bagi kulit popia tu terbuka bila digoreng.
2) Buat sampai habis kulit popia tu.. lepas tu gunting serong2.. 1 gulung boleh digunting kpd 10 bhgian. Gunting semua..
3) Panaskan minyak utk menggoreng dalam kuali. bila minyak dah betul2 panas, baru masukkan popia tadi. api jgn besar sgt. goreng sehingga keemasan sikit.. balik2kan supaya warnanya sekata.. bila dah siap, angkat dan toskan.. pastikan minyak di tos kan betul2.. alas bekas dengan tisu.
4) Sementara menggoreng popia tu, sediakan bahan untuk serbuknya pula.. blend semua bahan yg bertanda **.
5) Bila popia dah kering dari minyak, masukkan popia dalam campuran nestum tadi dan gaul rata.. buat sampai siap..
6) Dah siap.. boleh masuk dalam balang..

# TIPS
* Ketika menggulung kulit popia, pastikan kedudukan anda jauh dari kipas. Kalau tidak, kulit popia akan cepat kering.
* Boleh guna lidi or chopstick bagi memudahkan proses menggulung kulit popia.
(tp aku tak guna pun)
* Jangan gulung terlalu padat, biar longgar sikit supaya popia tu akan jadi rangup dan serbuk nestum boleh masuk dicelah2 popia.
(kalau padat, popia akan jadi keras selepas digoreng)

Monday, May 5, 2014

Yong Tau Fu

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Bila je hari Isnin, memang ada rasa blues sikit-sikit, tapi nak kena gagahkan diri jugak siapkan mana yang perlu. Hari Khamis ni dah mula peperiksaan pertengahan tahun, agak pening sikit sebab peperiksaan bersama. Jadual sampai 3 kali kena pinda, nak kena fit dengan masa kita, nak kena buat untuk semua tingkatan adeshhhhh mau retak sebelah kepala ni. Nasib baiklah dah memang pakar ye dak? Dalam bidang kita katakan...

Apapun itulah katanya kerja. Kalau ada kerja yang dok saja pastu dapat duit semua pun nak kan..


Oklah...asyik membebel je, keluar satu n3 ringkas. Ni yang saya buat untuk bekal bulan lepas, buat simple2 je, semua bahan untuk kuah saya lebur je dalam periuk. Ni sekali makan je. Puncanya bila tengok Tun Telani buat.... asyik tergoda aje. Kebetulan memang ada bahan, tapi yang tensennya dah termasam pulak benda2 tu walaupun masih dalam bungkusan dan di simpan dalam peti sejuk.

Seperti Tun, saya biasa jugak menggunakan resepi ni kalau nak buat YTF, cuma kali ni saya masukkan belacan. Memang semerbak la, dengan lalat2 sekali pun datang.

Oklah...lepak2 la dulu ya... Saya nak balik dulu

 

Kuah Yong Tau Fu
Resepi: Minami@myr
Sumber: Kak Ika, tun telani

Bahan-bahan ( 5-6 orang )

10 tangkai cili kering - tun guna 3 sb cili giling
gula melaka atau kurozato - yg ni anggaran kita 3 atau 4 sudu besar gula melaka yg dah dihancurkan
bijan goreng
gula(kalau kurang manis) - Lebih kurang 1/2 sudu besar - tun tak
letak
1 s.k garam
3 cm belacan- Belacan ni kita blend sekali dgn lada kering yg dah digoreng td
300 ml air
1 sudu besar minyak
1 1/2 s.b tepung jagung dibancuh dgn 50 ml air - yg ni terpulang
sedikit ajinomoto - tun tak letak
1 sk sos tiram - tun tambah 
1 sb kicap manis- tun tambah

Cara-cara
Masukkan minyak dalam kuali. Goreng cili kering sehingga garing dengan api yang kecil.
setelah garing, angkat dan blend cili kering dgn sedikit air. - tun skip ni, tun tumis cili giling dan terus tambahkan air dan bahan2 lain.
panaskan air bersama gula melaka. Masukkan cili yang telah dikisar tadi dan juga belacan.
setelah mendidih, masukkan bancuhan tepung jagung untuk memekatkan kuah.
masukkan garam, ajinomoto dan gula(jika gula melaka kurang manis).
masukkan bijan goreng dan siap untuk dihidang bersama chikuwa, kanikama dan lain-lain

Tuesday, April 29, 2014

Blooming Onion

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Bila ya saya buat blooming onion ni, macam tak ingat dah. Rasa-rasa tak lama lepas tengok Kak Lina buat, terus saya pun cuba. Kebetulan nak buat ayam goreng, dah ada lebih-lebih tepung tu saya buatlah sebiji. Teringin jugak nak tahu apa rasanya. Masa tu agak ramai jugak blogger yang tayang blooming onion ni.


Saya gunakan bawang warna purple tu, sebenarnya nak guna bawang Bombay tapi tak ada pulak kat rumah. Rupa-rupanya bawang yang saya guna tu jenis yang nipis-nipis kelopaknya, jadi bila dimasukkan dengan tepung, tak jelas sangat kerana lapisannya yang nipis antara satu sama lain.


Untuk menggoreng bawang ni, saya gunakan periuk kecil dan minyak penuh sampai tenggelam bawangnya. Kalau kata guna kuali memang tak dapat minyak penuh nanti kelopak bawang tu tak terbentuk pulak. Apapun tengoklah kesesuian masing-masing.

Kalau sapa yang belum buat memang payah nak cerita bagaimana rasanya. Rasa manis bawang tu dengan tepung rangup dan pedas sos pada saya memang sedap. Kiranya boleh telan la.. Cuma kalau banyak agak muak jugak, maklumlah, dah namanya pun bawang kan...


Yang ini versi ayam. Dok kempunan nak makan kepci tak dapat-dapat, goreng je sendiri terus makan tak henti... Kalau sapa yang nak cuba saya copy semula resepinya di bawah... Yang saya buat ni guna tepung segera, hanya tambah serbuk cili dan lada hitam..

RESEPI BLOOMING ONION 
By : LiNa Pg
Sumber Cuci Mata : Alongroz

Bahan-Bahan: (Version LiNa Pg)
1 labu bawang besar
2 sb tepung jagung
2 sb tepung gandum
Sedikit garam
Sedikit ajishio
Sedikit lada hitam (freshly crash)
Sebijik telur (dikocok)
Minyak untuk menggoreng

Cara-Cara:
Satukan tepung gandum, tepung jagung, garam,ajishio, lada hitam.Gaul sebati.Ketepikan
Bawang besar dikupas kulit, cuci bersih dan dipotong membentuk 16 kelopak.
Pisah-pisahkan kelopak bawang, taburkan campuran tepung meliputi semua kelopak bawang.
Celupkan ke dalam telur yg telah dikocok.
Gaulkan ke dalam tepung sekali lagi..Double coating...
Kemudian goreng secara deep fry.Pastikan minyak telah dipanaskan terlebih dahulu.Goreng bahagian kelopak menghadap ke bawah dahulu hingga garing kemudian terbalikkan untuk menggoreng sebelah lagi.
Apabila kedua2 bahagian telah garing.Angkat dan toskan minyak.
Sedia dihidang bersama sos cili dan mayonis.

Nota LiNa Pg
Boleh juga gunakan tepung KFC atau tepung yg sedia terjual di pasaraya

Friday, December 27, 2013

Kerepek Pisang Tanduk

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Semasa ke Melaka baru-baru ni, nak terjojol rasanya mata saya bila melihat pisang tanduk yang bergantungan semasa melalui Pasar Alor Gajah. Kalau di CH, jangan kata pisang tanduk, pisang biasa pun payah nak jumpa.

Saya memang pantang jumpa pisang tanduk, mesti nak beli. Dalam pengajaran saya di sekolah, memproses kerepek pisang merupakan salah satu bab yang perlu diajar di tingkatan 5, kalaulah mudah dapatkan pisang ni bolehlah saya tunjukkan pada pelajar.


Saya beli 3 biji aje pun, sekilo RM6. Boleh tahan jugak. Kalau masih sekolah boleh beli banyak sikit tapi masa tu pun dah cuti, ada 3 biji pun dah cukup. Memang saya dah niat nak buat kerepek. Kalau beli banyak-banyak sampai membazir tak sedap jugak kan... Walaupun 3 biji aje, tapi memang puas makan kerepek. Satu balang saya bawa balik kampung dan satu balang lagi saya makan sambil nengok tv...

  
Lihat sajalah pisang yang telah disagat. Tengok pula saiznya macam mana. Jika dibandingkan dengan pisang biasa, pisang tanduk kurang sedikit getahnya. Jadi kalau sagat terus sebelum digoreng tu tak ada masalah nak masukkan dalam kuali satu per satu.

 
Untuk goreng kerepek pisang tanduk ni bagus jika kita menggunakan minyak yang banyak supaya pisang tidak bersesak di dalamnya dan masak sekata. Masa menggoreng tu selalu kacau supaya permukaannya dapat digoreng dengan sempurna. Ewahhhh... rasa macam dok mengajar dalam kelas pulak.

Untuk kerepek ni saya hanya menggorengnya begitu sahaja tanpa meletakkan air garam atau menyiranya dengan air gula. Bagi saya kerepek pisang tanduk lebih sedap dimakan secara alami... -_- Jadi takyah la saya tuliskan resepinya kan? Semua dah tahu buat...

Thursday, November 7, 2013

Resepi Ubi Kentang Panggang

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Bila dah stat jaga SPM, memang terbatas sikit nak online. Jadi saya akan cuba update secara autopublish supaya CTS tak la berehat lama sangat. Kalau ada kelapangan, insyaAllah boleh BW waktu malam. Di tempat saya mengawas tu line internet tak la elok sangat kerana keadaannya yang berbukit.

Konon2 nak buat macam Chef Hugh (River Cottage) di AFC tapi nampaknya tak menjadi. Tak menjadi pun tak apa asalkan masih boleh makan. Yang tak tahannya dah la tak menjadi, tak boleh makan pulak. Terpaksalah hidang pada cik tong. Agaknya yang saya buat ni guna ubi kentang entah apa-apa sedangkan yang Cheq Hugh buat tu guna ubi kentang berkualiti jadi hasilnya beribu kali lebih baik dari ini.


Saya ni memang suka makan ubi kentang. Kalau tak beli yang segera, boleh je dibuat sendiri dan digoreng. Tapi sesekali nak la makan yang agak lain sikit. Godek2 sana sini inilah yang terhasil. Sedap jugak dimakan dengan nugget dan sos...kalau nak cuba saya dah tuliskan resepi di bawah ni ya. Silakanlah...


UBI KENTANG PANGGANG
Resepi : Cheq Sue

Bahan-bahan :
3 biji ubi kentang sederhana - kupas kulit dan potong 6
Garam
Oregano kering (boleh ganti dengn thyme)
Lada hitam kasar
Minyak zaitun

Cara membuatnya :
Rebus ubi kentang hingga empuk. Jangan lupa campurkan sedikit garam
Bila dah empuk, masukkan ke dalam dulang tahan panas. Tuangkan sedikit minyak zaitun, oregano, lada hitam dan sedikit garam. Gaul-gaulkan hingga rata
Bakar dalam oven pada suhu 200'C selama 25-30 minit atau keperangan