Showing posts with label Donat. Show all posts
Showing posts with label Donat. Show all posts

Friday, November 28, 2014

Donat Tanpa Yis @ Chinese Donut

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Teringin nak makan donat, dah Google resepi donat gebu dan lembut tapi bila nak buat, cari punya cari yis (mauripan) pulak xde. Adehhhh Tuhan sajalah yang tahu betapa rasa kecewa, tapi sebab nak makan sangat saya cuba pulak Google resepi donat tanpa yis. Mana la tahu kan, kot2 ada... nak jugak lepaskan keinginan nak makan donat.


Rupa2nya memang ada resepi donat tanpa yis, iaitu dikongsikan oleh Kak Ida. Memang suka sangatlah sebab pada akhirnya dapat jugak makan donat (yang tidak sepertinya). Nampak kuantiti bahan tu tak la banyak, tepung pun guna 2 cawan aje. 



Friday, January 3, 2014

Donat Lembut (Izahdaut)

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Dok di CH ni paham-paham sajalah kalau nak buat memenda yang berasaskan yis. Di kala cuaca berada pada tahap 'sejuk'... matahari pun tak nampak bayang, adalah satu risiko bila membuatnya. Seperti donat lembut Izah yang saya buat ni. Dengan cuaca yang mendung, risau jugak memula kot-kot tak jadi. Saya hanya buat setengah adunan sebagai percubaan. Kalau kata tak jadi, vantat ke hape idok le terasa membazior sangat kan....



Daripada setengah adunan tu dapatlah 17 biji donat saiz kecil. Tengoklah kat dalam gambar tu, kemain tembam kejadiannya. Memula tu dok ngat nak salut coklat macam Izah tapi bila dicairkan tak elok pulak, berketul-ketul gamaknya dah expired. Jadi guna ajelah gula castor, senang.


Ini pulak hasil dari terapan yang ditengah tu... takyah diuli semula, hanya penaikkan dan goreng. Kalau ada bebudak yang inilah akan habis dulu. Dapat semangkuk yang ni memang kenyang.

Dalam gambar bawah, itu adalah paras rupa donat ni semasa di penaikkan kali kedua. Seperti yang saya ceritakan kat atas, adunan yang dipenaikkan kali pertama tak naik sangat, sehingga saya terpaksa penaikkan menggunakan air suam. Barulah adunan menjadi agak ringan dan sedikit kembang. Setelah diterap, saya penaikkan untuk kali kedua dalam masa 1/2 jam. Itulah bentuknya. Boleh nampak ianya tidak mengembang dan masih dalam bentuk asal.

Malas nak tunggu lebih lama, saya tawakkal dan menggorengnya. Kalau kata tak jadi, boleh fikir pulak nak buat apa. Kot-kot la kan boleh jadi juadah kedua mana tahu. Gorengan yang pertama menampakkan hasil yang kurang memuaskan. Donatnya tak kembang tapi bila makan mak oiiii lembut sesangat. Bila goreng yang lain kemain kembang pulak sampai tak nampak lubang ditengahnya. Ahhhh, nasib baik ianya boleh di makan. Tapi bila dah sejuk, agak liat jugaklah... Mmmmmm no hal lah tu, janji masih boleh makan.

TQ Izah... saya copy resepi di bawah ni ya untuk rujukan.



DONUT LEMBUT
Resepi : Izah

2 sk yis mauripan
1/4 cawan air suam
1sk gula

*satukan bahan di atas dan biar berbuih utk memastikan yis aktif.

3 cawan tepung gandum
4 sb gula
1/2 sk garam
2 sb susu tepung
1 biji telur
1/2 cawan air - kurang lebih
2- 21/2 sb butter / marjerin

Satukan tepung, gula, garam, susu tepung ke dalam mangkuk yang besar. Gaulkan sekata dan lubangkan tengah2 tepung. Tuangkan telur, air, yis dan marjerin. Uli sehingga llicin atau tidak melekat ditangan. Biar kan doh didalam bekas yang berttutup atau tutup menggunakan tuala lembab sehingga doh kembang.
Bila doh kembang tumbuk2 untuk keluarkan angin dan boleh bentukkan donut anda.
Biar sebentar donut naik *15-20 minit* dan goreng dengan minyak panas dengan api sederhana kecil.
Salutkan donut dengan gula halus atau celupkan dengan coklat.
Sedia dinikmati.

Penggunaan BM :
Masukkan bahan2 mengikut turutan arahan BM masing2

Note : Teringat malam tahun baru, tidur mimpi berjumpa Izah. Haish... apa de kes? ♡♥♡

Thursday, March 22, 2012

Donat Pisang & Roti Pisang ~ 2 in 1



 
 
Akhirnya berasap jugak dapur rumahku!
Sejak balik bercuti seminggu, inilah masakan pertama 
Setiap hari makan kat kantin, bila balik hanya minum air dan makan gitu2 aje
Perghhh...naik lemak betul 
 
Dari kampung, ada bawak pisang yang dah dilecek
Dah buat jemput-jemput tapi masih ada baki
Terfikir nak buat roti pisang, tapi tak terasa nak makan
Teringat pulak dulu ada buat donat pisang dari resepi Kak Fida
Memang sedap la donat tu
So cheq sue buat la setengah adunan
* Sebenarnya boleh jugak buat satu adunan tapi sayang nak habiskan pisang
Nanti nak buat juadah lain pulak
Bukan sokmo ada stok pisang kapas
 





 
Untuk resepi ni cheq sue guna donat cutter saiz besar sebab yang kecik tu tertinggal di kampung
Dapat 6 biji donat dan 3 biji bun tu
Sebiji donat tu cheq sue saja bakar
Habis hilang rupa donatnya
Memang gebu dan lembut
Untuk donat ni jugak cheq sue adun guna BM 
Maklumlah pisang lecek tu keluar dari peti ais, takut pulak bantat bila uli biasa
Sekurangnya kalau guna BM boleh bantu penaikkan
 
Pada siapa yang belum buat tu sila la cuba
TQ ya Kak Fida berkongsi resepi ni
Boleh menambahkan koleksi donat yang ada
Wassalam...
 

DONAT PISANG
 Resepi : Kak Fida @ MyR

Bahan-bahan ( Lebih kurang 30 keping )
400 g tepung roti
100 g tepung gandum
11 g yis segera (1 peket)
100 g gula halus
1/2 sk garam
1 sk bread improver (opt)
1/2 cawan air
3 biji kuning telur
300 g pisang - lecek
100 g mentega - lembut
minyak masak untuk goreng terendam

Cara-cara
Ayak tepung2 kedalam sebuah mangkuk dan campurkan yis,gaul rata dan masukkan gula,garam,kuning telur dan tambahkan air sambil dikacau rata.Masukkan pula pisang lecek dan mentega dan kacau sebati.
Kemudian uli doh hingga tidak melekat pada mangkuk.(Tambah tepung jika adunan lembik atau tambah air jika adunan kering)
Rehatkan doh 20-30 min hingga kembang.
Kempiskan doh,canai dan terap seperti donat biasa atau bulat2kan saja.
Panaskan minyak dan goreng hingga kekuningan.Angkat dan toskan.Biar sejuk.
Salutkan donat pisang dengan gula atau choc cair ikut selera.
Boleh juga dibakar...

Monday, February 20, 2012

Donat Mulus

 
 
Mmmmm, dah lama tak tracking, habis sakit satu badan
Memang dah xde stamina dah rupanya, hanya semangat dan keinginan je
Alhamdulillah, dengan segala kepayahan, sampai jugak ke puncak Gunung Berembun
Dengan ketinggian 18++ meter
Nantilah kalau senang cheq sue upload gambarnya
 
Donat mulus ni cheq sue dapat rumah Sue@ Nenie
Kebetulan untuk e-book donat (Ros JM) cheq sue termiss
Nasib baik Sue dapat hantar email, attach resepi tu
Dapat tambah satu lagi e-book
 
Sekarang ni orang dah buat macam2 donat kan...
Kalau dulu bentuk gelang berlubang tu aje...pastu salut gula
Sekarang ni macam2 topping pun ada
Malah ada jugak yang dimasukkan filling
Untuk donat mulus ni cheq sue letak je sos butterscotch dan choc rice
Sedap jugak rasanya... Tak caya sila la cuba!
 TQ pada keduanya...
Wassalam...



 
DONUT MULUS
  Resepi : Ros @ JintanManis
Sumber : Sue @ Nenie

BAHAN-BAHAN
350 gram tepung Halus Superfine cheq sue guna tepung roti
50gram tepung kanji kentang
2 sudu besar susu tepung/skim milk
1 biji telur ( dipukul sedikit mengunakan garpu)
150ml air suam
1 ½ sudu besar marjerin@butter@shortening
3 sudu besar gula
4 gram yis ( 1 ½ sudu kecil)
sedikit serbuk gula sebagari salutan pada donut mulus ni nanti.

PENYEDIAAN DOH

Kaedah 1, Penggunaan Bread Maker (BM) --> 
Masukkan semua bahan dan ikut arahan menguli pada BM masing-masing dan tekan Start, tunggu sampai siap di uli dan boleh terus ke langkah seterusnya.

Kaedah 2, Jika uli tangan -->
Di mangkuk kecil, masukkan 150ml air suam dan 1 sb gula.Kacau sehingga gula larut dan masukkan yis.Biarkan lebih kurang 5~10 min atau sehingga larutan tadi berbuih.
Masukkan semua bahan doh dan uli hingga tidak melekat pada tangan.

****Tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 5 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.

Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda.
Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin.
Bahagi doh pada bebola kecil dan rehatkan selama 6 hingga 8 minit, kemudian bentukkan seperti donut, lubangkan tengahnye, biarkan naik dua kali ganda.
Goreng sehingga keemasan, gunakan api sederhana, angkat dan toskan.
Salutkan dengan serbuk gula, sedia untuk dihidangkan.

****Tips mudah (Dari Kak Yani@MyR) nak menyalut gula pada donut atau apa2 kuih, masukkan donut/kuih siap goreng dan gula halus ke dalam plastic bag, kembungkan ia dan tutup kemudian goncangkan sehingga kesemuanya bersalut rata...
 

Thursday, December 15, 2011

Donut Keledek

 
 
Donat keledek ni cheq sue buat petang semalam, saja nak test resepi. Kebetulan ada beli keledek oren. Jadi cuba buat setengah adunan. Dapat banyak jugak. Memang agak lembut dan terasa ubinya. Mmmm siapa sangka, kalau selama ni ubi keledek sinonim dengan cek mek tapi sudah boleh dijadikan juadah yang lain pula.
 


 
Kalau tengok memang tak ada rupa. Donat cutter tak ada, so tekan dengan gelas dan kat tengahnya tu guna penutup botol. Kalau bentukkan manual pakai tangan agaknya tak berupa langsung...
 



Makan time hangat2 memang sedap. Rangup di luar lembut di dalam.
 
Kalau ada yang nak cuba tu boleh la buat menggunakan keledek atau kentang. Selain dapat pengalaman baru, dapat jugak idea untuk pelbagaikan masakan. Tq pada Kak Nor & Ros kerana sudi berkongsi. Wassalam...
 
DONUT KENTANG
by Ros Jintan Manis
sumber: K.Nor@SecubitGaram


Bahan-bahannya
250 gram tepung gandum
80 gram kentang yang telah direbus dan dilenyek ( lebih kurang 2 biji kentang saiz kecil)
2 sudu besar susu tepung/skim milk
1 biji telur ( dipukul sedikit)
80/90ml susu segar boleh ganti dengan air suam
1 1/2 sudu besar marjerin
2 sudu besar gula
4 gram yis ( 1 1/2 sudu kecil)
( susu tu ros letak sikit-sikit klu 80ml tu dah memadai dan doh ok, kita guna 80ml je, klu rasa keras guna 90ml, sebab saiz telur yang digunakan lain-lain kan, di sini kena pandai agak-agak ye, doh jangan lembik sanngat, nanti donut meresap minyak bila digoreng.)

Caranya.
1. Masukkan semua bahan dalam bekas adunan dan uli hingga tidak melekat pada tangan. Pastikan Doh betul-betul lembut, Uli selama 8 hingga 10 minit. Kalau guna BM, tekan ON dan tunggu je siap, kemudian boleh terus bentukkan.
2. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Masa perapan lebih kurang 40 minit atau 1jam.
3.Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin. bahagi doh pada beberapa bahagian kecil dah lubangkan di tengah-tengahnye, seperti bentuk donut. Susun donut di atas dulang dan biarkan sehingga donut naik dua kali ganda.
4. Goreng di dalam minyak panas sehingga perang, dan salut donut kentang bersama serbuk gula ataupun coklat masakan. Sedia untuk dihidangkan, Selamat Mencuba..

 Ni sukatan yg K.Nor buat utk 2 adunan bg Donut Keledek
Sumber: K.Nor@SecubitGaram
* Saya buat separuh adunan je

500 gram tepung gandum
200 gram keledek yang telah direbus dan dilenyek
4 sudu besar susu tepung
1 biji telur ( dipukul sedikit)
200 ml air suam ~ k.nor lebihkan air sbb guna 1bj telur jer
3 sudu besar marjerin
3 sudu besar gula ~ gula dikurangkan sket sbb keledek dah ada rasa manis
3 sudu kecil yis ~ lain kali nak kurangkan sket

Sunday, June 12, 2011

Donut Ball (Resepi II)

Perghhhh.... lawan dengan kopi secawan, agak2 siap menanda ke malam ni??? 
Donat ball tu x cun sangat, lebih tepung kot... tapi masyukk


Selamat malam semua...
Bila dah balik sarang sendiri ni...terase sesangat la sunyi sepinya... Sambil menengok tb, sambil berblog dan sambil terpaksa menanda kertas peperiksaan dua minggu lepas. Orang lain dah siap dah...kite baru nak tanda...Barang2 yang diangkut balik tadi buleh tahan banyak, tapi kiv dululah...kene setelkan paper ni dulu. Pun begitu, tetibe rasa nak makan donat. Aikkkkk tadi dah makan nasik + telur goreng, tak cukup ke? Eeeeeeeee....bukan tak cukup...rasa nak makan. Sementelah pulak cheq sue ada jumpa satu resepi donat yang menggunakan ovelett. Kalau sebelum ni guna ovelett utk buat apam je.. tapi bila Kak Dayang tayang donat tersebut aiiiiii terguda le pulak. Cara-cara membuat pun dah pernah buat sebelum ni. Kalau buat malam ni, dapat bekal ke sekolah esok...kan untung...cheq sue dapat makan, kengkawan pun dapat tumpang.... Kak Dayang, cheq sue kopipes ye resepi ni...

DONUT BALL (RESEPI II)
Sumber : Dapurku Sayang ~ Dayang Jack

Bahan-bahan:

  • 2 cawan tepung gandum atau tepung high protein
  • 2  1/2 sudu besar gula
  • 1 sudu besar susu tepung
  • 1/2 sudu besar yis mauripan + 1/4 air suam (direndam hingga berbuih)
  • 1 sudu kecil ovallette
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1 biji telur
  • 1 sudu besar marjerin
  • 1/3 cawan air / susu segar (-/+) cheq sue guna air suam je
  • gula saduran
  • **(jika menggunakan susu segar, tidak perlu letak susu tepung)
Cara-cara :
  1. Kisar semua bahan (kecuali tepung, ovallette, yis dan gula saduran) hingga sebati.
  2. Di dalam bekas yang agak besar, ayakkan tepung dan buatkan lubang di tengah-tengahnya. Tuangkan bahan-bahan yang sudah dikisar tadi, yis dan ovallete. Uli hingga menjadi doh. Jika adunan terlebih lembik, bolehlah ditambahkan sedikit tepung.
  3. Bahagikan doh kepada 20-22 bahagian dan bentukkan seperti bebola. Gunakan sedikit tepung untuk membentuknya (sekiranya doh melekat di tangan). Susunkan di atas dulang yang disapu dengan sedikit minyak atau ditaburkan tepung. Rehatkan sebentar selama 10 minit atau ikut suka.
  4. Sediakan minyak untuk menggoreng. Apabila sudah cukup panas, gorenglah donut tadi hingga keperangan. Toskan.
  5. Sadurkan dengan gula icing/gula halus atau hiaskan dengan topping kesukaan.

 isi dalamnya lembut, tak berminyak. tapi nampak ball ni terhangit siket, agaknya sebab cheq sue buat terbesar kot, jadik bahagian dalam x berapa masak, kene goreng lama sikit


ni la....nak kene siapkan cepat2.... terpaksa merajinkan diri... moh moh moh...