Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera
Teringin nak makan donat, dah Google resepi donat gebu dan lembut tapi bila nak buat, cari punya cari yis (mauripan) pulak xde. Adehhhh Tuhan sajalah yang tahu betapa rasa kecewa, tapi sebab nak makan sangat saya cuba pulak Google resepi donat tanpa yis. Mana la tahu kan, kot2 ada... nak jugak lepaskan keinginan nak makan donat.
Rupa2nya memang ada resepi donat tanpa yis, iaitu dikongsikan oleh Kak Ida. Memang suka sangatlah sebab pada akhirnya dapat jugak makan donat (yang tidak sepertinya). Nampak kuantiti bahan tu tak la banyak, tepung pun guna 2 cawan aje.
Memang kejap je buat donat ni. Tak perlu tunggu untuk dipenaikkan ada tunggu kembang. Cuma lepas adun tu saya biarkan sekejap sebab doh macam padat sangat, mungkin marjerin jadi sejuk sebab lately sejuk sikit kat sini.
Bila nak goreng, hanya bulat2kan sebelum dimasuk ke dalam minyak. Goreng tu macam donat biasa jugak, lepas tu salut dengan gula. Cuma diingatkan walalupun secara lahiriah nampak donat ni macam keras / padat tapi sebenarnya ia sangat lembut dan sedap. Korang nanti cuba la jugak tau...
CHINESE DONUT
Sumber: 1001 Resepi & Izah
Bahan:
2 cawan tepung
1/2 tsp. garam
2 ½ tsp baking powder
1/3 cwn butter flavored shortening (or butter)
* saya guna butter
¾ cwn susu segar
Minyak masak untuk menggoreng
gula castor untuk salut donut
*saya tambah secubit serbuk kayu manis ke dalam
gula castor
Caranya:
1. Satukan tepung, garam dan baking powder ke
dalam mangkuk.
2. Masukkan butter ke dalam mangkuk tepung tadi
dan gaulkan sehingga menjadi crumble atau menjadi seperti serbuk roti. Gaulkan
sehingga tiada ketulan besar.
3. Masukkan pula susu segar dan gaul hingga
menjadi doh berbentuk bola.
4. Menggunakan tangan, uli lembut (picit-picit)
doh 8 ke 12 kali. Jangan terlebih uli.
5. Panaskan minyak atas api yang sederhana
kecil.
6. Ambil sedikit doh bulatkan berbentuk bola
dan leperkan sedikit seperti bentuk biskut.
7. Gorengkan sehingga keperanganan, selama
lebih kurang 2 minit setiap bahagian.
8. Angkat donut dan terus golekkan ke dalam
castor sugar untuk salutan.
"Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau lapangkanlah dadaku, tenangkanlah fikiranku dan permudahkanlah segala urusanku.... Amin"
kalau ada resepi dpt di try ni cheqsu best jugak tu tkda guna yis
ReplyDeleteAssalam Cheq sue,
ReplyDeletedah lama akak tak mendonat..tengok donat orang macam nak buat tapi bila macam malas pulak...
ooo tak guna yis ya yang ni...
terima kasih sbb kongsi resepi donut tanpa yis..teruja nak cuba
ReplyDeleteDulu pernah try tapi xjadi. Kawan kata sebab uli x semengah. Nampak nau malas kan. Sekarang aku guna breadmaker je nak uli tepung buat donut hahaha. Thanks for sharing Cheqsue.
ReplyDeleteKlu letak dough sofner sikit boleh tak...jadi tak..
ReplyDeleteStep 2 tu xpaham la. Pkai butter yg keras lagi ke room temperature?
ReplyDeletePastu nk gaul pkai apa?
Cairkan dulu butter tu
Deletemakasih ya resep donatnya,, sepertinya mudah, akan saya coba...
ReplyDeleteAlhamdulillah say dh Cuba..menjadi sis..trm ksh atas perkongsian ilmu
ReplyDeletePki markerin boleh ke?
ReplyDeleteSusu segar boleh ganti susu tepung ke
ReplyDelete